Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA :

KURSUS KEPEGAWAIAN, KEPENGADILAN DAN KEJURULATIHAN


BADMINTON KEBANGSAAN GRED 2 DAN GRED 3 TAHUN 2003.
----------------------------------------------------------------------------------

1. PENGENALAN

Permainan badminton semakin diminati ramai di Maktab Perguruan Keningau


Sabah (MPKS). Dalam tempoh setahun, sekurang-kurangnya satu kejohanan
badminton dianjurkan oleh Biro Sukan JPP MPKS.

Bagi tahun 2003, Biro Sukan JPP MPKS dengan sukacitanya ingin
menganjurkan Kursus Kepegawaian, Kepengadilan dan Kejurulatihan Badminton.
Penyertaan dibuka kepada semua warga MPKS iaitu Guru-Guru Pelatih MPKS
khasnya Semester 4. Walau bagaimanapun Guru-Guru Pelatih Semester 2 dan
KPLI (Menengah dan Rendah) dijemput menyertai sekiranya berminat. Adalah
diharapkan usaha baik ini akan menjadi satu pendorong kepada para Guru Pelatih
yang ingin mendalami ilmu permainan badminton demi mempertingkatkan prestasi
diri sendiri.

2. RASIONAL

Permainan badminton mempunyai ramai peminat di kalangan warga MPKS.


Kemudahan gelanggang tanpa perlu disewa menyaksikan ramai peminat
badminton terutamanya di kalangan Pensyarah, Staf-pentadbiran dan Guru-guru
Pelatih akan beriadah pada setiap petang.

Melalui Kursus Kepegawaian, Kepengadilan dan Kejurulatihan Badminton ini


diharapkan dapat memberi satu peluang kepada Guru Pelatih yang terlibat untuk
menonjolkan bakat yang terpendam. Dipandang dari aspek ini, Biro Sukan JPP
MPKS meneruskan kesinambungan dengan menganjurkan Kursus Kepegawaian,
Kepengadilan dan Kejurulatihan Badminton yang akan disertai oleh warga MPKS.

1
3. OBJEKTIF

Objektif utama kursus Kepegawaian, Kepengadilan, dan kejurulatihan ini adalah


untuk :
a. Melahirkan generasi guru yang berkaliber dalam aktiviti badminton khususunya
menguasai sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan dalam aspek-aspek
Kepegawaian, Kepengadilandan Kejurulatihan di samping tidak mengabaikan
nilai-nilai murni.
b. Berjaya menjadi seorang Guru Penasihat Badminton dan Jurulatih di sekolah
kelak yang dapat melahirkan anak didik yang bukan sahaja tangkas dalam
permainan badminton malah dapat menjadi warga negara yang berwawasan,
berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan yang terpuji selaras dengan
aspirasi negara.
c. Memperkembangkan daya kreativiti dan inovasi dalam latihan badminton.
d. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyeronokan secara beransur maju.
e. Memahami konsep kemahiran-kemahiran asas badminton.

4. JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Pengarah MPKS


Penasihat : Encik Azmi Bin Ghaih
Encik Ong Kau Liong
Encik Amjah Yunus
Pengerusi : Saudara Sazaly Ajin
Timb. Pengerusi : Saudari Molley Gondolos
Setiausaha : Saudari Faizah Binti Harun
Bendahari : Saudara Elmer Walden Simpul
AJK : Saudara Ag Nordin Bin Ajamain
Saudara Lasahi Abd Latif
Saudara Ricky Tumbil
Saudara Oliver Joel
Saudari Juinah Pinis
Saudari Rosnani Mohd Yusoff
Saudara Rauf Watinin
Saudari Calrice Gomporot
Saudari Loreta

2
5. AJK KERJA

Ketua Urusetia : En. Sazaly Ajin


Protokol : Saudari Molley Gondolos
Saudari Clarice Gomporot
Publisiti : Saudara Lasahi Abd Latif
Saudara Ag Nordin Ajamain

Audiovisual : Saudara Ricky Tumbil

Jadual/ Teknikal : Saudari Faizah Binti Harun


Saudari Rosnani Mohd Yusoff
Hadiah dan
Cenderamata : Saudari Loreta
Saudari Juinah Pinis

6. JADUAL KURSUS KEPEGAWAIAN, KEPENGADILAN DAN KEJURULATIHAN


BADMINTON 2003.

1. 11 Julai, 2003. 2.00 -2.30 petang = Pendaftaran


Jumaat. 2.30- 4.30 petang = Draw/Jadual Perlawanan
5.00 – 7.00 malam = Kemahiran Badminton
8.30 – 10.30 malam = Undang-Undang
Badminton(1-9)
2. 12 Julai, 2003. 8.00-10.00 pagi = Undang-Undang
Sabtu. Badminton(10-17)
10.30 – 12.30 tgh = Recommendation to Court
Officials.
2.00 – 4.30 petang = Score-Sheet/Situations
5.00 – 7.00 malam = Kemahiran Badminton
8..30 – 10.30 malam = Code Of Ethics/Soalan-
Soalan Peperiksaan

3. 13 Julai, 2003. 8.00 – 11.30 pagi = Peperiksaan Bertulis.


