Anda di halaman 1dari 35

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat


1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
2 Prakata Pengarah Jabatan Penddikan Negeri Johor ii
Prakata Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran)
3 iii
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
4 Prakata Penghargaan iv
5 Pengenalan SEGAK v
6 Modul 1-Tabata 1
Modul 2-Cari Nombor Anda 3
Modul 3-Catch Me 4
Modul 4- Camni Camni 5
Modul 5-Kon Berwarna 7
Modul 6-Tic Tac Toe 8
Modul 7-Garisan Berwarna 9
Modul 8-Timang Lawi Ayam 10
Modul 9-Rebut Kon 11
Modul 10-Bola Tampar Belon 12
Modul 11-Kehidupan Di Hutan 13
Modul 12-Berdua Lebih Baik 14
Modul 13-Nyahkan Virus 15
Modul 14-Pukul Lalat 16
Modul 15-Flip N Flap 17
Modul 16-Latihan Litar 18
Modul 17-Pecah Peluh 19
Modul 18-Running Man 20
Modul 19-Hop Scoth Race 21
Modul 20-Datuk Harimau 22
Modul 21- Tuju Selipar 23
7 Sekalung Penghargaan 24
i
Prakata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberi peluang
menulis sedikit bingkisan kata-kata aluan dalam menjayakan pelaksanaan Modul Panduan
Intervensi SEGAK di negeri Johor.

Modul ini boleh dijadikan panduan kepada semua pendidik khususnya di negeri Johor. Dalam
pelaksanaan ujian SEGAK yang dijalankan 2 kali setiap tahun, tempoh masa antara ujian
pertama dengan ujian kedua perlu dijalankan latihan intervensi agar dapat mencapai status
cergas pada ujian SEGAK kali ke-2.

Diharapkan modul ini dapat membantu semua sekolah rendah dan sekolah menengah di
negeri Johor melaksanakan latihan intervensi SEGAK secara terancang dan sistematik.
Dalam melaksanakan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani di sekolah, modul ini boleh
dijadikan bahan sokongan dalam pengajaran semasa sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Pendidikan yang berorientasikan ‘fun learning’ haruslah diaplikasikan seiring dengan


kepakaran pedagogi sedia ada supaya pembelajaran tersebut lebih bermakna dan sekaligus
memberi impak kepada murid. Proses transformasi dalam Pendidikan Jasmani memerlukan
masa dan strategi untuk berjaya dan dalam memastikan kelestariannya terus berlaku adalah
dengan mengolah sistem sedia ada tanpa meninggalkan elemen kegembiraan dalam
pelaksanaannya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
penghasilan Modul Panduan Intervensi SEGAK, dan merealisasikan matlamat yang ingin
dicapai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI


PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

ii
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para Jurulatih Utama SEGAK kerana berjaya
menghasilkan Modul Panduan Intervensi SEGAK pada tahun ini. Penghasilan modul ini dibina
sejajar dengan matlamat Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan iaitu untuk
melahirkan murid menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpengetahuan dan
mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup aktif dan sihat dapat diterapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Setiap kaedah yang diaplikasikan kepada murid diharap dapat digunakan
sebaiknya untuk mencapai status cergas.

Modul ini menjadi bukti komitmen, kerjasama, ukhwah sesama rakan dalam menghasilkan
panduan yang berguna khusus kepada guru-guru untuk menghasilkan impak yang berkualiti
dalam kalangan murid.

Pada akhir usaha ini diharapkan semua pihak, khasnya murid dapat menjadi insan yang
seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Akhir kata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran,
masa dan tenaga sehingga terhasilnya Modul Panduan Intervensi SEGAK ini.

HJ. SHAHILON BIN ABD HALIM


TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

iii
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya mengungkapkan rasa syukur dan terima
kasih kepada pihak yang terlibat dalam menghasilkan modul ini. Syabas dan tahniah kepada
semua Jurulatih Utama yang telah bertungkus lumus menyiapkan modul ini. Semoga
bermanfaat untuk semua guru. Modul Panduan Intervensi Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini dibina bagi membantu para guru
dalam merancang program intervensi untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap
kecergasan fizikal murid.

