Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG

48020 RAWANG SELANGOR


UNIT KOKURIKULUM
KERTAS KERJA KLINIK BOLA JARING (TEORI DAN
PRAKTIKAL) 2011

0.0 PENDAHULUAN
Unit kokurikulum SMK Seri Kundang akan mengadakan
satu program Bengkel Teori dan Praktikal Bola Jaring
anjuran Kelab Bola Jaring SMKSK. Program ini diharap
akan membantu memberi pendedahan kepada pelajar-
pelajar dalam teknik teori dan praktikal permainan Bola
Jaring dan menguruskan aktiviti pertandingan peringkat
sekolah dan daerah. Program ini mendokong ke arah
pencapaian kecemerlangan sahsiah sejajar dengan
pemilihan SMK Seri Kundang dalam Program
Pembangunan Kecemerlangan Organisasi melalui
Kepimpinan Sekolah (PROD) oleh Jemaah Nazir Jaminan
Kualiti (JNJK). JPNS dan PPD
1.0 RASIONAL
1.1 Memberi pendedahan kepada ahli Kelab Bola Jaring
terutama pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dalam tatacara
permainan dan menguruskan sesuatu pertandingan.
1.2 mendapat pendedahan tentang bagaimana
merancang satu pertandingan untuk pelajar di
peringkat sekolah dan daerah.
1.3 mempraktikkan pengetahuan tentang cara bermain
Bola Jaring yang betul.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menambah pengetahuan pelajar secara troti dan
praktikal tentang teknik bermain Bola Jaring yang
betul sajajar dengan matlamat 1Murid 1Sukan
2.2 Mempraktikkan pengetahuan asas tentang
pengendalian aktiviti sesuatu pertandingan
2.3 Memupuk semangat kerjasama, berkongsi
pengetahuan dan ilmu di kalangan ahli

3.0 KUMPULAN SASARAN


60 Ahli Kelab Bola Jaring sekolah.

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI


4.1 Ceramah (Teori)
4.2 Bengkel (Praktikal)
4.3 Perlawanan persahabatan

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh cadangan 14 Mei 2011 (Sabtu)
5.2 Masa : 8.00 pagi- 5 .00 petang
5.3 Lokasi - Dewan Sekolah dan Gelanggang Bola
Jaring

6.0 SUMBER KEWANGAN


Bantuan Sukan Sekolah (BSS) RM 700.00
Sumbangan peserta (RM9.00) RM 540.00

7.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA SUMBER JUMLAH


1 Bayaran Penceramah Sumbangan RM120.00
(Pn Siti Hasnah peserta
No kp 652502047554)
2 Bahan Kursus (Edaran) BSS RM 100.00
3 Sijil Penyertaan BSS RM 100.00
3 Jersey Bola Jaring BSS RM 500.00
3 Makanan dan Minuman Pelajar RM 420.00
peserta
(RM7 x 60 pax)
JUMLAH RM1240.00

8.0 AJK PELAKSANA

Penasihat : Pn Noraizan Bt Brahim (Pengetua SMKSK)


Pengerusi : Pn Suhaida bt Shamsuddin (PK KOKU)
Naib Pengerusi : Pn Rusyati Omar (Ketua Guru
Penasihat Kelab)
Pn Mazwila Che Othman

Setiausaha : Nur Maisarah bt Mustafa


Bendahari : Syafika Nurmalisa bt Ilyas
Dokumentasi : Amirah Syaza bt Azman Shah

9.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 PAGI : PENDAFTARAN PESERTA


8.30 10.00 PAGI : Ceramah Peraturan Permainan Bola
Jaring
10.00-10.30 pagi : MINUM PAGI
10.30-12.30 tgh : Ceramah dan Bengkel
Persediaan Pertandingan dan
Pengadilan Pertandingan
12.30 2.30 ptg : MAKAN TENGAHARI
Solat Zohor dan Pengurusan Diri
2.30 4.30 ptg : Sesi Praktikal dan Pertandingan
Persahabatan
4.30 5.00 ptg : Upacara Perasmian Penutup oleh
Pn Pengetua
BERSURAI
10.0 PENUTUP
Diharapkan penganjuran Bengkel Permainan Bola Jaring
oleh Unit Kokurikulum dapat memberikan pendedahan
tentang teknik teori dan praktikal permainan dan
pengendalian pertandingan kepada kumpulan sasaran.
Dengan pengetahuan yang diperoleh ini juga diharapkan
kita dapat melahirkan pelajar yang aktif mengambil
bahagian dalam program kokurikulum sekolah di masa
hadapan dan sekolah dapat melaksanakan dasar 1MURID 1
SUKAN.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ......................
...........................
(NUR MAISARAH MUSTAFA) (PN RUSYATI
OMAR)
Setiausaha Kelab Bola Jaring Ketua Guru
Penasihat Kelab)

Disokongkan Oleh,

...................................
(PN SUHAIDA BT SHAMSUDDIN)
PK Kokurikulum SMKSK

Anda mungkin juga menyukai