Anda di halaman 1dari 19

HOKI

TEKNIK SCOOP/ MENCEDOK

AHLI KUMPULAN:
NORASMA YASIMIN BT
SULIMAN
ROSLINDA BINTI GHAFAR
Kayu hoki
Shaft

Pemegang

Kepala kayu
KEMAHIRAN ASAS
 MEMUKUL
 MENOLAK
 MENAHAN/MENYERKAP
 MENGGELECEK
 MENGUIS
 MENCEDOK
 MENJAGA GOL
ALATAN BERMAIN
 PADANG
 PINTU GOL
 JARING
 TIANG BENDERA
 BOLA
 KAYU HOKI
 ALATAN PENJAGA GOL
 KASUT
PERATURAN PERMAINAN
 Terdiri daripada 11orang pemain termasuk
penjaga gol.
 Masa keseluruhan permainan ialah 70 minit,
separuh masa masa pertama ialah 35 minit begitu
juga dengan tempoh masa separuh masa kedua.
 Masa rehat tidak boleh melebihi 10 minit.
 Pemain hanya dibenarkan menggunakan kayu
hoki untuk memainkan bola.
 Hanya penjaga gol yang dibenarkan
menggunakan tangan, kaki dan anggota badan
untuk mengawal bola selagi dia berada di
kawasan ‘D’.
 Sekiranya penjaga gol berada di luar kawasan
‘D’, dia dianggap pemain biasa dan tidak boleh
menahan bola dengan menggunakan anggota
badan.
KEMAHIRAN
MENCEDOK
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN KEMAHIRANMENCEDOK?

 Kemahiran ‘scoop’ hampir sama dengan


kemahiran menguis tetapi sudut kecondongan
permukaan kayu dalam kemahiran ini lebih
tinggi.
 Ianya bertujuan untuk menghantar bola lebih jauh
melalui udara.
BILAKAH KEMAHIRAN INI
DIGUNAKAN?

 Jika pemain bertahan terkurung oleh para


penyerang dan merasa tidak mungkin untuk
menembusi hadangan lawan. Salah satu cara
melewatkan bola adalah dengan teknik scoop.
 Dengan teknik scoop, pemain dengan sengaja
menaikkan bola melewati atas kepala lawan ke
arah bahagian lapang yang kosong kemudian
disambut oleh teman sekumpulannya.
 Pemain bertahan mahupun penyerang pada
umumnya melakukan scoop ke arah daerah
pinggir lapangan, sebab biasanya tidak terlalu
banyak pemain berada di daerah tersebut.
 Yang perlu diperhatikan pula, pada saat
melakukan scoop pemain lawan berada di luar
jarak permainan (playing distance) iaitu 5 kaki
(4.5 m).
TEKNIK-TEKNIK
‘SCOOP’/CEDOK
 Terdapat dua teknik untukmelakukan scoop iaitu:
1. Teknik mencedok lurus/ arah kanan
2. Teknik mencedok ‘shovel’/ arah kiri
TEKNIK MENCEDOK
LURUS/DARI KANAN
 Berikut adalah beberapa panduan yang perlu
untuk kemahiran mencedok dari kanan/ lurus
1. Berdiri melangkah dengan kaki kiri berada di
hadapan badan, dan bahu kiri menghala kearah
sasaran.
2. Tangan kiri memegang panggal kayu hoki dan
bentuk ‘V’ yang dibuat oleh ibu jari menghala
kehujung kepala kayu hoki.
3. Bola berada di hadapan jari kaki kiri dan mata
memandang bola. Berat badan berada di atas kaki
kanan yang dibengkokkan pada bahagian lutut
serta badan condong ke belakang dengan kaki
kiri diluruskan.
4. Bahagian rata atau leper kayu hoki dilentangkan
dan dikenakan dibelakang bola pada bahagian
bawahnya. Berat badan diubat ke kaki kiri sambil
bola dicedok, iaitu menolak bola ke hadan dan
aras atas.
5. Selepas bola dicedok, kayu hoki dan lengan ikut
terus (ikut lajak). Bola bergerak di paras atas
kepala.
TEKNIK MENCEDOK
‘SHOVEL’/ DARI KIRI
Untuk membolehkan seseorang melakukan
kemahiran mencedok dari kiri dengan betul,
panduan berikut perlu didedahkan:
1. Berdiri melangkah dengan kaki kanan dihadapan
badan. Bahu kanan menghala kearah sasaran.
2. Tangan kiri memegang pangkal kayu hoki dan bentuk
‘V’ yang dibuat oleh ibu jari menghala kebahagian
leper kayu hoki. Tangan kanan berada dibahagian
tengah kayu hoki dengan ibu jari dikenakan pada
bahagian leper kayu yang menghala ke langit.
3. Mata memandang bola yang berada dihadapan
dan sebelah kiri ke kanan.
4. Badan dicondongkan ke hadapan serta
dibengkokkannya. Bahagian leper kayu hoki
dibengkokkan ke bahagian belakang dan bawah
bola.
5. Bola dicedok sambil kayu hoki dihayun ke arah
atas dan depan. Badan diluruskan dan melakukan
teknik ikut lajak. Bola bergerak di atas aras
kepala.
Kesilapan yang sering dilakukan
 Kayu hoki dihulur terlalu tinggi ke arah bola
 Permukaan rata kayu hoki menghala ke hadapan
 Tumit kayu hoki tidak ditempatkan pada bola
 Tangan kanan tidak diangkat ke atas dan depan
semasa mencedok bola
Ansur maju kemahiran mencedok

1. Secara perseorangan. Berlatih mencedok tanpa


menggunakan bola, dan dengan menggunakan
bola tanpa melangkah, mengambil selangkah dan
mengambil beberapa langkah.
2. Mencedok bola supaya melepasi halangan yang
tinggi.
3. Menggelecek dan mencedok bola kepada rakan.
Rujukan

Buku
Yusoff Ismail.(1993).Hoki: kemahiran asas:
mencedok.ms 61 – 64. penerbit Fajar Bakti SDN.
BHD. Kuala Lumpur.

C:\Users\---\Pictures\permainan
hoki.mhthttp://www.scribd.com/doc/19552795/H
oki-PPISMP-SEM-3

Anda mungkin juga menyukai