Modul ini diharapkan dapat merealisasikan matlamat strategik Hala Tuju Pendidikan Johor
dari aspek kemenjadian murid iaitu meningkatkan tahap kecergasan murid-murid negeri
Johor. Peningkatan bilangan murid berat badan berlebihan yang membimbangkan telah
mencetuskan idea untuk menghasilkan Modul Panduan Intervensi SEGAK yang direka
khusus dalam bentuk permainan kecil bagi memastikan inisiatif penurunan berat badan
berlebihan bagi murid-murid di negeri Johor dapat dilaksanakan.

Idea ini direalisasikan dengan kerjasama dan kolaborasi padu antara Jurulatih Utama SEGAK
Negeri Johor bersama Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Penghargaan juga diberikan buat Pn. Emilia Binti Mustaffa (Penolong Pengarah Sains Sosial,
Sektor Pembelajaran, JPNJ) yang berkerjasama menyambung penyediaan modul ini buat
semua.

Menjadi harapan kami, agar modul ini dapat dijadikan panduan yang berguna dan bermakna
kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Negeri Johor khususnya
untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Selain itu, ianya juga dapat
meningkatkan tahap kecergasan murid-murid sekolah di Negeri Johor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua Jurulatih Utama SEGAK Negeri
Johor, Sektor Pembelajaran JPN Johor, Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri
Johor, Pentadbiran Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing serta pegawai
penggambaran PPD Mersing dalam usaha menghasilkan modul ini.

ROSIAH BINTI MOHAMAD


PENGETUA
SMK TAN SRI ABDUL KADIR, MERSING
(MANTAN PENOLONG PENGARAH SAINS SOSIAL, SEKTOR PEMBELAJARAN, JPNJ)

iv
PENGENALAN

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah
satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid
berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum
Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang
berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan
skor murid direkodkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru,
pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal
murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dan dilaksanakan bagi
meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac
dan Ogos serta diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan
sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui SEGAK murid dilatih supaya
lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, dan
harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.

Matlamat SEGAK

Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk


meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Objektif SEGAK

Murid dapat:

1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;


2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan
fizikal;
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan yang optimum

v
PENDAHULUAN

Modul ini boleh dijadikan panduan kepada pendidik serta pihak berkepentingan bagi
melaksanakan aktiviti Intervensi SEGAK di sekolah. Usaha ini adalah bagi memastikan semua
sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor dapat melaksanakan aktiviti intervensi
SEGAK secara terancang dan sistematik selepas Ujian SEGAK pada bulan Mac. Cadangan
aktiviti intervensi dilaksanakan pada murid yang capai tahap obesiti dalam tempoh April
hingga Julai mengikut perancangan pihak sekolah. Guru juga boleh menambahkan lain-lain
kaedah latihan fizikal yang sesuai bagi membantu murid mencapai status cergas.

Secara keseluruhannya modul ini memperincikan garis panduan untuk melaksanakan


intervensi SEGAK mengikut prinsip kecergasan. Pelaporan Ujian SEGAK akan menjadi
maklum balas terhadap penggunaan Modul Panduan Intervensi SEGAK selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mengekalkan amalan cara hidup aktif dan sihat
dapat diterapkan.

vi
NAMA AKTIVITI : TABATA

KOMPONEN : KEKUATAN OTOT,


DAYA TAHAN OTOT
JANGKAMASA : 4 Minit Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid berdiri dalam keadaan jarak 1 meter antara satu sama lain dalam kawasan yang
ditetapkan.
2. Guru akan mainkan muzik TABATA dari telefon bimbit atau komputer riba ke
pembesar suara.
3. Murid melakukan aktiviti-aktiviti berikut selama 20 saat dengan rehat 10 saat.
• Push Up
• Jumping Jack
• Heel Touches
• Plank
• Simple Squats
• Mountain Climbers
• Lunges
• Standing Abs Twists

CADANGAN ALATAN :
1. Telefon bimbit atau komputer riba
2. Pembesar suara
3. Muzik TABATA

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

1. Kedudukan murid jarak antara satu sama lain sebelum TABATA dimulakan :

1
2. Aktiviti :

PUSH UP JUMPING JACK HEEL TOUCHES

PLANK SIMPLE SQUAD MOUNTAIN


CLIMBER

LUNGES STANDING ABS


TWIST

2
NAMA AKTIVITI : CARI NOMBOR ANDA

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK DAN KETANGKASAN

JANGKAMASA : 5 – 10 Minit
Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid berlari atau berjalan dalam kawasan yang bertanda kon.


2. Apabila guru meniup wisel, murid akan berhenti untuk mendengar sebutan nombor.
3. Murid akan membentuk ahli kumpulan mengikut nombor yang disebut.
4. Murid yang tidak dapat berada dalam kumpulan akan dikenakan denda dengan aktiviti
yang bersesuaian dan menyeronokkan.

CADANGAN ALATAN :
1. Wisel
2. Kon

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

3
NAMA AKTIVITI : CATCH ME!

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK

JANGKAMASA : 10 Minit – 5 Minit – 10 Minit


Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. 1 kumpulan 6 orang murid.


2. Ketua kumpulan akan membuat undian bagi memulakan permainan.
3. Kumpulan A sebagai penyerang dan kumpulan B sebagai pertahanan.
4. Kumpulan A akan menghantar Frisbee kepada rakan.
5. Pemain yang memegang Frisbee tidak boleh bergerak.
6. Kumpulan B akan memintas hantaran Frisbee. Sekiranya berjaya, tukar peranan.
7. Satu mata akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menghantar Frisbee masuk
ke zon skor pihak lawan.
8. Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi dikira pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon
2. Frisbee
3. Bib

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

4
NAMA AKTIVITI : CAMNI CAMNI

KOMPONEN : KETANGKASAN, KAPASITI AEROBIK


Video Rujukan
JANGKAMASA : 10 - 15 minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Semua murid beratur di garisan permulaan.


2. Apabila muzik dimulakan, murid pertama mula melompat masuk ke dalam petak baris
pertama.
3. Satu kaki berada di kotak pertama dan satu kaki berada di kotak kedua.
4. Murid pertama melompat ke petak seterusnya secara selari dan berpatah balik ke
petak asal.
5. Setelah kembali ke petak asal, murid akan melompat ke baris kedua secara
memusingkan badan. Pergerakan berlaku seperti di petak baris pertama.
6. Murid kedua akan mula melompat masuk ke petak pertama serentak dengan murid
pertama melompat ke baris kedua dengan perlakuan yang sama. Begitulah
seterusnya bagi murid berikutnya.
7. Kesemua murid yang telah berada dalam petak melompat ke petak seterusnya secara
serentak mengikut alunan muzik.
8. Murid yang telah selesai melompat ke semua petak perlu meneruskannya di petak
pertama semula.
9. Turutan ini diteruskan sehingga muzik tamat.

CADANGAN ALATAN :
1. Pita pelekat / kapur
2. Pembesar Suara Mudah Alih
3. Irama muzik Cadimi

*Variasi – irama muzik boleh digantikan dengan muzik yang rancak.

5
ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

6
NAMA AKTIVITI : KON BERWARNA

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK

Video Rujukan
JANGKAMASA : 10 - 15 minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Sediakan bulatan menggunakan marker. Semua murid berdiri di luar bulatan marker.
2. Apabila muzik dimainkan, murid berlari mengikut arah lawan jam.
3. Guru akan mengeluarkan beberapa unit kon.
4. Murid berhenti di mana-mana kon yang ada apabila muzik dihentikan.
5. Murid yang tidak dapat berdiri di mana-mana kon akan dikenakan denda.
6. Aktiviti diulang sehingga masa yang ditetapkan tamat.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon penanda
2. Pembesar Suara Mudah Alih
3. Marker

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

7
NAMA AKTIVITI : TIC TAC TOE

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK

JANGKAMASA : Tamat 3 Set Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Satu kumpulan 6 orang murid.


