Anda di halaman 1dari 2

Guru besar

SJKT Ladang Seremban,


71450 Seremban.
Negeri Sembilan.
06-6772473
___________________________________________________________________
Tuan Pengarah,
15, Jalan 16/11,
Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya,
Selangor Ruj.Kami : PSSSTLS/02/22
Tarikh : 12 November 2022

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN LANGGANAN SURAT KHABAR UNTUK PUSAT
SUMBER SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Pn.S.Uganeswari , Guru
Perpustakaan dan Media sekolah SJKT Ladang Seremban. Saya ingin meminta sumbangan
langganan percuma surat khabar untuk pusat sumber sekolah saya.

2. Untuk pengetahuan tuan sekolah kami tiada peruntukkan yang khas untuk membuat
langganan surat khabar kerana bantuan modal. Oleh yang demikian, kami tidak dapat
melengkapi pusat sumber sekolah dengan surat khabar. Kami juga tidak dapat
menggunakan surat khabar digital kerana PSS dilengkapi dengan sebuah komputer
sahaja dan tidak ada kemudahan internet yang mencukupi.

3. Sekolah kami terdiri daripada 496 orang murid dan mempunyai satu sesi. Sekolah
kami mempunyai 28 buah kelas. Kami ingin meminta sebanyak 5 naskah surat khabar
Star untuk setiap hari. Langganan surat khabar dapat memantapkan budaya membaca
dan mempelbagaikan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid – murid.

4. Kerjasama dan sumbangan tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Pihak tuan boleh menghubungi sekolah (06-6772473) atau telefon peribadi saya (016-
9923572)
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(UGANESWARI A/P SATHASIVAM)


GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SJKT LADANG SEREMBAN

Anda mungkin juga menyukai