Anda di halaman 1dari 3

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEMERLOH (INTEG)


TAHUN 2020

1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang
cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah,
maka Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (Integ) akan mengadakan satu Kejohanan Sukan
Tahunan yang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini
diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar
Temerloh (Integ) sekaligus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan adalah seperti berikut :

i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Bandar


Temerloh dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan sukan.
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT
Kejohanan Sukan Tahunan ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan
Bandar Temerloh (Integ) dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada
mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid
dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Sukan Tahunan ini, diharapkan dapat:
i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv) Memupuk semangat setiakawan dalam kalangan murid dan guru.
v) Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat
yang lebih tinggi.

1
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

A. HARI SUKAN
Tarikh : 10/3/2020
Hari : Selasa
Masa : 7.45 – 12.45 tengah hari
Tempat : Stadium Temerloh

6.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (Integrasi).

7.0 TENTATIF HARI SUKAN TAHUNAN

MASA ATUR CARA


8.00 – 9.15pagi - Perbarisan rumah sukan dan ucapan perasmian.
9.15 – 11.30 pagi - Acara akhir larian 50 meter, 100 meter, 200 meter, 4x25 meter,
4x50 meter dan 4x100 meter pra sekolah hingga tahun 6.
11.30 – 12.30 tengahari - Pengumuman pemenang acara dan penyampaian hadiah.
12.30 – 12.45 tangahari - Gotong-royong mengemas dan membersihkan stadium
12.45 tengahari - Majlis bersurai.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


Hadiah (Pingat)
1. 255 unit x RM 4.50 RM 1147.50
-rujuk lampiran acara dan pingat
Hadiah sukaneka murid perdana
2. 360 unit x RM 2.00 RM 720.00
-rujuk lampiran acara dan pingat
Hadiah sukaneka kelas pendidikan khas
3. 128 unit x RM 2 RM 256.00
masalah pembelajaran. (PKIBP)

4. Johan perbarisan 1 unit x RM 80 RM 80.00

5. Naib Johan Perbarisan 1 unit x RM 50 RM 50.00

Piala
6. -Olahragawan SKBT 2020 2 unit x RM 30.00 RM 60.00
-Olahragawati SKBT 2020

7. Air mineral 10 unit x RM 11.00 RM 110

8. Gegantung 1 unit x RM 80.00 RM 100

9. Minuman pegawai kejohanan 5 unit x RM 50 RM 250.00

JUMLAH
RM 2773.50

2
9.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

(Rujuk Lampiran 1)

10.0 ACARA SUKAN DAN SENARAI PINGAT

(Rujuk Lampiran 2)

11.0 PENUTUP

Kejohanan Sukan Tahunan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah
Kebangsaan Bandar Temerloh (Integrasi) merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga.
Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam
kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara sukan yang
lain.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MD FIAH MAZNAN BIN SULAIMAN


Setiausaha sukan, GPK Kokurikulum,
SK Bandar Temerloh (Integ), SK Bandar Temerloh (Integ),
Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Disahkan oleh :

RAJA IBRAHIM BIN RAJA DERAMAN


Guru Besar,
SK Bandar Temerloh (Integ),
Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai