Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP


PERINGKAT DUN SIMUNJAN
______________________________________________________________

TARIKH :
26 April 2014 – 3 Mei 2014

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SK SAGENG

ANJURAN :

BIRO BELIA DAN SUKAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN SAGENG SABAL


PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Belia dan Sukan
Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal.

Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Sageng Sabal akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak
7 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Simunjan . Program ini di harap dapat mengeratkan lagi
siratulrahim antara penduduk - penduduk kampong dalam DUN Simunjan. Harapan kami juga
agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada penduduk – penduduk DUN Simunjan agar
lebih mengenali antara satu dengan yang lain,secara tidak langsung ianya dapat memberikan
keharmonian dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Simunjan .

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah
kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan
negara. Di samping itu ianya dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola
sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja –
remaja di kawasan DUN Simunjan akan mewakili negara jika latihan yang sistemik dan konsisten
dapat di sempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Sageng Sabal tidak mahu
membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membena
muda mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang
memang hangat di kala ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah
kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah
pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 26 April 2014 – 3 Mei 2014 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari
Ahad.
4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola Kg Sageng ;


5.1 Peminjaman padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan .
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam
aktiviti mereka.
5.3 Membantu menambah Dana PIBG sk. Sageng.

6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk
Hj. Naroden Bin Hj. Majais ADUN N.21 Simunjan . Ia akan berlangsung di Padang Bola Sk
Sageng. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 30 minit kerana YAB akan memberi
ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 35 pasukan


7.2 Jumlah AJK pertandingan : 15 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : Abang Monir Bin Hj Wen
Penasihat : Dothadis Bin Chik

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Mazidel Bin Tambi


Naib Pengerusi : Bakhtiarrudin Bin Melawi
Setiausaha : Ismail Bin Tahir
Timbalan S/U : Shahrizan Bin Padil
Bendahari : Yusof Bin Suot

AHLI JAWATANKUASA

AJK Hadiah : Annuar Hj. Bujang


AJK Pertandingan : Ismail Bin Tahir
AJK Keselamatan & Disiplin : Jamali Bin Boili
AJK Kebajikan : Razali Bin Dan
AJK Pengurusan Padang : Zamri Bin Bujang
AJK Promosi : Mahathir Bin Sat@Hassan

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup
Peringkat DUN Simunjan .

JAWATANKUASA Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Simunjan

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
PENCAPAIAN
PROGRAM pertandingan.
 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah kumpulan.
 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
 Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURAN Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal

26 April 2014 – 3 Mei 2014


TARIKH

TEMPAT Padang bola sepak Kg Selayang Indah

BIL. PASUKAN 35 pasukan


ANGGARAN KOS RM 7,175.00

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :
TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 7,175.00
Jumlah Permohonan RM 7,175.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Promosi

- Flyers 800 helai RM 70.00 RM 70.00

- Banner 4 unit RM 50.00 RM 200.00

Baju AJK 25 helai RM 25.00 RM 625.00

( Tshirt round neck)

Pengurusan padang

- sewa padang 6 hari RM 50.00 RM 300.00

- Utiliti - RM 200.00 RM 200.00

Peralatan

- Utiliti RM 100.00

- Bola 6 biji RM 100.00 RM 600.00

- jaring gol 2 unit RM 100.00 RM 200.00

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Pengadil 4 orang RM 200.00 / sehari RM 800.00

Makanan

- Urusetia RM 250.00
- VIP RM 200.00

- Minuman ( air mineral ) 60 kotak RM 8.00 RM 480.00

P.A. Sistem RM 300.00

Hadiah

 Tempat pertama

- Wang tunai RM 500.00

Piala dan 1 set jersey RM 500.00

 Tempat kedua

- Wang tunai RM 300.00

Piala dan 1 Set jersey RM 400.00

 Tempat ketiga

- Wang tunai RM 200.00

Piala dan 1 set jersey RM 300.00

 Tempat keempat

- 1 set jersey RM 250.00

First Aids 1 kotak RM 100.00 RM 100.00

Kos Luar Jangka RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 7,175.00


Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
(ISMAIL BIN TAHIR )

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
(MAZIDEL BIN TAMBI)

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
( Dothadis Bin Chik )

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................

...........................................................
BIRO BELIA DAN SUKAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN
SAGENG SABAL,94800 SIMUNJAN

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP
PERINGKAT DUN SIMUNJAN
NAMA PASUKAN
                                               
                                               

SENARAI NAMA PEMAIN


BIL NAMA PEMAIN NO KP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NAMA PENGURUS PASUKAN


                                               
                                               

NO. TELEFON BIMBIT


       -              

………………………………………
Tandatangan Pengurus Pasukan
Nama :
Tarikh :
*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 25 April 2014 di Sk Sageng,94800
Simunjan beserta dengan bayaran sebanyak………………….
*Tarikh pengundian akan diadakan pada 25 April 2014 di Sk Sageng,94800 Simunjan .

……………………………………………Keratan disini.................................................................
KEGUNAAN PEJABAT
………………........................ ……………………………….
Tandatangan/Cop Urusetia Tandatangan
Tarikh : Nama pasukan :

Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Ismail Tahir (014-7054450) Razali Dan (011-15822302) Zamri Bujang (014-8760466) Mahathir (016-9697401 )
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Simunjan.

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.


3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (10) orang pemain. Pendaftaran hendaklah
menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian,
penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan
sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma
akan diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM 120.00 sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 25 April 2014 di Sk
Sageng,94800 Simunjan .

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 25 April 2014 di Sk.Sageng,94800 Simunjan.

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Sk.Sageng .


4.2 Perlawanan akan bermula pada 26 April 2014 dan akan berakhir pada 3 Mei 2014.
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 15 + 5 + 15 = 35 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan
dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal
berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara tujuh (7) sebelah.


2. Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
3. Jika terdapat keputusan seri , tendangan penalty akan diberikan untuk menentukan pemenang bagi
perlawanan tersebut.
4. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam
kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan
dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden
Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan
sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (3) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam
permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati
melakukan kesalahan seperti berikut :-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan
dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya
dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (5) orang pemain dalam sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh
(5) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang
mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika
berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan
perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain
tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam
suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2)
perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu
perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan
ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan
dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding
didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan
hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-
mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-
pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan
dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang
perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik
oleh pihak penganjur kejohanan ini 30 minit selepas perlawanan tamat berserta dengan wang Bantahan
sebanyak RM 150.00 ( Tidak akan dikembalikan)
11. HADIAH
11.1 Tempat 1 : Wang Tunai ( RM 500.00 ) + 1 Set Jersey + Piala
11.2 Tempat 2 : Wang Tunai ( RM 300.00 ) + 1 Set Jersey + Piala
11.3 Tempat 3 : Wang Tunai ( RM 200.00 ) + 1 Set Jersey + Piala
11.4 Tempat 4 : 1 Set Jersey

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 25 April 2014 di Sk Sageng 94800
Simunjan beserta dengan bayaran sebanyak RM 120.00

Tarikh pengundian akan diadakan pada 25 April 2014 di Sk Sageng 94800 Simunjan .

13. KUASA PENGANJUR / PENGELOLA

*Penganjur / Pengelola Program BERHAK untuk mengubah syarat-syarat pertandingan mengikut


keperluan semasa.

Anda mungkin juga menyukai