Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

KEJOHANAN BADMINTON
TERTUTUP PERINGKAT SEKOLAH
SK TAMAN SERI GOMBAK 2 2018

Tarikh:
29 dan 30 Oktober 2018 ( Isnin dan Selasa)
Tempat:
Dataran Terbuka, SK Taman Seri Gombak 2

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Kejohanan Badminton Tertutup SKTSG 2 2018 merupakan satu
aktiviti yang dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Jasmani. Tujuan
pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru
dan murid dalam mengurus dan mengelola kejohanan amnya dan badminton
khususnya. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi kesempatan kepada
warga SKTSG 2 untuk merapatkan lagi tali persahabatan dan silaturrahim
sesama guru dan murid-murid. Disamping itu, pertandingan ini adalah untuk
mencari bakat-bakat badminton murid SKTSG 2 untuk mewakili pertandingan
badminton pada masa akan datang.

2.0 NAMA AKTIVITI


Kejohanan Badminton Tertutup Peringkat Sekolah SKTSG 2 2018

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan kepada guru-guru kokurikulum badminton tentang
cara mengendalikan sesuatu pertandingan.
3.2 Mencungkil bakat-bakat baru untuk kejohanan MSSM Badminton
pada tahun-tahun akan datang.
3.3 Memperkenalkan cara atau teknik permainan badminton kepada
guru dan murid-murid.
3.4 Menjalinkan hubungan persahabatan dan silaturrahim sesama
warga SKTSG 2.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


29 dan 30 Oktober 2018 ( Isnin dan Selasa )
Pertandingan bermula pada jam 1.00 – 5.50 petang

5.0 TEMPAT
Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2
6.0 PESERTA
Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan serta Beregu Lelaki dan
Beregu Perempuan melibatkan murid Tahun 3 dan Tahun 4. Setiap kelas
akan menghantar wakil bagi setiap acara.

7.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN


26 Oktober 2018 ( Jumaat)

8.0 ACARA & KATEGORI PERTANDINGAN


8.1 Perseorangan Lelaki Tahun 3 dan Tahun 4
8.2 Perseorangan Perempuan Tahun 3 dan Tahun 4
8.3 Beregu Lelaki Tahun 3 dan Tahun 4
8.4 Beregu Perempuan Tahun 3 dan Tahun 4

9.0 BULU TANGKIS DAN RAKET


Bulu tangkis dan raket akan disediakan. Murid juga boleh menggunakan
kelengkapan sendiri sekiranya ada.

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Cadangan sistem pertandingan akan diadakan adalah kalah mati dengan
kiraan mata 15. Format pertandingan juga akan mengambil kira bilangan
penyertaan. Pendaftaran penyertaan lewat tidak akan dilayan kerana
menyukarkan proses menentukan format pertandingan dan jadual
pertandingan serta masa perlawanan.
11.0 STRUKTUR ORGANISASI & SKOP TUGASAN

11.1 JAWATANKUASA PENGELOLA

STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat : PN. NORMA BINTI SHUKOR

Pengerusi : EN. HASNI KUSAIDI BIN HASBULLAH

Naib Pengerusi : PN. AZIMAH BINTI ABDUL RAZAK

Setiausaha : EN. MOHD IZAM BIN

Bendahari :

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK NAMA AJK


URUS SETIA
 Publisiti melalui surat edaran.
 Mendapatkan kembali borang
penyertaan dari guru kelas.
SIAR RAYA
 Menyediakan peralatan siar raya.
 Menjadi pengacara pertandingan dan
majlis penutup.

PERALATAN DAN GELANGGANG


 Menguruskan gelanggang dan
peralatan gelanggang yang
diperlukan.
 Menyediakan 2 penjaga garisan untuk
setiap perlawanan.
 Memberi latihan kepada murid
sebelum pertandingan cara menjaga
garisan untuk acara perseorangan
dan bergu.

RUNNER
 Menyediakan jadual pertandingan.
 Menyediakan papan maklumat masa
perlawananan bagi setiap kategori.

