Anda di halaman 1dari 12

SJK (T) BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Nama
: _________________________________________________
Murid

Kelas : ________________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TAHUN 4 – TAHUN 2019

BAHASA MALAYSIA – PEMAHAMAN


Mac 2018
1¼ jam Satu jam lima belas
minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.


031 [Lihat halaman sebelah

SULIT

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “_______ mahu ke mana?” tanya Sarah kepada Aleesya dan Farah.


A Anda
B Kamu
C Kalian
D Engkau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di ______
Rantau Abang Terengganu untuk bertelur.
A Lembah
B Pantai
C Bukit
D Sungai

3 Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan pada pukul
tujuh pagi.
A melewati
B menaiki
C melalui
D mendaki

4 Sailaja telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di ________ saya pada peperiksaan akhir
tahun yang lalu.
A klinik
B sekolah
C syarikat
D universiti

5 Setelah mengaku kesalahan mencuri pemadam Darman, Jasmin berasa ________ untuk
berhadapan dengannya.
A bangga
B selesa
C rindu
D malu

6 Segala permintaan ibunya, Puan Nirmala akan __________ oleh Abinaya kerana dia sudah
bekerja dan berkemampuan.
A dipenuhi
B memenuhi
C dipenuhkan
D memenuhkan

7 Cik Karina terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya
bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.
A ke
B dari
C kepada
D daripada

8 Ibu akan memberikan hadiah kepada Seng Li _________ dia mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan.
A sementara
B ketika
C supaya
D sekiranya

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9 Puan Aminah membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.


A sesikat
B seulas
C sebiji
D segugus
10 Kok Meng _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat tadi.
A muntah-muntah
B pulang-pulang
C pusing-pusing
D guling-guling

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian
berkebun
A minyak masak
B minyak sawit
C minyak sayur
D minyak angin

12 Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka
kerana masa semakin ________.
A cepat
B suntuk
C lampau
D laju

13 Rekha _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada
Hakimah.
A menuliskan
B menyatakan
C menyerahkan
D mengumumkan

Soalan 14

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

14 Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.


A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah pena

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Guru Besar merasmikan Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa
Melayu
A Persatuan Bahasa Melayu penganjuran Pertandingan Pidato yang Guru Besar
rasmikan.
B Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Guru Besar dirasmikan oleh Persatuan
Bahasa Melayu.
C Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dirasmikan oleh
Guru Besar.
D Guru Besar menganjurkan perasmian Pertandingan Pidato Persatuan Bahasa Melayu.

Soalan 16

Pilih ayat yang betul

16 A “Sejak bila engkau mula menulis cerpen?” tanya wartawan itu kepada Encik Kasman.
B “Kamu sedang baca buku apa?” tanya Mawar kepada Diana.
C “Amboi, sakitnya perutku ini!” kata Syazira.
D “Marilah ikut kita bermain buaian petang nanti,” pelawa Chan kepada Ramu.

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca Catur
petikanialah
di bawah,
sejeniskemudian jawab
permainan yangsoalan-soalan yang berikutnya.
berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai
enam belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja,
permaisuri, menteri, askar dan sebagainya.

Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak
pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti
permainan dam.

Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira
1400 tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang
bermaksud empat pasukan.

Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini
mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa
itu.
17 Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?
A Permainan berbentuk pertempuran
B Permainan yang berdarjat
C Permainan orang India
D Permainan bangsawan

18 Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur?


A Pergerakan mengikut darjat
B Pergerakan melawan arus
C Pergerakan menyilang
D Pergerakan bebas

19 Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi...


A sejenis permainan tradisional
B darjat dan kedudukan
C bilangan buah catur
D jumlah petak papan catur

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pemain catur dikenali sebagai “caturangga”.
B Permainan catur memerlukan 64 buah catur
C Permainan ini mencerminkan kedudukan seseorang pemain
D Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun 1400.

Nama :______________________
Kelas :______________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 4 – TAHUN 2019

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

Bahagian B

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
Kod Pemeriksa:
SEHINGGA DIBERITAHU
Nombor Soalan Markah
21
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang (a)
disediakan. 22 (b)
(c)
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang (a)
disediakan dalam kertas soalan ini. 23 (b)
(c)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (a)
akhir peperiksaan. (b)
24
4. (c)
(d)
(a)
(b)
25
(c)
(d)
Jumlah 30

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


SULIT

BAHAGIAN B (30 markah)

Soalan 21 [4 markah]
Garisi kata kerja yang paling sesuai dalam ayat yang di bawah.

1. Wen Jing ( menuang, mengisi ) jus tembikai ke dalam gelas sebelum dihidangkan kepada
tetamu.
2. Puan Lee ( memotong, membelah ) sayur sawi menggunakan pisau baharunya.

3. Paramveer ( memanjat, menaiki ) pokok kelapa yang tinggi itu dengan menggunakan
tangga dan tali.
4. Novel yang terkenal itu ( dikarang, disampaikan ) oleh seorang penulis baharu yang
sangat berbakat

Soalan 22.
a. Senaraikan kata berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan. [ 2 markah ]

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung
mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat.
Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir.

a __________________
b __________________

b. Garisi kata adjektif yang sesuai. [ 4 markah ]

i.. Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.


ii. Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).
iii. Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).
iv..Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket
perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional.
Soalan 23

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. [2 markah]

Ayat tanya:

Jawapan: Nama saya ialah Yan Ying Ying.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. [2 markah]

Tahniah, kamu telah


berjaya mendapat
tempat pertama dalam
pertandingan
bercerita!

c. Padankan kata dengan gambar yang sesuai untuk membentuk bandingan semacam. [4 markah]

Rajin macam

Garang seperti

Bulat macam

Besar macam
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mengapakah kita membaca? Kita akan mendapat pengetahuan dalam pelbagai


aspek dengan membaca. Membaca juga menjadikan kita seorang yang berilmu dan
tidak mudah diperbodohkan oleh orang lain. Melalui pembacaan yang luas, kita boleh
bercakap tentang pelbagai topik dan tidak akan wujud rasa rendah diri.

Pendapat umum mengatakan bahawa orang yang banyak membaca itu pandai
dan tahu tentang banyak perkara. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak semestinya
diguna pakai oleh semua orang. Memang ada orang yang rajin belajar tetapi tidak
pandai. Ini berlaku kerana mereka membaca bahan-bahan yang tidak bermutu dan
tidak mengandungi ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mesti banyak belajar
dan membaca. Semasa belajar dan membaca, kita harus berfikir sama ada pengetahuan
tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian atau tidak.

a. Faedah membaca dalam petikan di atas ialah kita akan mendapat

[2 markah]

b. Mengapakah seseorang itu rajin membaca namun masih tidak pandai?


Seseorang yang rajin membaca tetapi masih tidak pandai kerana

[2 markah]

c. Perkataan rendah diri bermaksud .


[2 markah]
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SJK(C) Nan Ya, Johor telah mengadakan hari sukan pada 12 April 2014 yang
lalu. Hari sukan ini diadakan untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri setiap
murid di samping menyatupadukan warga sekolah. Hari sukan ini telah dirasmikan
oleh Yang Berhormat Datuk Ong Ka Chuan tepat pukul 9.00 pagi. Temasya sukan kali
ini bertambah meriah dengan warna-warni rumah sukan yang terdiri daripada Rumah
Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti acara lompatjauh, lontar peluru, lompat


tinggi dan acara balapan. Acara kemuncak ialah acara tarik tali antara rumah sukan.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah. Lai Wei Xian telah
dinobatkan sebagai olahragawan, manakala olahragawati pula disandang oleh Loh Yu
Ki. Pasukan Rumah Biru pula berjaya mengungguli secara keseluruhan.

a. Bilakah SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan?


SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan pada .
[2 markah]

b. Apakah tujuan hari sukan tersebut diadakan?


Tujuan hari sukan tersebut diadakan adalah untuk

[2 markah]

c. Siapakah yang dinobatkan sebagai olahragawati sekolah?

[2 markah]

d. Perkataan mengungguli dalam petikan bermaksud

[2 markah]

Anda mungkin juga menyukai