Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN TAJUL ,

81900 KOTA TINGGI


JOHOR
TEL/ FAX : 07-8821384
EMAIL : tajul3015@yahoo.com

Ruj. kami : Jbd3015/pibg/01


Tarikh : 24 Januari 2017

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kota Tinggi,
Jalan Padang,
Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN TANPA BAYARAN SEMPENA


MESYUARAT AGUNG PIBG 2017 KALI KE-30

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, pihak SJK (Tamil) Jalan Tajul dengan kerjasama Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG 2017 kali ke-30.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik dari pihak tuan agar
dapat memberi kebenaran kepada sekolah kami bagi meminjam peralatan berikut tanpa
bayaran daripada pihak majlis untuk kegunaan pada hari tersebut. Berikut adalah
maklumat program dan peralatan yang diperlukan :

Tarikh : 19 Februari 2017


Hari : Ahad
Masa : 1.00 Tengah hari
Tempat : SJK (Tamil) Jalan Tajul
Peralatan : - dilampirkan

4. Semoga permohonan ini mendapat perhatian pihak tuan dan kerjasama yang
diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………...........
(BALA SUBRAMANIAM A/L GOPAL)
Guru Besar,
SJK (Tamil) Jalan Tajul,
81900 Kota Tinggi,
Johor.
Sk
SIVALINGGAM RAMAYA
YDP PIBG SJK TAMIL JALAN TAJUL
PERLATAN YANG INGIN DIPINJAM

BIL PERALATAN BILANGAN

1 KHEMAH 6
2 KERUSI VIP 5
3 KERUSI 250
4 PENTAS 1
5 MIMBAR (ROSTRUM) 1
6 MEJA KOPI 1
7 P.A SISTEM 1 SET
8 KIPAS KHEMAH 6
9 KIPAS BERDIRI 4
10 PASU BUNGA 10
11 MEJA BESAR 2

Anda mungkin juga menyukai