CENDERAMATA DAN MAKANAN


 Menguruskan minuman peserta,
penjaga garisan dan guru
 Menyediakan cenderamata kepada
pengadil.
PENGADILAN
 Menjadi guru pengadil bagi setiap
acara sepanjang kejohanan.
 Menyediakan borang kiraan mata dan
menjadi pengadil pertandingan.

STATISTIK
 Menyimpan, menyedia papan
maklumat serta mencatat keputusan
pertandingan.

HADIAH DAN SIJIL


 Menguruskan hadiah dan sijil
pemenang
PERTOLONGAN CEMAS
 Menyediakan alatan kecemasan &
pasukan kecemasan.

BUKU PROGRAM DAN


DOKUMENTASI
 Menyediakan buku program.
12.0 ATUR CARA PERTANDINGAN
29/10/2018 (Isnin)
01.00 pm – 01.30 pm : Pengesahan kehadiran Pasukan
01.30 pm - 05.45 pm : Perlawanan Kalah Mati
05.45 pm – 05.50 pm : Taklimat Perlawanan Separuh Akhir

30/10/2018 (Selasa)
01.00 pm – 01.30 pm : Pengesahan kehadiran
01.30 pm – 04.30 pm : Perlawanan Separuh Akhir
04.30 pm – 05.30 pm : Perlawanan Akhir
05.30 pm – 05.50 pm : Majlis penyampaian hadiah
: Bersurai.
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON
LELAKI/PEREMPUAN TAHUN 3 DAN TAHUN 4 SKTSG2 2018.

NAMA KELAS :
NAMA PENGURUS :
NO TELEFON :

PERSEORANGAN LELAKI
BIL NAMA NO S/BERANAK
1

BEREGU LELAKI
BIL NAMA NO S/BERANAK
1
2

PERSEORANGAN PEREMPUAN
BIL NAMA NO S/BERANAK
1

BEREGU PEREMPUAN
BIL NAMA NO S/BERANAK
1
2

........................................ ......................................................
Tandatangan Pengurus Tandatangan Urus Setia

Sila hantarkan borang penyertaan kepada Pn. Noor Saidatul Akmal Binti
Pauzi.
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Harga Jumlah
Bil Perkara Kuantiti
(RM) (RM)
1 Bulu Tangkis 54.00 15 tiub 810.00
2 Sewa dewan 10.00 5 hari 50.00
3 Air mineral 10.00 8 kotak 80.00
4 Pengadil 5.00 20 perlawanan 100.00
5 Publisiti (banner 3’ x 6’) 140.00 2 280.00
6 Alat tulis 100.00 - 100.00
7 T-shirt AJK 30 30 900.00
8 Kit Kecemasan 70 1 70.00
Hadiah Pemenang :-
Bergu Lelaki Bergu Wanita

(Hamper + Wang tunai) (Hamper + Wang tunai)


8
Johan Johan (RM 120.00 + RM 60.00) 2 360.00
Naib Johan Naib Johan (RM 100.00 + RM 50.00) 2 300.00
Ketiga Ketiga (RM 80.00 + RM 40.00) 2 240.00
Sagu Hati Sagu Hati (RM 30.00 + RM 30.00) 10 600.00

JUMLAH 3,890.00

14.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar program yang dijalankan ini akan mendapat
sokongan dari semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan.
Semoga usaha yang murni ini akan dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk
hidayah dan juga keberkatan serta dipermudahkan bagi kita dalam
melaksanakannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama
ada secara langsung ataupun tidak, didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh Disahkan oleh :

Azimah Binti Abdul Razak. En. Hasni Kusaidi Bin Pn. Norma Binti Shukor
Pengerusi, Hasbullah. Guru Besar,
Kejohanan Badminton PK Kokurikulum, SK Taman Seri Gombak 2.
Tertutup, SK Taman Seri Gombak 2.
SK Taman Seri Gombak 2.

Anda mungkin juga menyukai