2. Undian dibuat untuk memulakan permainan.
3. Alatan yang digunakan ialah 9 buah gelung rotan dan 6 marker.
4. Setiap kumpulan memilih dua warna marker yang berbeza.
5. Gelung rotan disusun tiga sebaris dengan sama menegak dan melintang.
6. Jarak 20 meter diantara tempat permulaan dengan gelung rotan.
7. Pelari pertama akan berlari ke arah gelung dan meletakkan marker ke dalam gelung.
8. Pelari pertama patah balik ke garisan permulaan.
9. Pelari kedua akan berlari ke arah gelung dan meletakkan marker ke dalam gelung
yang sesuai supaya menjadi satu garis lurus.
10. Ulang aktiviti untuk pelari ketiga.
11. Murid yang berjaya meletakkan tiga tanda mereka berturut-turut sama ada mendatar,
menegak atau menyerong dikira pemenang.
12. Permainan diteruskan sehingga set ketiga. Kumpulan yang memenangi dua set
permainan dikira sebagai pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Gelung
2. marker penanda (2 warna yang berbeza)
3. Wisel
4. Pembesar suara mudah alih / muzik

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

8
NAMA AKTIVITI : GARISAN BERWARNA

KOMPONEN : KETANGKASAN DAN KELAJUAN

JANGKAMASA : 5 – 10 Minit Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Setiap kumpulan lima orang.
3. Kon penanda disusun selari seperti gambar 1.
4. Murid akan membawa kon penanda berwarna ke kawasan sasaran kemudian
meletakkan kon penanda ke atas kon penanda sasaran seperti gambar 2.
5. Susun kon penanda berwarna menjadi satu garis lurus.
6. Murid akan melakukan secara bergilir- gilir.
7. Kumpulan yang berjaya menyusun kon penanda berwarna secara satu garis lurus
akan di isytihar sebagai pemenang seperti gambar 3 gambar 4.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon penanda (tiga warna yang berbeza)
2. Wisel

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 3 Gambar 4

9
NAMA AKTIVITI : TIMANG LAWI AYAM

KOMPONEN : DAYA TAHAN OTOT

JANGKAMASA : 10 Minit Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Satu kumpulan lima orang murid.


2. Murid perlu menimang Lawi Ayam secara berkumpulan.
3. Murid akan mengira jumlah timangan diperolehi sebelum jatuh ke lantai.
4. Kumpulan yang menimang dengan jumlah yang banyak dikira pemenang.
* Boleh variasikan bilangan murid dalam kumpulan.

CADANGAN ALATAN :
1. Lawi Ayam

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

10
NAMA AKTIVITI : REBUT KON

KOMPONEN : KETANGKASAN, KELAJUAN


Video Rujukan
JANGKAMASA : 5 Set

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Satu kumpulan lima orang murid.
3. Kon penanda dan kon kecil disusun seperti dalam gambar.
4. Murid berdiri di garisan permulaan seperti dalam gambar.
5. Muzik akan dimainkan.
6. Apabila muzik dihentikan, murid di kedua-dua kumpulan bergerak pantas untuk
mengambil kon penanda mereka.
7. Murid perlu meletakkan kon penanda mereka pada kon kecil di hadapan mereka.
8. Kon penanda kumpulan paling banyak diletakkan pada kon kecil dikira sebagai
pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon
2. Kon penanda
3. Pembesar suara
4. Muzik

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

11
NAMA AKTIVITI : BOLA TAMPAR BELON

KOMPONEN : KETANGKASAN, KETAHANAN OTOT

JANGKAMASA : 5 Set Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Setiap kumpulan mempunyai empat orang ahli.
3. Kumpulan murid yang memulakan permainan, perlu servis belon ke gelanggang pihak
lawan.
4. Setiap kumpulan boleh menyentuh belon sebanyak tiga kali sahaja di kawasannya.
5. Mata dikira apabila pihak lawan tidak dapat membalas hantaran ataupun hantaran
tidak melepasi jaring.
6. Pasukan yang mendapat 15 mata dikira sebagai pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon
2. Belon

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

12
NAMA AKTIVITI : KEHIDUPAN DI HUTAN

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK


Video Rujukan
JANGKAMASA : 30 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Satu kumpulan tiga orang murid.


