Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU AL-RAUDHAH


SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU
JALAN PARIT BARU
45200 SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Teluk Ru didirikan di atas sebidang tanah


seluas enam ekar pada bulan September 1964. Bangunan tersebut
adalah sebuah bangunan kayu yang hanya mempunyai 4 bilik
darjah. Pada 1 April 1965 bangunan tersebut telah digunakan.
Pada 8 Julai 1965, bangunan tersebut telah dirasmikan oleh
Y.A.B Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran pada ketika itu. Pada
tahun 1970, sebuah bangunan tambahan separuh batu yang
mengandungi dua bilik darjah serta sebuah kantin telah didirikan.
Pada tahun 1981, sebuah bangunan baru dua tingkat telah didirikan.
Bangunan ini mengandungi enam bilik darjah, sebuah perpustakaan,
bilik guru serta pejabat. Pada tahun 1997, sebuah bangunan batu dua
tingkat telah didirikan. Bangunan ini mengandungi dua bilik darjah
dan sebuah makmal sains. Pada tahun 2002 sebuah makmal
komputer telah siap dibina.
Sehingga Oktober 2015, jumlah murid SKTR adalah seramai 122
orang dan guru seramai 24 orang. Namun begitu surau yang ada
tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Surau yang
sebelum ini menggunakan bangunan kayu lama. Bangunan tersebut
telah dirobohkan atas sebab yang diisytihar oleh pihak JKR iaitu
bangunan tidak selamat. Surau kemudiannya telah dipindahkan ke
tapak pejabat lama, berkongsi ruang dengan stor simpanan dokumen
pejabat dan juga Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (BBK).
Apabila satu-satu program Agama Islam ingin diadakan, pihak
sekolah terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu dengan
menggunakan dewan sekolah ataupun pusat sumber. Kedua-dua
tempat tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu dan dibentang tikar
getah dan sejadah. Proses ini amat merumitkan keadaan dan
merugikan masa. Tambahan pula dengan keadaan lantai simen yang
telah berusia dan pecah. Program yang melibatkan jemputan ibubapa

selalunya menjadikan ruang yang sedia sempit menjadi tidak selesa


kerana keluasan yang terhad.

2.0 OBJEKTIF

Mewujudkan tempat ibadah dan ruang solat yang selesa, kondusif


dan menepati fasiliti kemudahan surau sekolah terkini bagi muridmurid melakukan solat berjemaah, bacaan Yasin seawal pagi Jumaat
dan aktiviti berbentuk keagamaan dan ilmiah khususnya, dan
program-program lain amnya.
3.0 RASIONAL

3.1 Menjadi tempat pengajian dan praktikal berkaitan Pendidikan Islam


dan ibadah.
3.2 Menjadi tempat murid berlatih solat berjemaah.
3.3 Tempat untuk menjalankan aktiviti rehlah minda, keagamaan dan
aktiviti sekolah.

4.0 SPESIFIKASI BANGUNAN

Spesifikasi bangunan berpandukan dengan keluasan tapak


pembinaan sedia ada dengan keluasan mutlak 1600 kaki persegi
seperti pada Pelan Tapak serta bentuk bangunan dicadangkan ialah
Satu Tingkat dengan muatan 200 murid seperti pada Pelan Cadangan
Tapak yang disertakan.

5.0 ANGGARAN KOS

Bagi melengkapkan sebuah bangunan Surau Satu Tingkat yang


lengkap dengan pendawaian elektrik, ruang solat utama lelaki,
perempuan, mehrab serta tempat wuduk lelaki, perempuan, tandas

dan kelengkapan yang sewajarnya dianggarkan kos terlibat sebanyak


RM160,000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Enam Puluh Ribu Sahaja)

Bil

Perkara

1.

Pendawaian Elekrik

2.

Perkakasan Elektrik

3.

Sistem Perpaipan

4.

Tandas

5.

Kelengkapan Lain

Anggaran (RM)

160,000.00

6.0 KEWANGAN

Sumber kewangan telah dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Pembinaan


Surau Al-Raudhah SK Teluk Ru dengan kerjasama pihak Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) adalah melalui Permohonan Peruntukan
Kerajaan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, ADUN
serta Ahli Parlimen Kawasan, Sumbangan Lembaga Zakat Selangor,
tokoh koperat, individu secara sistem wakaf tapak-tapak sebagai
galakan. Jawatankuasa pembinaan akan memberikan sijil sebagai
penghargaan kepada para penyumbang

7.0 PENUTUP

Bagi memastikan pembinaan sebuah surau Al-Raudhah SK Teluk Ru


menjadi kenyataan, sokongan daripada semua pihak amatlah
diperlukan. Semoga surau ini dapat dijadikan satu lagi wadah oleh
guru-guru untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, berakhlak
mulia dan seterusnya mereka beroleh keredhaan Allah SWT bagi
menjamin kebaikan di dunia serta akhirat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________________

______________________

(MOHD SOLEHAN MOHAMMAD)


)

Disahkan oleh,

______________________
(

LAMPIRAN

Keadaan surau sekolah dengan kapasiti dua barisan saf sahaja (Murid
perempuan solat di bilik kaunseling dan stor pejabat di bahagian belakang
ruangan ini)

Gambar aktiviti solat Jemaah ketika perkhemahan 2015

LAMPIRAN

Kerja-kerja pembinaan awal surau sedang giat dijalankan

Besi cerucuk telah ditanam pada keluasan 46 x 40

Bakau dan besi cerucuk telah dipasang

Bersebelahan makmal komputer SKTR

CADANGAN PELAN TAPAK (KELUASAN 46 X 40)

KAWASAN
WUDUK

KAWASAN KIBLAT
SERAMBI

24

RUANG
8
6

KAWASAN
WUDUK

KIRI

SOLAT

30

46

PINTU MASUK
(SERAMBI SURAU)
40

10

Anda mungkin juga menyukai