Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABDUL RAHMAN

TOKAI, 06660 ALOR STAR, KEDAH DARULAMAN

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN
BOLA JARING SEKOLAH
TAHUN 2022
PENGENALAN

Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesame murid dan
guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semngat kesukanan dan
pertandingan yangsihat di kalangan murid. Selain itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti
kepada semua murid di samping memberikan kesedran pentingnya sukan kepada semua.

RASIONAL

Setiap tahun Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman akan menyertai Kejohanan Bola Jaring
Peringkat MSSD Pendang yang melibatkan penyertaan pelajar perempuan sahaja.
Walaubagaimana pun setiap kali perlawanan diadakan pengurus peserta pasukan bola jaring
terpaksa memakai baju tshirt sekolah yang lama dan kelihatan agak lusuh. Baju yang
digunakan adalah dari material cotton dan kurang sesuai untuk dipakai semasa
pertandingan. Selain itu, ketiadaan baju jersi yang sempurna juga akan menyebabkan
pelajar-pelajar tidak dapat memperkembnagkan potensi diri mereka dalam permainan ini.
Oleh sebab itu, unit Bola Jaring SKHAR berazam untuk membeli baju jersi yang baru untuk
keselesaan dan memberi motivasi kepada pelajar. Ini adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi,
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada pelajar konsep permainan bola jaring dan menerapkan nilai-
nilai murni seperti semangat berpasukan, kerjasama dan komunikasi di dalam diri
pelajar.

2. Menyediakan pelajar untuk menyertai sebarang pertandingan bola jaring yang akan
dianjurkan di sebarang peringkat daerah.
3. Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran sebarang
bentuk aktiviti yang melibatkan bola jaring samada yang berorietasikan
pembangaunan diri dan motivasi ataupun berunsurkan kesukanan semata-mata.

4. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah.
Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.

5. Memperkembangakan potensi diri pelajar dalam pelbagi bidang permainan.

6. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap


aktiviti kokurikulum.
CARTA ORGANISASI

EN.MOHAMAD ASRI B. HAJI ABU BAKAR


(GURU BESAR )

EN. MUHAMAD SUFIAN B DAUD


(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA PASUKAN SUKAN SEKOLAH


EN. MOHAMAD NASIR B ABDULLAH

PENYELARAS BOLA JARING


PN. SITI NORLIS BT. AHMAD SHUKRI

AJK
PN. SHARIPAH ZAWIAH BT SYED KASIM
PN NORSHAFIZA BT SHAFFIE
PN. ROHANA BT CHE HUSIN
PN. HAFIZAH BT MOHAMAD
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH


1 BAJU JERSI RM 25 12 RM 300
2 MAKANAN & MINUMAN RM 10 12 RM 120
3 PERUBATAN RM 30 RM 30
JUMLAH RM 450

HARAPAN

Saya khususnya unit Bola Jaring berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana
dengan adanya sumbangan ini akan dapat menyelesaikan masalah dan memberikan
manfaat kepada pembangunan diri pelajar.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik diperingkat sekolah dan
daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh
Kmementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. …………………………………
(SITI NORLIS BT. AHMAD SHUKRI) ( MUHAMAD SUFIAN B. DAUD)
Penyelaras Pasukan Bola Jaring Sekolah, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Haji Abdul Rahman. SK Haji Abdul Rahman.

Disahkan oleh,

……………………………….
(MOHAMAD ASRI B. ABU BAKAR)
Guru Besar,
SK Haji Abdul Rahman.

Anda mungkin juga menyukai