Anda di halaman 1dari 16

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (AR2)


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
MEI 2018 011
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.


SULIT 011
Bahagian A

Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Biarlah pulang dahulu,” kata Hang Jebat kepada sahabatnya Hang Kasturi.

A Patik
B Beta
C Hamba
D Baginda

2. Wajah Azmi apabila disindir oleh rakan-rakannya.

A manja
B masin
C manis
D masam

3. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah dapat bertutur Bahasa Melayu dengan
lancar.

A dalam
B dengan
C di dalam
D di samping
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Mak Cik Siti menyusun beberapa lidi yang sudah siap beraut sebelum
diserahkan kepada pelanggannya.

A bilah
B berkas
C batang
D rumpun

5. Abang berjanji akan membeli komik itu untuk saya dia mempunyai wang lebih.

A jika
B tetapi
C kecuali
D sementara

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6. Dani melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang memanggilnya.

A menoleh
B mengintip
C mengintai
D menjenguk
7. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru andainya terdapat sebarang masalah.

A ditugaskan
B bertugas
C tugasan
D menugaskan

8. Semua murid berjaya dalam peperiksaan jika belajar bersungguh-


sungguh.

A belum
B telah
C boleh
D hendak

9. Kumar menyimpan baki yang diberikan oleh ibunya ke dalam tabung.


A wang muka
B wang pendahuluan
C wang hantaran
D wang saku

10. Sesuatu perkara yang kita lakukan hendaklah memberi manfaat kepada diri kita dan
orang lain.
Sinonim bagi manfaat ialah

A makna
B faedah
C peluang
D kelebihan

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Harga rumah naik dengan cepat pada setiap tahun.

II Benih jagung yang ditanam oleh ayah sudah naik.

III Ibu menggunakan serbuk naik dalam adunannya untuk membuat kuih.

IV Adik bermain di tepi tangga lalu naik ke atas tanpa disedari oleh kakak.

A I dan II

B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
SULIT 011

12. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pak Hassan terus mengekori Pak Karim ke kolam ikan itu sambil menggalas jalanya.
A Jalanya terus digalas oleh Pak Karim sambil mengikuti Pak Hassan ke kolam ikan
itu.
B Pak Hassan menggalas Pak Karim sambil diekori terus jalanya.
C Pak Karim terus diekori oleh Pak Hassan ke kolam ikan itu sambil menggalas
jalanya.
D Jala Pak Hassan terus digalas oleh Pak Karim sambil mengekorinya ke kolam
ikan itu.

13. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kempen Cintai Bahasa Kebangsaan ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai
khususnya para peniaga agar mengutamakan bahasa kebangsaan.
A Siapakah yang terlibat dalam kempen yang dijalankan?
B Bagaimanakah kempen ini dapat menyedarkan orang ramai?
C Kenapakah Kempen Cintai Bahasa Kebangsaan ini dijalankan?
D Apakah tujuan Kempen Cintai Bahasa Kebangsaan ini dijalankan?

14. Pilih ayat yang betul.


I Ranjit sedang menghalau lembu-lembu peliharaannya ke padang.
II Dia tidak dapat hadir ke sekolah oleh kerana mengalami demam panas.
III Pihak penganjur telah mengadakan berbagai acara sempena karnival sukan itu.
IV Pertandingan nyanyian anjuran Kelab Muzik itu dibatalkan kerana kurang
penyertaan peserta.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Soalan 15

I. Puan Jihan bermain air laut di golok kayu.


II. Badan penagih dadah itu seperti bangkai bernyawa.
III. Baju- baju yang dijual di kedai itu memang harga diri.
IV. Pihak polis telah menangkap beberapa orang kutu embun.
A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

Soalan 16 berdasarkan pantun di bawah.

Bunga mawar tumbuh melata,


Buat hiasan dalam jambangan,
Tolong-menolong sesama
manusia, Hidup muafakat erat
hubungan.

16. Peribahasa yang sesuai berdasarkan pantun yang diberikan ialah

A Bagai aur dengan tebing

B Bagai tikus jatuh ke beras

C Bersatu teguh bercerai roboh

D Minda sihat emosi stabil


Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kakak : Aina, apa khabar?