2. Dua orang murid ditugaskan menjadi pokok.
3. Seorang murid ditugaskan menjadi tupai.
4. Murid akan diberi tugasan oleh guru :
i) Pokok : Peranan pokok akan bergerak mencari tupai
ii) Tupai : Peranan tupai akan bergerak mencari pokok
iii) Gempa : Tukar peranan tupai kepada pokok
5. Selepas mendapat arahan, murid akan bergerak mencari rakan di kumpulan lain.
6. Variasi:
i) Permainan boleh ditambah dengan watak lain seperti ‘racun’.
ii) Apabila tugasan diberi, pokok yang didiami racun akan mati.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon (4 Unit)

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

13
NAMA AKTIVITI : BERDUA LEBIH BAIK

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK

JANGKAMASA : 20 Minit Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Satu kumpulan empat orang murid.


2. Kon kecil diletakkan di setiap kumpulan sebagai tanda permulaan.
3. Letakkan halangan di tengah laluan larian.
4. Pelari pertama berlari melepasi halangan sehingga ke kon kedua dan berpatah balik.
5. Pelari pertama akan menarik pelari kedua dan berlari bersama-sama melepasi
halangan dan kembali semula ke kon permulaan.
6. Pelari kedua akan menarik pelari ketiga dan berlari bersama-sama melepasi halangan
dan kembali semula ke kon permulaan. (Pelari pertama rehat).
7. Pelari ketiga akan menarik pelari keempat dan berlari bersama-sama melepasi
halangan dan kembali semula ke kon permulaan. (Pelari kedua rehat).
8. Pelari keempat akan menarik pelari pertama dan berlari bersama-sama melepasi
halangan dan kembali semula ke kon permulaan. (Pelari ketiga rehat).
9. Aktiviti diulang sehingga tiga pusingan.
10. Kumpulan yang berjaya menamatkan larian dikira sebagai pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon
2. Marker

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

14
NAMA AKTIVITI : NYAHKAN VIRUS

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK


Video Rujukan
JANGKAMASA : 10 – 15 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Satu kumpulan menjadi ‘virus’ dengan memakai bib. Satu kumpulan lagi akan menjadi
“orang yang sihat”
3. Virus akan mengejar peserta lain untuk menyebarkan jangkitan dengan menyentuh
bahu mereka.
4. Mana-mana peserta yang disentuh akan “mati”.
5. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah virus yang dapat dikumpul sehingga tamat
masa permainan.
6. Kawasan permainan adalah seluas 20 meter X 15 meter.

CADANGAN ALATAN :
1. Bib
2. Wisel

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

15
NAMA AKTIVITI : PUKUL LALAT

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK


Video Rujukan
JANGKAMASA : 15 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid diminta membuat satu bulatan besar.


2. Seorang murid dipilih menjadi penyerang.
3. Penyerang mengelilingi bulatan dengan membawa span lembut.
4. Penyerang meletakkan span lembut di belakang rakan dan berlari duduk di tempat
asalnya.
5. Penyerang baru mengejar penyerang asal dan cuba menepuk sebelum penyerang
asal duduk.
6. Arah larian adalah mengikut arah lawan atau arah pusingan jam.
7. Penyerang baru meneruskan permainan dalam masa yang ditetapkan.

CADANGAN ALATAN :
1. Marker
2. Span lembut / kain lembut

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

16
NAMA AKTIVITI : FLIP N FLAP

KOMPONEN : KETANGKASAN
Video Rujukan
JANGKAMASA : 3 Minit Setiap Pusingan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid berpasangan.
2. Pemain A mewakili warna merah. Pemain B mewakili warna biru.
3. Terdapat 20 keping kad berwarna merah dan biru di kawasan permainan.
4. Murid perlu berada di garisan permulaan untuk memulakan perlawanan.
5. Murid A perlu terbalikkan (flip) kad kepada warna merah. Murid B perlu terbalikkan
(flip) kad kepada warna biru.
6. Murid yang berjaya mendominasi jumlah kad yang paling banyak dikira pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Marker
2. Kad berwarna biru dan merah (20 keping)

* Sekeping kad mempunyai 2 warna iaitu merah (hadapan) dan biru (belakang)

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

17
NAMA AKTIVITI : LATIHAN LITAR

KOMPONEN : DAYA TAHAN OTOT

JANGKAMASA : 3 Minit Setiap Pusingan Video Rujukan

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid berada di lima stesen.


2. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berbeza.
3. Murid-murid bergerak ke setiap stesen mengikut turutan.
4. Wisel akan dibunyikan dalam masa satu minit untuk setiap aktiviti.
5. Pergerakan murid ke satu stesen yang lain adalah selama 1 minit.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon
2. Marker
3. Wisel

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

18
NAMA AKTIVITI : PECAH PELUH

KOMPONEN : KECERGASAN
Video Rujukan
JANGKAMASA : 3 Set

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagi kepada dua kumpulan.


2. Kawasan seluas 20 meter x 15 meter disediakan. Kawasan akan dibahagi dua.
3. Setiap kawasan akan diletakkan 10 kon.
4. Murid akan berdiri di garisan permulaan (rujuk rajah).
5. Apabila wisel dibunyikan, pelari pertama akan berlari sambil membawa satu kon dan
meletakkan kon di gelanggang bertentangan (kawasan A ke kawasan B, kawasan C
ke kawasan D).
6. Semua murid perlu melakukan aktiviti tersebut.
7. Selesai murid terakhir, rehat selama 30 saat diberikan.
8. Ulangan aktiviti akan dilakukan selepas rehat.
9. Murid pertama akan berlari mengambil kon yang berada di bahagian B atau D dan
letakkan semula di garisan permulaan.
10. Aktiviti yang sama diteruskan oleh ahli kumpulan sehingga selesai.

CADANGAN ALATAN :
1. Kon
2. Wisel
3. Marker

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

19
NAMA AKTIVITI : RUNNING MAN

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK

JANGKAMASA : 20 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Satu kumpulan 10 orang murid.
3. Setiap murid diberikan sehelai riben dan diselitkan di bahagian tepi pinggang.
4. Murid dikehendaki menarik riben pihak lawan.
5. Murid boleh mengumpul seberapa banyak riben sehingga tamat masa yang
diperuntukkan.
6. Murid dilarang menepis atau bergelut untuk mempertahankan riben masing-masing.
7. Murid yang telah diambil ribennya masih boleh mengejar dan mendapatkan ribennya
semula atau mengambil dari pelajar kumpulan lain selagi masa belum tamat.
8. Guru meniup wisel setelah masa tamat.
9. Murid berkumpul semula mengikut kumpulan masing-masing.
10. Kumpulan yang mengumpul riben paling banyak dikira sebagai pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Riben (berukuran 40 cm panjang)
2. Wisel
3. Kon

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

20
NAMA AKTIVITI : HOP SCOTCH RACE

KOMPONEN : DAYA TAHAN OTOT


Video Rujukan
JANGKAMASA : 10 – 15 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Satu kumpulan empat orang murid.


