Anda di halaman 1dari 13

02/1

Bahasa Melayu
Mac
2011

UJIAN PRESTASI 1

BAHASA MELAYU PMR


KERTAS 1
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan
D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua
jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Berfikirlah dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar
sesuatu jawapan, padamkan tanda yang tidak dikehendaki itu sehingga
bersih dan kemudian hitamkan pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 “Besarlah harapan ____________ sekiranya puan dapat hadir ke majlis itu nanti,”
kata Zurin dan Anis kepada majikan mereka.

A kami
B kamu
C saya
D kita

2 Bot Pak Abu _____________ akibat pukulan ombak yang kuat pada musim
tengkujuh.

A bergoyang-goyang
B berbolak-balik
C berolang-aleng
D berulang-alik

1
3 Syazwan duduk ________________ ketika makan bersama-sama tetamu lain dalam
majlis kenduri doa selamat pada malam itu.

A berlunjur
B bersimpuh
C bertinggung
D bersila

4 Akibat kekurangan pekerja tempatan, syarikat penerbangan itu terpaksa mengimport


___________ dari luar negara untuk menyelenggarakan pesawat.

A juruterbang
B jurugegas
C juruteknik
D jurutera

5 Bunyi __________ yang semakin kuat di pintu membuatkan Munah berasa takut
semasa ibunya tiada di rumah.

A ketukan
B hentakan
C pukulan
D hentaman

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pelajar baru itu sedang ______________ oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di
belakang bangunan sekolah.

A diherdik
B digertak
C ditunjal
D dibuli

2
7 Kita perlu bijak ____________ diri apabila berada di tempat orang supaya kita
sentiasa disenangi.

A menempatkan
B menyesuaikan
C membiasakan
D meletakkan

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Anuar dengan penuh yakin, melangkah ke dewan peperiksaan berbekalkan doa


ibunya. A B
Tiada kesalahan.
D

9 Gabungan persatuan-persatuan akademik universiti itu telah menganjurkan seminar


A
pendidikan untuk membantu anak-anak yatim yang akan menduduki peperiksaan.
B C
Tiada kesalahan.
D
10 Puan Rokiah menyuruh pelajarnya memasukkan telur putih itu ke dalam adunan kek
A B C
lapis yang bakal dipertandingkan. Tiada kesalahan.
D

11 Bulan Penghayatan Kemerdekaan dilancarkan oleh sekolah setiap tahun ialah


A B
untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan pelajar .
C
Tiada kesalahan.
D

12 Langit pada malam itu kelihatan sungguh indah dengan kehadiran bintang-bintang
A B C
berkerdipan di langit. Tiada Kesalahan
D

3
13 Di samping mempelajari seni mempertahankan diri, para belia hendaklah
A B
memperjuangkan dan mengekalkan seni silat ini. Tiada kesalahan.
C D

14 Bandar raya Shah Alam bermandikan cahaya sempena sambutan ulang tahun Hari
A B
Kemerdekaan negara sejak dari minggu lepas. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 15-17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Daun pokok pisang berkerisik itu berbunyi apabila ditiup angin.


II Kaki pengemis itu berkerisik dan hapak ketika dia melintasi kami.
III Rendang Mak Yah bersantan dan berkerisik menambahkan kesedapannya.
IV Tekaknya berkerisik kehausan ketika bekerja di tengah panas untuk
menyiapkan reban ayamnya.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

16 I Percikan minyak itu telah menyebabkan kulit tangannya melecur kulit teruk.
II Tukang besi itu melecur besi yang panas itu untuk dijadikan parang.
III Racun yang disembur ke arah pokok kopi itu telah menyebabkan sayuran yang
berdekatan melecur daunnya.
IV Salmah tidak percaya bahawa Fatin akan melecur kata-kata kesat itu kepadanya.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

17 I Kami sekeluarga menuntun tayangan perdana di auditorium itu semalam.


II Perbuatan Arif menuntun warga emas itu menyeberangi jambatan amat terpuji.
III Rantai motosikal Samy telah putus, jadi dia terpaksa menuntun motosikalnya ke
bengkel.
IV Ruby menuntun mukanya dengan selendang bagi mengelakkan kecacatan
mukanya dilihat orang.