Ahad 11.30-12.00 tgh = Penyampaian Sijil
4. 23 Ogos, 2003. Peperiksaan Bertulis BAM 2003.
Sabtu. 2.00 – 5.00 petang
Dewan Kuliah
Maktab Perguruan Keningau Sabah.

3
7. BIDANG TUGAS (makluman sahaja)

Protokol :
1. Membuat persediaan untuk majlis rasmi penyampaian Sijil 13 Julai, 2003.

Publisiti :
1. Membuat promosi untuk menarik penyertaan bagi warga MPKS.
2. Mangumpul dan mendapatkan penyertaan Kursus Kepengadilan dan
Kejurulatihan Badminton 2003.

Audiovisual :
1. Membuat rakaman dan siaraya sepanjang kursus dilangsungkan.
2. Menyediakan informasi terkini kursus.

Jadual/ Teknikal :
1. Menyediakan, menyelaras dan menyusun atur jadual kursus sepanjang
tempoh.
2. Menyediakan, merekod dan menyimpan jadual pemarkahan bagi setiap kursus.
3. Menempah dan memastikan bahan keperluan teknikal disediakan sebelum
mahupun semasa kursus dijalankan. Memastikan peralatan dalam keadaan
selamat dan terjaga.

Hadiah & Cenderamata :


1. Mencari, mendapatkan dan menyediakan hadiah, cenderamata dan sijil yang
diperlukan dalamkursus ini.
2. Membantu AJK Protokol dalam penyampaian cenderamata semasa
perhimpunan.

Kepengadilan :
1. Menyediakan tenaga kerja bagi tujuan pengadilan.
2. Menyusunatur dan mengagihkan tenaga kerja tersebut mengikut pertandingan.
3. Memastikan kejohanan dijalankan mengikut Syarat Pertandingan dan undang-
undang seperti yang termaktub dalam undang-undang IBF.

4
8. PESERTA

8.1 Para peserta adalah terdiri daripada Guru-guru Pelatih MPKS khasnya
Semester 4. Walau bagaimana Semester 2 dan KPLI (Menengah dan
Rendah) dialu-alukan menyertainya..

9. YURAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah PERCUMA. Walau bagaimanapun, setiap peserta dikehendaki
membayar sendiri YURAN PEPERIKSAAN BAM iaitu
RM 30.00 setiap orang (Peserta Gred 3)
RM35.00 setiap orang (Peserta Gred 2)

10. PERATURAN KURSUS BADMINTON.


Sila Rujuk Peraturan Pertandingan Badminton IBF yang terkini.

11. SUMBER KEWANGAN


Bagi menjayakan pertandingan ini, sumber kewangan dijangka adalah dari
sumbangan pihak Maktab;
12. ANGGARAN KOS

Perkara Kos

1. Bulu tangkis (3 x RM31.00) RM093.00


2. Makan & Minum
RM 2.00 + RM2.00 X 50 PESERTA RM200.00
RM2.00 + RM3.00 + RM2.00 + RM2.00 X 50 PESERTA RM450.00
RM2.00 + RM3.00 X 50 PESERTA RM250.00

3. Cenderamata (3 PENSYARAH) -
4. Perbelanjaan luar jangka RM100.00
5. Sijil Penyertaan (Daripada MPKS-Stor Induk) -

JUMLAH BESAR RM1,093.00

5
13. PENUTUP

Adalah wajar KURSUS KEPENGADILAN DAN KEJURULATIHAN


BADMINTON seumpama ini diteruskan. Selain bekursus, kesan jangka panjang
terhadap keakraban hubungan sebagai satu keluarga Maktab Perguruan Keningau
Sabah pasti membuahkan kesan positif terutama mutu kerja di kalangan warga
MPKS.

Setiap sumbangan samada dalam bentuk material atau moral menampakkan


wawasan individu itu kepada usaha-usaha murni yang memberi manfaat kepada
semua, khususnya kumpulan sasaran.

Untuk itu, diucapkan ribuan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Dengan sokongan dan kerjasama semua, kursus kepengadilan dan kejurulatihan
ini akan berhasil dan berjaya mencapai matlamatnya.

Sekian. Terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK MPKS DAN NEGARA”

Yang benar,

(SAZALY AJIN)
Pengerusi
Kelab Badminton 2003 MPKS.

6
Disemak oleh :

-------------------------------------------------------
(Pensyarah Penasihat GERKO Badminton)

Disokong oleh :

-----------------------------------------------------------
(Setiausaha GERKO MPKS).

Diluluskan oleh:

---------------------------------------------------------
(Tuan Pengarah Maktab Perguruan Keningau Sabah (MPKS)

SK:
Setiausaha GERKO, MPKS.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar MPKS.
Ketua Jabatan Kajian Sosial MPKS.
Pengerusi JPP MPKS 2003/2004.
Fail Persatuan Badminton MPKS.

Anda mungkin juga menyukai