2. Kumpulan A berbaris di belakang kon A, manakala kumpulan B berbaris di belakang
kon B.
3. Apabila wisel ditiup, hanya seorang murid dari setiap kumpulan perlu melompat
ketingting ke dalam gelung dengan pantas sehingga kedua pemain bertemu.
4. Murid perlu berlawan ‘osom’ (air/batu/burung) dengan pihak lawan untuk meneruskan
permainan.
5. Hanya pemain yang memenangi perlawanan ‘osom’ dibenarkan meneruskan
perjalanan.
6. Pemain yang kalah perlu keluar dari gelung dan digantikan dengan rakan sepasukan
yang bermula dari awal dan seterusnya hingga selesai semua ahli kumpulan.
7. Kumpulan yang berjaya melepasi semu gelung akan mendapat satu mata.
8. Permainan diteruskan secara bergilir-gilir sehingga masa tamat.
9. Kumpulan yang memungut mata terbanyak dikira pemenang.

CADANGAN ALATAN :
1. Gelung (20 unit)
2. Kon

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

21
NAMA AKTIVITI : DATUK HARIMAU

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK, DAYA TAHAN DAN

KEKUATAN OTOT Video Rujukan

JANGKAMASA : 5 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Seorang daripada wakil kumpulan akan menjadi “Datuk Harimau”.
3. Murid lain di belakang akan bertanyakan soalan “Pukul berapa Datuk Harimau”.
4. Apabila Datuk Harimau menyebut bilangan angka, murid di belakang akan melangkah
ke hadapan mengikut angka yang disebut.
5. Jika Datuk Harimau menyebut “Lapar”, dia akan mengejar dan cuba menangkap
seorang daripada murid lain di belakangnya.
6. Apabila Datuk Harimau telah berjaya menangkap salah seorang murid, maka Datuk
Harimau akan mendapat ‘pasangan’ untuk sama-sama menangkap mangsa yang
lain.
7. Setelah Datuk Harimau dan pasangannya dapat menangkap kesemua mangsanya
maka permainan itu akan dimulakan semula dengan memilih Datuk Harimau yang
baharu.
8. Permainan akan dimulakan semula mengikut langkah 3.

CADANGAN ALATAN :
1. Bib
2. Wisel
ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

22
NAMA AKTIVITI : TUJU SELIPAR

KOMPONEN : KAPASITI AEROBIK, KETANGKASAN


Video Rujukan
JANGKAMASA : 5 Minit

PROSEDUR / TATACARA :

1. Murid dalam dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.


2. Kumpulan A akan bertindak sebagai pasukan penyerang pembaling.
3. Kumpulan B sebagai pasukan pertahanan (memakai bib).
4. Seorang murid pasukan A akan berada dalam gelung untuk menjatuhkan selipar.
5. Ahli pasukan akan bergilir-gilir menjadi pembaling utuk menjatuhkan susunan selipar
di kawasan pasukan B. Murid dibenarkan melakukan percubaan sebanyak dua kali.
6. Jika pasukan A tidak dapat menjatuhkan selipar di kawasan pertahanan, mereka akan
bertukar tempat.
7. Jika selipar di kawasan B dapat dijatuhkan oleh pasukan A, maka pasukan B akan
membaling selipar pada ahli pasukan A untuk ‘mematikan’ pihak lawan.
8. Sekiranya pasukan B dapat ‘mematikan’ semua ahli pasukan A, maka pasukan B
dianggap pemenang.
9. Pasukan yang kalah akan di denda.

CADANGAN ALATAN :
1. Bip
2. Bola
3. Gelung
4. Selipar / atau alatan yang bersesuaian
5. Wisel