Adik : Oh, kakak rupanya! Baik sahaja, kak.
Kakak : Mengapakah kamu murung sahaja, Aina?
Adik : Tiada apa-apa, kak. Cuma letih sahaja.
Kakak : Jangan berselindung. Kakak tahu, Aina bersedih kerana gagal dalam peperiksaan
pertengahan tahun.
Adik : Kakak, saya sebenarnya rasa takut dan kecewa. Saya takut dimarahi ayah dan
kecewa kerana gagal dalam peperiksaan itu.
Kakak : Ya, tentu ayah mara tetapi Aina boleh berjanji akan belajar bersungguh-sungguh
untuk lulus. Tentu ayah akan memberi peluang.
Adik : Semua yang berlaku memang salah saya. Saya tidak suka mengulang kaji, suka
bertangguh kerja dan kurang berhati-hati ketika menjawab soalan.
Kakak : Aina boleh jadikan semua itu sebagai iktibar. Ayah pernah berpesan belajarlah
daripada kesilapan sekiranya tersilap. Kakak yakin Aina akan berjaya dalam
peperiksaan akan datang.
Adik : Baiklah, kak. Aina berjanji akan belajar dengan tekun. Aina mahu mengikut jejak
kakak yang berjaya ke menara gading.
Kakak : Sudahlah, jangan bersedih lagi. Bak kata pepatah x .
Kalau kita tidak mahu berusaha, masakan kita boleh berjaya. Pergilah memohon
maaf daripada ayah.
Adik : Terima kasih, kak.

17. Mengapakah Aina bersedih?


A Telah dimarahi oleh ayahnya
B Telah letih dalam peperiksaan
C Tidak berjaya dalam peperiksaan
D Penat kerana terlalu banyak kerja rumah
18. Berikut adalah punca yang menyebabkan Aina gagal dalam peperiksaan, kecuali
A sering dimarahi oleh ayah
B tidak membuat ulang kaji
C cuai semasa menjawab soalan
D suka melambat-lambatkan kerja

19. Apakah pepatah yang mungkin diucapkan oleh kakak dalam petikan di atas?
A Besar kuali, besarlah juga keraknya
B Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
C Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
D Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

20. Maksud kata iktibar dalam petikan ialah .


A usaha yang tekun
B tidak berputus asa
C teladan dan pengajaran
D jalan yang lebih selamat

BAHAGIAN A TAMAT
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (AR2)


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
MEI 2018
011
1¼ jam Satu jam lima belas minit
BAHAGIAN B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa:
1. Jawapan kamu hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang No.Soalan Markah
disediakan dalam kertas soalan ini (a)
(b)
21
(c)
(d)
(a)
22 (b)
(c)
(a)
23 (b)
(c)
(a)
24 (b)
(c)
(a)
25 (b)
(c)
JUMLAH

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.


SULIT 011

BAHAGIAN B

Soalan 21

Betulkan penggunaan penjodoh bilangan yang digunakan dalam ayat di bawah.


cubit butir lembar hhelai

biji genggam ulas bbentuk

(a) Halimah memasukkan beberapa hiris garam ke dalam lauk yang sedang mendidih itu.

(b) Kakak menghiris dua buku bawang merah untuk ditumis sebagai penyedap gulai
kari kambing.

(c) Cincin pertunangan diantara Azlan dan Maira yang bertatahkan sebiji berlian telah
ditempah khas dari luar negara .

(d) Sarimah mengelap meja menggunakan sekeping kain yang bersih.

[ 4 markah]
Soalan 22

(a) Tulis peribahasa berdasarkan situasi di bawah.

Semenjak kematian orang tuanya, kehidupan Kamarul dan adik-beradiknya tidak terurus kerana mereka tidak ada tempat berg

[2 markah]

(b) Baca ayat di bawah, kemudian betulkan ejaan yang salah dan tulis dalam
ruangan kosong yang disediakan.

(i) Azira suka akan bunga anggerik yang berwarna unggu.

(ii) Pasukan pengakap sedang mendirikan kemah di kawasan lapang berhampiran


tepi sungai.
[2 markah]

(c ) Betulkan perkataan yang bergaris. Kemudian, tulis pada ruangan yang disediakan.

(i) Hujan turun dengan banyaknya.

(ii) Ceramah itu telah diadakan pada minggu hadapan.

(iii) Beberapa bidang kapal kelihatan berlabuh di Pelabuhan Pending.

(iv) Sang Buaya melibaskan kakinya ke arah Sang Kerbau.


[4 markah]
Soalan 23

(i) Tukarkan ayat aktif yang diberikan kepada ayat pasif.

Ayat Aktif = Amirul menyusun beberapa buah buku cerita di atas meja.

Ayat pasif =

[2 markah]

(ii) Tulis soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberi.


Jawapan :
.Inap desa yang cantik dan murah menjadi pilihan pelancong untuk
menginap di Kampung Ranchan.

Soalan :

[2 markah]

(ii) Gabungkan ayat-ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk.

Nazim tidak menghadiri aktiviti kokurikulum.


Hujan turun dengan lebat.

[2 markah]
SULIT 011

Soalan 24

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
ayat yang lengkap.

Puan Shella mempunyai tanah lapang di belakang rumahnya. Beliau bercadang untuk
menanam sayur-sayuran. Beliau ingin menanam kacang panjang, kacang botol, terung, cili
padi dan petola. Puan Shella berhasrat untuk menghijaukan kawasan belakang rumahnya
dengan tanaman sayur-sayuran itu.

Selain itu, sayur-sayuran yang ditanamnya dapat membekalkan sumber makanan


untuk keluarganya. Dengan cara itu, Puan Shella dapat menjimatkan perbelanjaan
keluarganya. Beliau juga tidak perlu pergi ke pasar untuk membeli sayur lagi. Sebaliknya,
keluarganya dapat menikmati sayur-sayuran segar yang dipetik terus dari belakang
rumahnya. Ahli keluarga Puan Shella selalu bergotong-royong membantunya di kebun.

(a) Di belakang rumah Puan Shella terdapat

[1 markah]

(b) Mengapakah Puan Shella ingin menanam sayur di belakang rumahnya?

[2 markah]

(c) Adakah tindakan Puan Siti menanam sayur-sayuran ini merupakan tindakan yang bijak?
Mengapa?

[3 markah]
Teliti carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Perkataan cermat mempunyai maksud yang sama dengan perkataan

[1 markah]
(b) Mengapakah kita perlu beratur sebelum menaiki bas?

[2 markah]
(c) Semasa pulang dari sekolah, kamu ternampak rakan kamu bermain di jalan raya.
Apakah tindakan yang boleh kamu lakukan?

_
[3 markah]
BAHAGIAN B TAMAT
CADANGAN JAWAPAN
BAHASA MELAYU AR2 [KERTAS 011]
Bahagian A
1. C 11. C
2. D 12. C
3. A 13. D
4. B 14. C
5. A 15. B
6. D 16. A
7. B 17. C
8. C 18. A
9. D 19. D
10.B 20. C

Bahagian B

Soalan 21
(a) cubit
(b) biji
(c) butir
(d) helai

Soalan 22
(a) Bagai anak ayam kehilangan ibu

(b) (i) ungu


(ii) khemah

(c) (i) lebat


(ii) akan
(iii) buah
(iv) ekor

soalan 23
(a) (i) Di atas meja Amirul menyusun beberapa buah buku cerita.
(ii) Mengapakah pelancong memilih Inap Desa di Kampung Belimbing?
(iii) Nazim tidak menghadiri aktiviti kokurikulum kerana hujan turun dengan lebat.
Soalan 24

(a) tanah lapang


(b) menghijaukan kawasan belakang rumahnya
(c) Ya....sayur-sayur segar, sumber makanan

Soalan 25

(a) berhati-hati
(b) menjaga keselamatan diri , mengelakkan kecederaan
(c) menegur, meminta mereka berhenti bermain supaya tidak berlaku kemalangan

# Cadangan jawapan yang lain/bersesuaian boleh diterima.

Anda mungkin juga menyukai