Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) MASAI

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


2019
BAHASA MELAYU–PEMAHAMAN
TAHUN 5
Bahagian A DAN B

NAMA:________________________________________ TAHUN : 5______

__________________________________________________________________
_
UntukKegunaan Pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Kod Pemeriksa:
SEHINGGA DIBERITAHU
No.Soalan Markah
BAHAGIAN A
A
1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.
20
2. Jawab semua soalan. 21
(a)
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan 22
A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan (b)
sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan (c)
objektif yang disediakan. (a)
23 (b)
4. Jika kamu menukar jawapan, padamkan tanda (c)
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan
(a)
yang baharu.
(b)
BAHAGIAN B 24 (c)
(d)
1. .Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas soalan ini. (a)
(b)
2. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama 25 (c)
borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (d)
akhir peperiksaan.
Jumlah 50

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
Bahagian A
( 20 Markah )

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1. Rohana belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.


A. menenun C. memilin
B. menganyam D. menyulam

2. “Maafkan _______ kerana tidak berjaya mengalahkan lanun itu,” kata


Bendahara Ali kepada Sultan.
A. saya C. patik
B. aku D. hamba

3. “Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa
Idah.
A. janganlah C. jemputlah
B. usahlah D. silalah

4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.


A. tongkol C. papan
B. biji D. buah

Soalan 5 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

5. Tukang rumah itu sedang _______sekeping papan.


A. mengetam C. memaku
B. memahat D. menggergaji

6. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.
A. bebola C. bebuli
B. bebawang D. bebendul

7. Murid - murid sedang berbaris _______________ padang sekolah.


A. pada C. ke
B. dari D. di

8. Bayi yang baru dilahirkan itu memerlukan _______________ rapi di hospital.


A. awasi C. mengawasi
B. diawasi D. pengawasan
9. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan
penonton.
A. mundar - mandir C. hiruk - pikuk
B. lintang - pukang D. simpang - siur

10. ____________ majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari
Keluarga sekolah kami.
A. Tatasusila C. Tatacara
B. Tatatertib D. Tatahias

11. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.


A. keping C. helai
B. naskhah D. biji

12. Kata - kata nasihat arwah ibu Anuar masih ________________ di telinganya.
A. terngiang - ngiang C. terbisik - bisik
B. terdengar - dengar D. terdengung - dengung

13. Dewan orang ramai di kampung saya telah _______________ dengan


pelbagai jenis bunga untuk menyambut ketibaan pegawai itu.
A. ditanami C. ditaburi
B. dipagari D. dihiasi

Soalan 14 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

14. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi gambar 2 ?


A. ringan tulang C. berat mulut
B. berat tulang D. rambang mata

Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi perkataan yang bergaris.

15. Murid yang melanggar peraturan sekolah itu telah dikenakan tindakan
tatatertib.
A. menolak C. menentang
B. mengingkari D. menyalahi

Pilih perkataan berlawan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris.


16. Hubungan persahabatan Ana dan Mila makin renggang sejak mereka
berselisih faham.
A. rapat C. ketat
B. dekat D. hampir
Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini ialah 31 Ogos. Awal pagi lagi, saya sekeluarga sudah
bersiap kerana teruja mahu menyaksikan sambutan Hari
Kemerdekaan yang gilang-gemilang di stadium negara. Sewaktu
kami tiba, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk di dalam
stadium. Pemerintah-pemerintah negara yang tiba disambut dengan
alunan muzik yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam.

Upacara bermula dengan ucapan daripada Perdana Menteri.


Kemudian, upacara perbarisan bermula. Acara ini disertai oleh
pasukan berpakaian seragam seperti polis, tentera, kadet dan
sebagainya. Selepas itu, acara perarakan kereta berhias bermula.
Acara terakhir pada hari itu ialah persembahan tarian tradisional oleh
beratus-ratus orang pelajar. Pelbagai jenis tarian tradisional
masyarakat dipersembahkan. Acara ini sangat menarik perhatian
para penonton.

Kami berpuas hati dengan persembahan pada hari ini. Selain itu,
kami berasa bangga kerana tinggal di sebuah negara yang merdeka.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

17. Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan pada _______________________.

A. 30 Ogos
B. 31 Ogos
C. 1 September
D. 2 September

18. Bagaimanakah ketibaan pemerintah-pemerintah negara disambut


apabila tiba di stadium?

A. alunan muzik dimainkan oleh kumpulan pancaragam


B. alunan muzik dimainkan oleh kumpulan muzik
C. orang ramai sudah memenuhi tempat duduk di dalam stadium
D. orang ramai duduk bersila dan tepuk tangan

19. Siapakah yang memulakan ucapan pada hari tersebut

A. Guru besar
B. Polis
C. Perdana Menteri
D. Menteri Besar
20. Perkataan gilang-gemilang dalam petikan bermaksud

A. gembira
B. meriah
C. indah
D. cantik

BAHAGIAN B (30 markah)

Soalan 21
Garisi kata kerja yang paling sesuai dalam ayat yang di bawah.

1. Fang Chi membantu ibu ( meletakkan , diletakkan ) peti pertolongan


cemas di atas almari.

2. Yi Jian menyarung jaket ( menyelamatkan , keselamatan ) sebelum aktiviti


menyelam di dasar laut dilakukan.

3. Puan Ang sedang ( pengawasan , mengawasi ) anaknya bermain di


taman permainan.

4. Api yang marak itu berjaya ( memadamkan , dipadamkan ) oleh Pasukan


Bomba dan Penyelamat.
(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

Jawapan: Saya akan pulang ke kampung pada cuti sekolah.

(2 markah )
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Di manakah kamu
tinggal, Mohan?

(2 markah )
Soalan 23
(a) Isi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.

bahawa yang kerana dan tetapi

1. Encik Alimun ______________ mengusahakan ternakan akuakultur


memperoleh hasil jualan bulanan mencecah RM15000.

2. Encik Roslan menyatakan ____________produk akuakulturnya termasuklah


serondeng , popia, karipap dan muruku.

3. Encik Rahim berasa sungguh gembira _______________ hasil ternakan


akuakulturnya dieksport ke China.

( 3 Markah )

(b) Padankan kata seru yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

1. __________, cantiknya baju kurung yang Nah


kamu pakai ini !

2 _________, siapa pula yang hendak tolong saya Amboi


kali ini !

3. _________, siapkan kerja ini sekarang juga ! Oh

4. _________, begitu caranya membuat kek lapis ! Aduhai

( 3 Markah )

(c) Garisi Kata Adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


1. Sayur - mayur yang emak beli di pasar itu segar.
2. Penonton terhibur melihat persembahan pelawak dan monyet itu.
3. Selepas hujan berhenti, langit pun kembali cerah.
4. Marini mengusap - usap bulu kucingnya yang amat lembut itu.
( 4 Markah )
Soalan 24
Baca perbualan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amar : Selamat petang, Tok Wan. Apa Tok Wan buat itu?
Tok Wan : Oh, Amar! Selamat petang. Tok sedang membaja anak - anak pokok
cili dan pokok bunga ini.
Amar : Saya lihat tanaman tok subur-subur belaka. Apakah faedah yang
boleh kita dapat dengan berkebun, tok?
Tok Wan : Dengan berkebun, badan kita akan menjadi sihat kerana
mengeluarkan peluh. Kita juga dapat berjimat cermat kerana tidak
perlu membeli cili di pasar.
Amar : Oh, begitu. Saya juga terasa mahu berkebun.
Tok Wan : Bagus, Amar. Berkebun juga dapat memupuk sikap cinta akan alam
sekitar.
Amar : Berkebun memang baik. Kalau begitu, saya minta diri dahulu. Saya
hendak mengajak ayah saya membeli benih pokok. Jumpa lagi, tok.
Tok Wan : Baiklah. Selamat jalan.

a. Apakah yang sedang dilakukan oleh Tok Wan?


Tok Wan sedang ____________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah )

b. Berdasarkan petikan yang manakah bukan faedah berkebun?


Tandakan salah (X) pada pernyataan tersebut. Pilih satu jawapan
sahaja.

Pernyataan Betul/Salah ( / | X )
dapat berjimat cermat
mendapat pendapatan yang lumayan
badan kita akan menjadi lebih sihat
dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar

(2 markah )

c. Perkataan berkebun dalam petikan bermaksud

(2 markah )
Soalan 25
Baca kad di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bagi memeriahkan majlis yang diraikan, kami dengan hati yang


terbuka mengalu - alukan kedatangan tuan / puan ke majlis seperti
di atas. Semoga kehadiran tuan / puan akan memeriahkan lagi majlis
ini.

a. Di manakah majlis itu diadakan ?

___________________________________________________________________________
(2 markah )
b. Apakah pakaian yang harus dipakai oleh tetamu lelaki ?
___________________________________________________________________________
(2 markah )
c. Andai kamu dijemput ke majlis tersebut, apakah hadiah yang sesuai untuk
dibawa
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah)
Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh,

……………………… …………………………… ...............................


En.P.Deeben Fonseka Pn. Siti Aishah
Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai