Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

____________________________________________________

PEMBANGUNAN SUKAN MEMANAH SESA


BAWAH 12 TAHUN
______________________________________________________________

TARIKH :
SEPANJANG TAHUN 2022-2024

TEMPAT :

PADANG SK SERI SAUJANA

ANJURAN :

KELAB MEMANAH SK SERI SAUJANA


1.0 PENDAHULUAN

Program ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Memanah Sk Seri
Saujana.Kelab ini akan menganjurkan program pembangunan sukan memanah kategori
bawah 12 . Program ini di harap dapat mengasah dan mengenengahkan bakat yang
dimiliki oleh para pelajar. Harapan kami juga agar program ini dapat memberi peluang
serta pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan sukan memanah disamping
mengeratkan lagi siratulrahim antara para pelajar dan juga memperkasakan mutu
pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah disamping meningkatkan kualiti dan
kuantiti sukan memanah. Selain memberi ruang dan peluang kepada semua murid untuk
menceburkan diri, dapat mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid dan
menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya
cintakan sukan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk mencungkil bakat – bakat baru dikalangan
pelajar Sk Seri Saujana khususnya dalam acara memaah agar boleh di ketengahkan
bakatnya. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan memberi ilmu
pengetahuan aspek teknikal dan daya saing dalam sukan ini. Mungkin pada suatu hari
nanti pelajar Sk Seri Saujana ini akan mewakili negara pada masa akan datang jika
latihan yang sistematik dan konsisten dapat di sempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Kelab Memanah Sk Seri Saujana terus fokus dan
mengambil langkah – langkah yang perlu bagi membimbing dan membina jati diri
pelajar-pelajar kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menghadiri program
ini yang menjadi sebahagian aktiviti ko-kurikulum. Melalui sukan memanah, semua atlit
dapat mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Dapat mencungkil
bakat murid-murid serta melahirkan atlit-atlit yang berdisiplin, berkemahiran,
berketrampilan disamping memastikan perkembangan yang seimbang dan menyeluruh
melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan
sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu teknikal dan taktikal sukan
memanah.
3.2 Membentuk pelajar yang mahir dan berdaya saing dalam setiap pertandingan
yang di sertai.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara pasukan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang sepanjang setiap hari jumaat dan sabtu sepanjang tahun
2022-2024.
4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi atau petang

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang Sk Seri Saujana


5.1 Penyewaan padang ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya
pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.0 Murid darjah 4,5 dan 6 seramai 6 orang


2 orang murid darjah 4
2 orang murid darjah 5
2 orang murid darjah 6

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : Cikgu Juraimi bin Mohd Said (Guru Besar)
Penasihat : Cikgu Abd Rahim bin Saleh ( GPK Kokurikulum)
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program : Cikgu Norhisam bin Mohd Nordin
Setiausaha : Cikgu Noneh bt Wasimin
Bendahari : Cikgu Ayuni bt Abd Razak
Pengurus pasukan : Cikgu Maryah Bt Yahya
Penolong Pengurus : Cikgu Nurul Huda Zakariya
Fisioterapi : Cikgu Azam Sani bin Khairuddin
Teknikal Peralatan : Cikgu Ahmad Zakuan
Cikgu Salyani
Jurulatih : Cikgu Norhisam Bin Mohd Nordin
En Jumaidi Hanizam Bin Jamaludin (PIBK)
En Zaini Bin Jantan (PIBK)
Pn Fahariza Bt Mahadi (PIBK)
Jurulatih dari PLD/MSN

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


BIL PERKARA
9.1 Menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan serta merancang program untuk
mencungkil bakat murid.
9.2 Menyediakan takwim serta jadual waktu latihan.
9.3 Membincangkan penyediaan kemudahan peralatan untuk segala aktiviti dan
pertandingan.
9.4 Menjalankan ujian pemilihan pasukan pemain sekolah.
9.5 Mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat.
9.6 Murid diberi latihan kemahiran mengikut aktviti yang bersesuaian seperti yang
telah dirancang dalam program tahunan.
9.7 Memberi kesedaran kepada guru dan masyarakat setempat mengenai peranan
mereka dalam program sukan ini
9.8 Menganjurkan dan menggalakkan guru menyertai kursus peningkatan
pengetahuan dan kemahiran dalam sukan memanah

9.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN


:
TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________
10.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.
Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima
kasih.

Disediakan Oleh

..........................................
(NORHISAM MOHD NORDIN)
PENGERUSI PROGRAM PEMBANGUNAN
SUKAN MEMANAH
SK SERI SAUJANA
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 18,160.00
Jumlah Permohonan RM 18,160.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

A Recurve Bow Set


NO ITEM 1 SET PER UNIT UNIT  
1 Riser/Handle 25' RM 600.00 6 RM 3,600.00
2 Limb 66” 26# RM 500.00 6 RM 3,000.00
3 Bow string 66” RM 50.00 6 RM 300.00
4 Arrow rest & Clicker RM 60.00 6 RM 360.00
5 Cartel focus sight RM 120.00 6 RM 720.00
6 Plunger Button RM 50.00 6 RM 300.00
7 CARTEL Finger tap RM 70.00 6 RM 420.00
8 CARTEL Arm Guard RM 20.00 6 RM 120.00
9 Bow stand RM 150.00 6 RM 900.00
10 Quiver RM 100.00 6 RM 600.00
11 Chest guard RM 50.00 6 RM 300.00
12 Stabiliser set RM 350.00 6 RM 2,100.00
13 Terra band training RM 40.00 6 RM 240.00
14 Arrow RM 350.00 6 RM 2,100.00
  Jumlah RM 2,510.00   RM 15,060.00

B Target Archery
NO ITEM 1 SET PER UNIT UNIT  
Target buttress
1 FOAM RM 500.00 3 RM 1,500.00
2 Target stand RM 500.00 3 RM 1,500.00
3 Target face RM 10.00 10 RM 100.00
  Jumlah RM 1,010.00   RM 3,100.00

JUMLAH KESELURUHAN A+B RM 18,160.00

Anda mungkin juga menyukai