4
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi


kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan .

18 Pada setiap hari, ibu membekalkan goreng pisang pada adik untuk dimakan pada
waktu rehat.

A membekal goreng pisang kepada adik


B membekalkan pisang goreng pada adik
C membekalkan pisang goreng kepada adik
D membekalkan goreng pisang pada adik

19 Bunga yang telah digubah oleh saya memenangi tempat pertama dalam pertandingan
Pesta Flora 2007.

A telah saya gubah


B saya telah gubah
C telah saya gubahkan
D telah digubah oleh saya

20 Ayah sedang menceritakan tentang detik-detik kecemasan ketika diserang oleh


sekumpulan pemuda kepada pihak polis.

A menceritakan detik-detik cemas


B menceritakan tentang detik cemas
C menceritakan detik-detik kecemasan
D menceritakan tentang detik-detik kecemasan

21 Dia telah menantikan ketibaan sahabatnya di stesen bas itu selama dua suku jam tidak
rasa jemu

A tanpa merasa jemu-jemu selama tiga jam suku


B tiga suku jam lamanya dengan tanpa jemu
C selama tiga jam suku tanpa berasa jemu
D selama tiga suku jam tidak rasa jemu

5
Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

22 Penggunaan bahasa yang bercelaru dan buruk merosakkan kemurnian dan


keistimewaan bahasa Melayu.

A Pencemaran bahasa menghilangkan kemurnian dan keistimewaan bahasa


Melayu..
B Kemurnian dan keunggulan bahasa Melayu terjejas akibat bahasa yang
bercelaru dan buruk.
C Penggunaan bahasa yang tidak teratur dan buruk menghilangkan keaslian
dan keistimewaan bahasa Melayu
D Penggunaan bahasa yang tidak teratur dan buruk boleh menambahkan
kemurnian dan keistimewaan bahasa Melayu.

23 Untuk memastikan para pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam


peperiksaan, mereka perlu membuat persiapan sejak awal lagi.

A Para pelajar dapat memastikan persiapan yang dilakukan menjelang


peperiksaan membolehkan mereka memerima keputuan yang cemerlang..
B Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan banyak bergantung kepada
persiapan yang dilakukan semenjak awal peperiksaan lagi.
C Persiapan awal yang dilakukan oleh pelajar-pelajar mampu memastikan
kejayaan cemerlang mereka dalam peperiksaan
D Kecemerlangan dalam peperiksaan dapat ditentukan sejak awal lagi sekiranya
pelajar bersedia menghadapi peperiksaan mereka.

24 Kami mungkin akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar


peraturan sekolah.

A Tindakan mungkin akan kami ambil terhadap pelajar yang tidak mematuhi
undang-undang sekolah
B Tindakan kemungkinan akan kami ambil kepada pelajar yang enggan mematuhi
peraturan sekolah.
C Pelajar yang mungkin melanggar peraturan sekolah harus kami ambil tindakan
D Kami hanya bertindak terhadap pelajar yang enggan mematuhi peraturan sekolah

6
Soalan 25 hingga soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Walaupun usia lelaki berbaju biru itu sudah mencecah dua puluh satu tahun
tetapi perangainya masih budak-budak
II Hani keletihan kerana terpaksa menuntun basikalnya yang pancit itu sejauh dua
kilometer sewaktu pulang dari sekolah.
III Walaupun Datuk Samsul kaya, namun beliau tidak keberatan untuk menjadikan
Roslan
yang miskin itu sebagai anak angkatnya.
IV Kerja-kerja membaik pulih dan memperindah kawasan taman rekreasi itu sedang
giat dijalankan sempena Tahun Melawat Malaysia.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Siasatan mengenai kes pembunuhan itu akan dilakukan dengan terperinci


