Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2

JALAN USJ 2/3,


47600 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

KLINIK BADMINTON SK USJ 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

FASA 6 TAHUN 2012

TARIKH PROGRAM : 17 JULAI 2012

TEMPAT : S7 BADMINTON STADIUM,


LOT 23203, PERSIARAN
DAGANG , BANDAR SRI
DAMANSARA, 52000 KUALA
LUMPUR.
1. TAJUK

KLINIK BADMINTON SK USJ 2

2. RASIONAL:

2.1 Memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid menimba pengalaman


dan meningkatkan pengetahuan dalam teknik dan permainan badminton.

2.2 Perubahan tempat dan suasana latihan berbeza dapat memberi motivasi
kepada murid-murid untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam
latihan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi.

2.3 Memberi peluang dan pendedahan kepada murid-murid tentang kemahiran


dan teknik dalam permainan badminton.

3. LATAR BELAKANG

Program klinik badminton merupakan program asas atau pengenalan sukan badminton
yang akan mendedahkan sistem permainan yang betul selain menanam minat dan
seterusnya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini hingga ke peringkat akar
umbi.
Klinik Badminton diadakan adalah untuk meningkatkan penglibatan murid-murid
terhadap aktiviti luar bilik darjah. Pembelajaran yang seimbang perlu menyeluruh dan
merangkumi aktiviti psikomotor. Justeru itu, aktiviti seumpama ini adalah salah satu
peluang bagi murid-murid mengembangkan bakat dan minat terhadap permainan
badminton. Oleh itu, Kelab Badminton SK USJ 2 bercadang untuk melaksanakan aktiviti
ini bagi memberi pendedahan kepada murid-murid selain dapat menimba pengalaman
dan meningkatkan motivasi ahli-ahli kelab semasa mengikuti program. Program ini
juga adalah kesinambungan daripada Program Klinik Badminton yang telah dijalankan
pada tahun sebelumnya.

4. MATLAMAT/ OBJEKTIF

4.1 Mengalih suasanan latihan agar lebih menarik dan bermakna.

4.2 Meningkatkan bakat serta kebolehan murid-murid dalam bidang yang


digemari.

4.3 Mengeratkan semangat setia kawan di kalangan murid-murid.


4.4 Melatih murid dari segi ketahanan fizikal dan mental.

4.5 Menimba pengalaman dan meningkatkan motivasi pemain semasa


mengikuti program.

4.6 Dapat meningkatkan interaksi sukan antara kedua-dua pihak bagi


memperkembangkan dan meningkatkan prestasi sukan badminton
khususnya.

5. JANGKAAN IMPAK/ SASARAN

Semua ahli Kelab Badminton SK USJ 2 serta guru-guru penasihat.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi 1 : Puan Yeoh Suat Chu
Naib Pengerusi 2 : Encik Norsahizamzami B. Bagad
Naib Pengerusi 3 : Puan Ja’izah Binti Jasman
Naib Pengerusi 4 : Cik Amarjit Kaur A/P Chanan Singh
Penyelaras : En. Hasnorsani Hasan
AJK : En. Mohd. Ramzi Daud
: Puan Siti Salwa
: Encik Zulhelmi Bin Mamat

7. ANGGARAN PERBELANJAAN :

7.1 Sewaan Gelanggang = RM 400.00


( 8 unit x RM 25 x 2 jam x 1 hari )

7.2 Pengangkutan = RM 290.00

7.3 Bayaran Jurulatih = RM 200.00


( RM 100 x 2 jam x 1 hari )
____________

Jumlah RM 890.00
8. MAKLUMAT PENYERTAAN

8.1 Tarikh : 17 Julai 2012


8.2 Hari : Rabu
8.3 Tempat : S7 Badminton Stadium, Bdr Sri Damansara.

9. JADUAL DAN TENTATIF PROGRAM

17 Julai 2012

1.30 - 2.00 petang : Bertolak Ke Bandar Sri Damansara.


2.00 - 4.00 petang : Pengenalan gelanggang/ kiraan
4.00 - 5.00 petang : Teknik asas permainan

10. RUMUSAN/ PENUTUP

Aktiviti seperti ini diharapkan dapat menjadi pemangkin terhadap potensi dan bakat
murid menjurus kepada permainan badminton. Dengan terlaksananya aktiviti ini,
murid-murid diharap dapat membuka minda dan menanamkan minat dalam diri
sendiri untuk terus menjadikan permainan badminton sebagai salah satu cabang untuk
bersosial. Di samping itu, ia juga bermatlamat agar murid-murid dapat meningkatkan
kemahiran asas dalam permainan badminton.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

............................................ ........................................ ........................................


HASNORSANI BIN HASAN ZULHELMI BIN MAMAT YEOH SUAT CHU
Ketua Kebitaraan Badminton Penyelaras Kebitaraaan SKK Penolong Kanan Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai