Anda di halaman 1dari 7

KLINIK BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING

1 PENDAHULUAN

Pelaksanaan dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan
oleh YAB sendiri.
Pelaksanaan dasar 1MURID 1SUKAN menyertai sekurang-kurangnya
satu sukan (1M 1S) akan dilaksanakan mulai tahun 2011.
Dasar 1MURID 1SUKAN ini merupakan usaha KPM dalam
menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-
kurang satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak
aktif dalam sukan agar dapat melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal dan
mental.
Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif
dalam sukan agar dapat memperkembang potensi dan bakat murid ke arah
kecemerlangan sukan.
Pelaksanaan 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip
prinsip berikut:-
i. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan.
ii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi.
iii. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam
pengurusan sukan.
Pelaksanaan 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang
serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara
holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

2 RASIONAL

Klinik sukan bola tampar dan bola jaring diadakan adalah bertujuan untuk
melahirkan pemain bola jaring dan bola tampar yang berkualiti bagi pasukan Smk
Seri Intan, Daerah Machang dan seterusnya untuk MSS Kelantan bagi Tahun 2025.
3. MATLAMAT
3.1 Membina satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat
kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
3.2 Melalui rangsangan/tugasan murid dapat :
i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan.
ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.
ii. Membantu dalam penganjuran pertandingan.
3.3 Guru dan murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan
kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab.
3.4 Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai.

4 OBJEKTIF

1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan


aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di
kalangan murid dan guru.
3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab
sukan.
4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
5. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti
sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan invovatif.

5 NAMA PROGRAM

KLINIK BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING

6 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 05 Julai sehingga 16 Ogos 2023

Hari : Jumaat dan Sabtu


Masa : ( 7.40- 9.10 pagi )

Tempat : Dewan SMKSI

.
7 SASARAN

7.1 Semua murid Tingkatan .

8 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran

9 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En Che Sauti bin Che Ibrahim (Pengetua)

Pengerusi : En. Nik Ahmad Kamil bin Nik Yaakob (PKKO)

Naib Pengerusi 1 : En Zukifli bin Mat (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En Aridi bin Abdul Ghani (PKHEM)

Penyelaras Program : En Mohammad Shahrez bin

Setiausaha : Pn Wan Asiyah binti Wan Yusoff

Fotografi : En Hayazi bin Mohd Yas

Dokumentasi : Pn Sti Sahara binti Yusoff


11 ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER PENDAPATAN

Bil Butiran Kuantiti Jumlah


perbelanjaan

1 Persegaran pelajar Minum Pagi - 40 orang X RM3.00 X 2hari RM240.00


Makan Tengah hari - 40 orang X RM5.00 X 2hari RM400.00

2 Sijil Penyertaan 40 pelajar X RM2.00 RM80.00


(pelajar)

3 Air 20 kotak X RM12.00 RM240.00


Minuman

4 Bola Tampar 2 X RM1750 RM3500.00


Bola Jaring

5 Bip Latihan 3 Set X RM100.00 RM300.00

6 Baiki Padang RM500.00 RM500.00


(Rolling)
7 Banner 1 X RM140.00 RM140.00

JUMLAH RM5400.00

12 PENUTUP

Semoga klinik ini dapat memenuhi matlamat dan objektif sukatan sukan dan
permainan. Hasil dari klinik ini akan membantu memilih dan mencungkil bakat-bakat
baru dalam bidang sukan Bola Tampar dan Bola Jaring serta memenuhi keperluan
Falsafah Pendidikan kebangsaan yang berteraskan kepada jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

Memandangkan sukan ini merupakan salah satu acara yang telah ditetapkan
dalam takwim sukan sekolah, maka adalah wajar ianya mendapat sokongan dan
kerjasama semua pihak bagi menjayakan pertandingan ini.
Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti tetapi semangat ingin bersaing
untuk menang secara bersih,semangat juang yang tinggi,mengeratkan perpaduan dan
persahabatan, menambahkan kenalan di kalangan pelajar SMK Seri Intan adalah jauh
lebih penting dan tentukan kehadiran kita di dalam pertandingan ini disedari dan
kehilangan pula akan dirindui semua.

Disediakan oleh : Disokong oleh : Disah dan diluluskan oleh;

………………………… …………………………..
Nik Ahmad Kamil bin Nik Che Sauti bin Che Ibrahim
Yaakob
KLINIK PENDEDAHAN SUKAN BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING
PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

( Hari Pertama )

10.00 –
08.00 – 08.30 – 10.30 – 12.30 – 2.30
10.30 2.30 – 5.00 PTG
08.30 PG 10.00 PG 12.30 TGH PTG
PG

Teknik-teknik
Peraturan Permainan Kecil
Balingan /
Pendaftaran dan Rehat Rehat 1 VS 1
Hantaran
pengurusan 2 VS 2
Asas
3 VS 3

( Hari Kedua )

10.00 – 12.30
08.00 – 08.30 –
10.30 10.30 – 12.30 TGH – 2.30 2.30 – 4.00 PTG
08.30 PG 10.00 PG
PG PTG

Teknik /
Tektikal Pertandingan /
Pendaftaran Rehat Rehat Penutup / Penyampaian Sijil
Dalam Permainan Kecil Penyertaan
Permainan

Anda mungkin juga menyukai