Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian Menggelecek Tingkatan : 301 Matapelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tajuk : Asas hoki Sub

tajuk : Kemahiran menggelecek Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran pelajar dapat: 1. 2. Melakukan kemahiran menggelecek dengan lancar tanpa sebarang bantuan guru. Mengetahui asas kemahiran menggelecek yang betul. Waktu : 730 pagi 840 pagi Masa : 70 minit

Aktiviti :- Guru memberi penerangan tentang asas kemahiran bermain hoki yang sedia ada. -Guru memfokuskan asas kemahiran menggelecek -Guru membuat tunjukcara kepada pelajar bagaimana untuk melakukan kemahiran menggelecek dengan betul Tiga cara menggelecek dalam permainan hoki iaitu : a.Loose Dribble (Longgar)

Pegangan kayu Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.

Mata Memandang bola semasa tolakan. Pandang ke depan dengan serta merta selepas tolakan untuk mengkaji kedudukan lawan. Kaki dan badan Badan dibengkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola. Pergerakan kaki adalah seperti seorang yang sedang berjalan. Kaedah ini menggalakkan pemain dapat bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat menguasai kawasan permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuhkan tanah supaya ia dapat melihat ke hadapan semasa berlari serta semasa mengelecek bola. Latihan Kemahiran

Kumpulan a. Pemain dilepaskan seorang demi seorang.

b. Bermula di X semua pemain melakukan aktiviti mengelecek loose sambil berlari mengelilingi padang hoki sebanyak satu pusingan .

b. Cloose dribble

Pegangan kayu

Tangan kiri dihujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar siku dan pergelangan tangan kiri menghadap kedepan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.

Badan

Kedudukan badan dan lutut dibengkokkan sedikit untuk mendapatkan imbangan.

Mata

Sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan ke mana pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabila bola di dalam kawalan yang baik.

Bola

Bola harus berada ke kanan dan di depan kaki kanan dan sentiasa menyentuh kayu hoki. Bahagian rata kepala kayu hoki bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Tekanan diberi di bawah bahagian tengah bola, yang akan memberi momentum berlebihan. Latihan Kemahiran

Kumpulan

Bermula di X, pemain melakukan aktiviti mengelecek cloose sambil berlari mengelilingi satu pusingan padang hoki.

c. Indian dribble

Pegangan kayu

Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan keluar manakala jari tangan kiri menghadap badan pemain. Tangan kanan memegang kayu dibawah sedikit. Tangan kiri berfungsi

memusingkan kayu sambil tangan kanan membantunya sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu sambil meluncurkan bola.

Bola

Bola hendaklah berada lebih kurang 30 cm di hadapan kaki kanan, kemudian ditolak ke kaki kiri dan apabila sampai ke kaki kanan ditolak semula ke kaki kiri.

Kaki dan badan

Kedudukan kaki adalah terbuka dan badan dibongkokkan ke hadapan dengan bola lebih kurang 60 cm di hadapan. Pada awalnya gerakan kaki bermula dari kanan ke kiri secara perlahan dan kemudian semakin pantas. Kedudukan badan di condong ke depan manakala kedudukan bola mestilah di hadapan semasa bergerak. Kayu mestilah sentiasa berada berhampiran bola untuk mengawal pergerakan bola setiap masa.

Kumpulan

a. Bermula di X, pemain-pemain melakukan aktiviti mengelecek India sambil berlari mengelilingi satu pusingan padang hoki . Aktiviti Kumpulan

Kumpulan seramai 7 hingga 8 orang pemain. Bermula di A, setiap pemain secara individu melakukan kemahiran mengelecek Loose, Cloose dan Indian merentasi skitel secara zig-zag. Semua pemain melakukan setiap kemahiran secara berganti-ganti.

Permainan Kecil Permainan Bersyarat a..Kumpulan kecil seramai 8 orang bermain secara bersyarat. Setiap pemain hanya dibenarkan mengaplikasikan ketiga-tiga kemahiran. Sebahagian padang digunakan beserta tiang gol kecil. Permainan tanpa syarat a. Permaianan dalam kumpulan kecil tanpa syarat

Anda mungkin juga menyukai