berdasarkan kepada laporan yang telah diterima..
II Permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti riadah yang dapat
menyihatkan badan selain mengisi masa senggang seseorang
III Dia pernah mempelajari undang-undang asas sebagai polis semasa menjadi
anggota kadet polis di zaman persekolahannya dahulu.
IV Aida yang terliur melihat buah rambutan yang masak ranum di atas pokok itu terus
menjolok buah itu menggunakan sebatang galah.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Para petani dan nelayan mesti bersikap terbuka dan sanggup menerima perubahan
dari semasa ke semasa.
II Kongkongan keluarga yang keterlaluan merupakan punca remaja berkelakuan liar
bila berada di luar rumah.
III Keluarga malang itu kehilangan tempat tinggal setelah rumah mereka hangus
dijilat api dalam kebakaran tersebut.
IV Setelah lima tahun tidak berjumpa, kepulangan kakak malam tadi disambut
dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga.

7
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut

Belum duduk sudah berlunjur


28

Maksud peribahasa di atas ialah

A suka menyalahkan orang lain apabila sesuatu perkara terjadi


B setiap manusia akan melakukan kesalahan tanpa mereka sedari
C seseorang yang gemar bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir
D suka melakukan sesuatu kerja sebelum tiba masa yang sepatutunya

29 Setelah Datuk Marzuki, kedudukan Encik Meor dalam syarikat itu tidak terjamin
kerana dia akan dipecat oleh pihak pengurusan baru bila-bila masa sahaja. Keadaan
Encik Meor samalah seperti

A api dalam sekam


B abu di atas tunggul
C telur di hujung tanduk
D embun di hujung rumput

30 Shahirah menyimpan duit dari kecil sehingga dia menjejak kaki ke pusat pengajian
tinggi.
Sikap Shahirah boleh dikaitkan dengan peribahasa di bawah kecuali.....

A sediakan payung sebelum hujan


B sedikit sedikit lama-lama jadi bukit
C sejengkal jadi sedepa, busut jadi bukit
D sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

8
Soalan 31 – 35

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SYAIR PESANAN IBU Syaitan menggoda bertambah gundah,


Jangan mengambil jalan yang mudah,
Dengarlah anak ibu berpesan, Jangan sekali mencuba dadah,
Lengkapkan diri dengan pelajaran, Kalau terjerat sesal tak sudah.
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri, Jika masa sudah terbuang,


Seperti kebun berpagar duri, Perginya tidak akan berulang,
Seperti sinar intan baiduri, Di hari tua sesal mendatang,
Itulah tanda orang jauhari. Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Hidupmu kini di masa remaja, Dunia bagai lautan dalam,


Bagaikan permata amat berharga, Gelombang besar karangnya tajam,
Jangan jatuh ke lembah hina, Di situ banyak kapal tenggelam,
Nanti menyesal tidak berguna. Ramailah insan yang telah karam.

Kalau hidup terasa susah, Ingatlah wahai anakku sayang,


Sering berhadapan dengan masalah, Tanah indah pusaka moyang,
Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan terlepas ke tangan orang,
Jangan cepat resah gelisah. Sedangkan kita miskin terbuang.

ZURINAH HASSAN

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata


untuk Dirasa, Tingkatan 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

9
Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang.

31 Maksud baris di atas ialah,

A masa yang disia-siakan tidak akan kembali.


B masa seseorang yang telah berlalu
C kebaikan jika kita menghargai masa
D kepentingan masa kepada manusia.

