Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA,

BT 6, KAMPUNG BUKIT NAGA,


SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF PADANG SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA

LOKASI
PADANG SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH
MOHAMAD KHAIRULHAFRIZ BIN SHAMSUDIN
(SETIAUSAHA SUKAN)
KERTAS CADANGAN MENAIKTARAF PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA

1.0 LATAR BELAKANG


Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan
pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam
sukan dan permainan ini. Oleh sebab itu, Unit Kokurikulum SK Bukit
Naga memohon untuk menaiktaraf kemudahan padang yang sedia ada
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani serta
untuk aktiviti sukan permainan. Padang sedia ada tidak rata dan tidak
selamat untuk pelajar-pelajar sekolah untuk menggunakannya semasa
aktiviti Pendidikan Jasmani dan sukan permainan. Diharapkan dengan
kewujudan padang yang lebih baik ini akan memberi manfaat kepada
pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam
sukan dan permainan.

2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan
peruntukan kewangan daripada Duit Sekolah, PIBG serta sumbangan
dari pihak luar.

3.0 MATLAMAT
Padang merupakan sebahagian daripada kawasan yang digunakan
untuk proses pengajaran dan pengajaran . Pembelajaran dalam situasi
yang sebenar terutama pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
akan memudahkan objektif pembelajaran tercapai. Keadaan padang
yang baik akan akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Disamping
itu kualiti sukan sekolah juga dapat ditingkatkan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyediakan prasarana sukan yang kondusif, untuk kemudahan


pelajar untuk bersukan, proses pengajaran dan pembelajaran
guru, selaras dengan matlamat kerajaan, sukan merentasi
kurikulum.

4.2 Melahirkan Pelajar yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk


diketengahkan keperingkat yang lebih tinggi lagi.

4.3 Meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri guru dan pelajar


dalam aktiviti sukan.

4.4 Menyediakan pasukan sekolah yang mantap ke kejohanan


peringkat MSSD Klang dan peringkat yang lebih tinggi.

5.0 CADANGAN KOS MENAIKTARAF PADANG

5.1 PASIR (5 LORI)


1 LORI (RM900) X 5 = RM 4500.00
5.2 KERJA-KERJA MERATAKAN PADANG

6.0 PERUNTUKAN YANG DIMOHON

6.1 PIBG : RM 2500


6.2 SEKOLAH : RM 2000
JUMLAH : RM 4500

7.0 PENUTUP
Kelulusan peruntukan bagi program ini diharapkan dapat merealisasikan
harapan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani serta
memperkasakan sukan dan permainan ini. Pelajar-pelajar akan lebih teruja
untuk bermain dan menjalani latihan. Perkembangan yang sihat ini akan
menaikkan nama SK Bukit Naga di peringkat Daerah Klang dan Selangor dalam
sukan dan permainan.
Disediakan,

………………………………….…..
(MOHAMAD KHAIRULHAFRIZ BIN SHAMSUDIN)
SETIAUSAHA SUKAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA.

Disemak,

……………………………………
(EN. MOHD SHUKRI BIN ABDULLAH)
GPK KOKURIKULUM,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA.

Disahkan,

………………………………………
(PN. ROZITA BINTI RAZAK)
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA.

Anda mungkin juga menyukai