ILUSTRASI/ LAKARAN / GAMBAR

23
24
PANEL PENASIHAT MOHD AMIN BIN MOHD FEAIZUL BIN MOHD DIN
MAZLAN SMK LENGA, MUAR
HJ SHAHARUDDIN BIN SAARI SMK SERI LALANG, KLUANG
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI WAN AHMAD HIDAYATTULLAH
JOHOR MOHD AMMAR RASYID BIN BIN HAMZAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI ABDUL MANAP SMKA PAGOH, MUAR
JOHOR SMK TAMAN DESA JAYA, PASIR
GUDANG MUHAMMAD SHAFIQ AIZAT BIN
HJ SHAHILON BIN ABD HALIM ABDUL RAZAK
TIMBALAN PENGARAH SYAIPUL IDAHAM BIN SK KAMPONG BAHARU, MUAR
PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN) MOHAMAD NUR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SK PEKAN NANAS, PONTIAN MOHD AZMAN BIN SUHAIMI
JOHOR SMK KAYU ARA PASONG,
MOHD ISA BIN M. ABDUL PONTIAN
AHLI PANEL HAMID
PEMBINAAN MODUL SMK TUN SYED NASIR ISMAIL, AZNI BIN ADNAN
PANDUAN INTERVENSI JOHOR BAHRU SMK PALONG TIMUR, SEGAMAT
SEGAK
SAROZI BIN ABU BAKAR MOHD FAHMI AKMAL BIN ABD
EMILIA BINTI MUSTAFA SK SUNGAI TIRAM, PASIR MUTALIB
PENOLONG PENGARAH SAINS GUDANG SMK LEDANG, TANGKAK
SOSIAL,
SEKTOR PEMBELAJARAN, JPNJ. MOHD HANIFF BIN ZAINI ZULHELMY BIN ZACHARIAH
SK BATU ANAM, SEGAMAT SMK TENGKU MAHMUD
ROSIAH BINTI MOHAMAD ISKANDAR, SUNGAI MATI,
SMK TAN SRI ABDUL KADIR, NOR ZAIHA BINTI HANIPAH TANGKAK
MERSING SMK AIR TAWAR, KOTA TINGGI
AZLINA BINTI BOKO@LAGANDA
HJH SAODAH BINTI AHMAD MAZLINDA BINTI OYOP SMK LKTP ULU BELITONG,
SK PENGHULU SALLEH, BATU SMK BANDAR PUTRA, KULAI KLUANG
PAHAT
MOHD SHAIFUL BIN MUSTAFFA ZALINA BINTI ABDUL MANAF
EMILIA BINTI MOHD DIAH SMK YONG PENG, BATU PAHAT SK PUTRA UTAMA, KULAI
SMK TUN PERAK, MUAR
NOR HISHAM BIN ABD RAHIM AMRAN BIN CHE WIL
ISMAHADI BIN MOHD ISMAIL SMK SURIA PERDANA, BATU SK TAMAN KOTA JAYA, KOTA
SMJK PEI HWA, SUNGAI MATI, PAHAT TINGGI
TANGKAK
NOOR TASHAR BIN MOHD MOHD AQMAL HAKIM BIN ABD
SHAMSHUDIN BIN OTHMAN SHAHARUDDIN RAHIM
SM SAINS SULTAN ISKANDAR, SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI SK KANGKAR PULAI 2, KULAI
MERSING
NIK KHAIRI BIN NIK YAHYA KHAIRUL ZAMRI BIN YA'ACOB
NOOR HASMIMI BINTI HASSAN SMK SENAI, KULAI SK SAWAH DATO', MERSING
SK PENGHULU SALLEH, BATU
PAHAT NURIZAN BINTI SAAT RAZIF BIN BASRI
SMK MERSING, MERSING SMK AYER BALOI, PONTIAN
SAHIN BINTI ZAINI
SK SRI SETIA JAYA, KOTA HAFIZATI SYARAFINA BINTI RAFIZAH BINTI PONDI
TINGGI ABD HAMID SK PARIT MARKOM, PONTIAN
SMK TENGGAROH, MERSING

25
MOHD AZIZAN BIN MOHD
MUSTAFA
SMK DATO' AHMAD ARSHAD,
SEGAMAT

AISAH BINTI ALI


SK LKTP PEMANIS 1, SEGAMAT

AZRI BIN MOHD YAMIN


SK DURIAN CONDONG,
TANGKAK

NUR SAFINAS BINTI


MUHAMMAD HUSSAIN
SK TAMAN PUTERI WANGSA,
PASIR GUDANG

“DALAM INGATAN”
ALLAHYARHAMAH ZALAWANA
BINTI ABDUL KARIM
SMK TAMAN DAYA, PASIR
GUDANG

26

Anda mungkin juga menyukai