32 Apakah pesanan penting yang disampaikan oleh penyair dalam rangkap kedua syair
di atas?

A Tuntutlah ilmu kerana orang yang bijak ialah orang yang berilmu
B Kebun yang baik dan selamat sentiasa dipagari duri
C Jangan menjadi orang yang malas berusaha
D Berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan

33 “ Seperti sinar intan baiduri” yang terdapat kedua syair tersebut merupakan

A reptasi C inversi
B simile D sinkof

34 Nilai-nilai murni yang berikut dipaparkan dalam syair di atas kecuali

A Kebijaksanaan C kegigihan
B Keharmonian D ketabahan

35 Tema yang paling tepat bagi syair di atas ialah,

A dunia remaja hanya sekali sahaja


B dadah memusnahkan hidup manusia
C keperluan ilmu dan ibu dalam hidup kita
D kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan

10
Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Maka pada hari yang baik, maka pergilah baginda dengan segala lasykarnya ke
rimba pada tempat gajah memandikan kanak-kanak itu. Syahadan maka orang tua yang
pada surau itu pun ghaiblah dengan suraunya, tiadalah dilihatnya di sana lagi. Maka hari
Khamis pun masing-masing mengorek tanah akan tempat bersembunyi akan mengambil
kanak-kanak itu. Syahadan maka datanglah kepada hari Jumaat. Maka keluarlah gajah itu
dari dalam rimba membawa kanak-kanak itu memandikan ke sungai pada tempat
dimandikannya dahulu itu. Setelah datang ia ke sungai, maka dimandikannya kanak-
kanak itu; setelah sudah dimandikannya di tebing sungai, maka gajah itu pun
memandikan dirinya. Maka segeralah Raja Ahmad mengambil kanak-kanak itu maka lalu
dibawanya dengan segeranya berjalan. Maka dilihat oleh gajah itu lalu diikutnya akan
Raja Ahmad itu. Maka sekalian lasykarnya menghalau gajah itu dan setengahnya
melontar dia. Maka berpalinglah gajah itu. Adapun nama gajah itu Bujang Sakalis lagi
gajah itu tunggal tiada dapat lama hidupnya dalam benua ini.

Maka Raja Ahmad pun berjalanlah ia ke negerinya dengan segala lasykarnya.


Hatta maka sampailah ke istananya maka Tuan Puteri pun berdiri di pintu istananya
mengalu-alukan Raja Ahmad itu. Maka Tuan Puteri pun melihat kepada kanak-kanak itu
maka segeralah didapatkannya, lalu disambutnya daripada Raja Ahmad itu. Maka
terlalulah amat baik parasnya. Maka dinamainya Merah Gajah. Maka masyhurlah dalam
negeri itu Raja Ahamd beroleh anak dan terdengarlah kepada saudaranya Raja
Muhammad akan Raja Ahmad beroleh kanak-kanak itu. Maka datanglah saudaranya Raja
Muhammad pergi melihat Merah Gajah itu, maka ia pun amat sukacita melihat kanak-
kanak itu terlalu baik parasnya.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada prosa tradisional
Puteri Buluh Betung, Seuntai Kata untuk
Dirasa,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka )

36 Bilakah Raja Ahmad mengambil kanak-kanak tersebut?

A Ketika orang tua di dalam surau itu ghaib.


B Ketika gajah itu sedang mandi.
C Ketika gajah itu sedang memandikan kanak-kanak itu.
D Ketika kanak-kanak itu sedang tidur.

37 Siapakah nama kanak-kanak yang dijumpai di dalam hutan bersama-sama seekor


gajah?

A Raja Ahmad.
B Raja Muhammad.
C Bujang Sakalis.

11
D Merah Gajah.

38 Kata lasykar adalah contoh gaya bahasa...

A klasik.
B istana.
C asing.
D peribahasa.

39 Apakah nilai murni yang terkandung dalam petikan prosa ini?

A Hubungan kasih sayang antara haiwan dengan manusia.


B Perasaan kasih sayang sesama manusia.
C Tabah menghadapi dugaan.
D Berfikir dengan bijak untuk mengatasi masalah.

40 Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam cerita Puteri Buluh Betung?
A Janganlah membiarkan rakyat menderita kerana melakukan kerja yang sia-
sia.
B Kita wajib menghargai pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita.
C Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajati.
D Seseorang suami hendaklah setia dan menunaikan hajat isterinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~KERTAS SOALAN TAMAT ~~~~~~~~~~~~~~~~~

12
13

Anda mungkin juga menyukai