Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN IBU BAPA & GURU GURU (PIBG),  07-8821384

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) JLN TAJUL, Fax : 07-8821384


81900 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TA’ZIM.

……………………………..

……………………………
24 Julai 2016|

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ke -4 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan itu , sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa


PIBG kali ke – 4 akan diadakan pada 28 Julai 2016 (Ahad) pada 10.00 pagi di perpustakaan
SJK(T) Jalan Tajul dan menjemput tuan/puan menghadiri mesyuarat tersebut.

3. Agenda adalah seperti berikut :-

Bil Agenda

1 Ucapan aluan (Setiausaha)

2 Ucapan Yang Di-pertua

3 Ucapan Guru Besar


-Cabutan bertuah

4 Hal-hal lain

4. Di atas kerjasama dan sokongan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

……………………...
(En.P.Deeben Fonseka)
Setiausaha
Persatuan Ibubapa dan guru,
SJK(T) Jalan Tajul,
Kota Tinggi
SJK(T) JALAN TAJUL,KOTA TINGGI,JOHOR

Minit Mesyuarat Ketiga 2016


Persatuan Ibu bapa dan Guru

Tarikh : 07 Julai 2016


Masa : 10.00 pagi
Tempat: Perpustakaan SJKT Jalan Tajul
Kehadiran : 13 orang

Ucapan Aluan (Setiausaha PIBG)


1. Setiausaha mengalu – alukan kehadiran para hadirin ke mesyuarat.
2. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Dicadang : En.R.Maran
Disokong : En.S.Padpanathan

Ucapan Guru besar


1. Guru besar mengalu – alukan kehadiran para hadirin ke mesyuarat.
2. Guru besar memberitahu bahawa beliau akan berjumpa YB Dato P.Kamalanathan Timbalan
Menteri Pendidikan di Putrajaya pada 8 Ogos 2016.
3. Guru besar juga memberitahu bahawa seramai 46 orang murid akan menduduki
peperiksaan UPSR pada tahun ini.
4. Guru besar bercadang untuk mengamalkan pembelajaran Abad ke-21 dengan berkesan di
sekolah maka beliau telah merancang beberapa aktivi untuk guru-guru di sekolah ini.

4.1 Lawatan penanda aras ke SJK Tamil Desa Cemerlang.


4.2 Taklimat Pembelajaran Abad ke-21 untuk semua guru oleh pensyarah IPTI Johor
En.Sethu.
4.3 Pengubahsuaian kelas berfokuskan pembelajaran Abad ke-21( Class Room Make
Over)
4.4 Lawatan penanda aras ke SJK Tamil SpringHill Port Dikson

5. Guru besar ingin warga PIBG berganding bahu dalam mencari dana untuk semua aktiviti
yang dirancang oleh guru besar.

Ucapan Yang Di-pertua PIBG


1. Yang Di-pertua PIBG mengalu – alukan kehadiran para hadirin ke mesyuarat.
2. Beliau memberitahu agenda mesyuarat.
3. Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan warga sekolah yang menjemput
En.Pandu Penyelia Sekolah Tamil untuk memberi motivasi bagi murid tahun 6.
4. Beliau menerangkan bahawa beliau telah menghadiri kursus khas untuk ahli PIBG yang
dijalankan oleh PPD Kota Tinggi.
5. Beliau menyatakan terdapat banyak aduan tentang kantin dan minta guru besar untuk
berbincang dengan pihak kantin dan menyelesaikannya.
6. Beliau juga ingin melihat taraf pembelajaran pra sekolah perlu ditingkatkan supaya ramai
murid akan daftar di pra sekolah kita pada tahun hadapan.
7. Beliau minta warga PIBG memberi idea untuk meningkatkan dana PIBG kerana terdapat
banyak program yang ingin sekolah dilaksanakan.
8. Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga PIBG atas kerjasama dan sokongan yang
diberikan semasa menjalankan semua aktiviti sekolah.
9. Beliau berjanji akan berganding bahu bagi melaksanakan segala program yang diadakan di
sekolah.
Pembentangan aktiviti dan program bagi tahun 2016
1. Guru Penolong Kokurikulum menerangkan aktiviti dan program yang akan dijalankan pada
tahun 2016.
2. Beliau juga menerangkan program dan aktiviti yang membabitkan warga PIBG dan
anggaran kos program dan aktiviti sepanjang bulan Ogos hingga November.
3. Beliau membentangkan anggaran kos perbelanjaan Sembahyang Hajat peringkat sekolah
di Kuil Iswaran Jalan Lombong dan di sekolah.
4. Beliau juga menerangkan anggaran kos perbelanjaan Saraswathi Poojai peringkat sekolah.

Perkara berbangkit
1. Guru besar meminta warga PIBG untuk mencari dana bagi memulakan proses
pembelajaran Abad ke-21 ( Class Room Make Over)
2. Guru besar menerangkan bahawa penguabahsuaian kelas ( Class Room Make Over) akan
dilakukan secepat mungkin sekirangnya mempunyai dana.
3. Senarai nama pihak yang ingin memberi sumbangan untuk penguabahsuaian kelas ( Class
Room Make Over) fasa pertama:

Bil Nama Kelas Dana


1 En.R.Sivalinggam ( YDP PIBG) 1Kambar & RM100.00
4Barathi
2 En.P.Deeben Fonseka (Setiausaha PIBG) 1Barathi & RM100.00
4Kambar
3 En.M.Mahendran (NYDP PIBG) 2Kambar, RM100.00
5Kambar &
3Barathi
4 En.M.Manivannan (Ahli PIBG) 3Kambar RM100.00

5 En.S.Padpanatahn (Ahli PIBG) 5Barathi RM100.00

6 En.R.Maran (Bendahari PIBG) 6Kambar RM100.00

7 En.T.Perumal 6Barathi RM100.00

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh, Diakui oleh , Disahkan oleh,

………………….. …………………… …………………….


(En.P.Deeben Fonseka) (En.R.Sivalinggam) (En,G.Bala Subramaniam)
Setiausaha Yang Di-pertua Penasihat
Persatuan Ibubapa Persatuan Ibubapa Persatuan Ibubapa
SJK(T) Jalan Tajul SJK(T) Jalan Tajul SJK(T) Jalan Tajul
Kota Tinggi Kota Tinggi Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai