Anda di halaman 1dari 4

SEK. MEN. KEB.

KAMPONG KASTAM,
12300 BUTTERWORTH

KERTAS KERJA

KEJOHANAN
OLAHRAGA TAHUNAN
BAGI

TAHUN 2019

ANJURAN :

UNIT SUKAN SMKKK


1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
para pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga
mendapat pengalaman lain seperti hubungan sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan
diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan
pertumbuhan remaja yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas
kesedaran inilah, maka SMK Kampong Kastam akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga
Tahunan yang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Diharapkan kejohanan ini
dapat menggalakkan pembangunan diri para pelajar SMK Kampong Kastam sekali gus mencapai
ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL
i. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Kastam dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan
dalam sesuatu kejohanan olahraga.
ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar mengikut kategori kejohanan yang
dijalankan.
iii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT
Kejohanan Olahraga Tahunan ini berfokus untuk mencari atlet-atlet dan bakat-bakat baru yang
berpotensi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, kejohanan ini juga
memberi peluang kepada para pelajar untuk menguruskan kejohanan yang lebih berprestij dari
masa ke semasa.

4.0 OBJEKTIF
i. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
ii. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
iv. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.
v. Menggilap bakat istimewa pelajar dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 09 Mac 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang Kastam, SMK Kampong Kastam

6.0 SASARAN
Semua warga SMK Kampong Kastam, Butterworth

7.0 PELAKSANAAN

ACARA TARIKH/HARI MASA


Sukantara 14 FEBRUARI 2019 (KHAMIS) 7.30 pagi – 10.50 pagi
4.00 petang- 6.50 petang
Pra-Kejohanan 22 FEBRUARI 2019 (JUMAAT) 7.30 pagi – 10.00 pagi
(acara akhir padang)
Raptai perbarisan 27 FEBRUARI 2019 (RABU) 8.00 pagi – 10.00 pagi
Kejohanan 09 MAC 2019 (SABTU) 7.30pagi – 1.00 petang

8.0 JAWATANKUASA
Rujuk lampiran

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN (BAJET)

BIL PERUNTUKAN JUMLAH


1. YKS RM 912.00
2. BTPSS RM 1860.00
JUMLAH RM 2772.00

(PERBELANJAAN)
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Pingat dan trofi Pingat ( RM 7 x 126) RM 882.00
Trofi ( RM 15 x 2) RM 30.00
2. Khemah, kipas & platform 9 khemah, 9 kipas, 1 platform. RM 1440.00

3. Baucer Kejohanan Olahraga Rumah Sukan (70+50+40+40) RM 200.00


(Perbarisan Rumah Sukan & UnitUnit B’uniform ( 70+50) RM 120.00
Beruniform)
4. Pelbagai RM 100.00

JUMLAH RM 2772.00

10.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga tahunan ini diharap dapat memberi peluang kepada semua pelajar SMK
Kampong Kastam merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan
ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat perpaduan, kerjasama, semangat persaingan
yang sihat dalam kalangan pelajar serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam
acara-acara olahraga.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

…………………………………………. ………………………………………
(PN. UMAMAH MUHD AR FUAD) (PN. ASIAH BINTI MAT)
Pen. SU Sukan. Pengetua.

Anda mungkin juga menyukai