Anda di halaman 1dari 15

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH


BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
50 minit Lima puluh minit

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungai 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

1
Soalan 1 – 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ Kalau hendak menang pertandingan bola sepak yang disertai, ___________________


mesti berlatih bersungguh-sungguh,” kata Cikgu Ayub kepada kami.
A mereka
B awak
C kamu
D saya

2. Raja Muda berangkat merasmikan rumah anak-anak yatim. ________________ turut


menyampaikan derma dan kata-kata nasihat.
A Tuanku
B Patik
C Baginda
D Beta

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Kamal telah _______________ lembu peliharaannya pada sebatang tiang rumah.


A melilit
B menjerut
C membelit
D menambat

2
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pak Cik Luqman sedang menyiapkan almari yang ____________ oleh pelanggannya.
A dijual
B dikirim
C disedia
D ditempah

5. Tandas awam yang terletak berhampiran dengan lebuh raya itu berbau ____________
______________ kerana sudah dua hari tidak dibersihkan.
A hamis
B hapak
C hanyir
D haring

6 Mangsa tanah runtuh yang ditemui oleh seorang anggota penyelamat _____________
ke dalam ambulans.
A dipaut
B diusung
C dipapah
D dikandar

3
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

7 Nenek menyidai pakaian pada tali ampaian yang ______________ itu.


A kendur
B tegang
C regang
D bengkok

8. Penduduk di sekitar Marang, Terengganu mengambil peluang _________ sotong pada


bulan Jun hingga Julai setiap tahun.
A mengail
B menangkap
C memancing
D mencandat

4
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Ketibaan tetamu kehormat itu ke Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Teluk
Intan itu diumumkan oleh _______________ bertugas.
A juruacara
B jurubahasa
C jurucakap
D juruhebah

10 ______________ usia Encik Mahmud sudah mencecah 60 tahun, ____________ dia


masih lagi gemar berkebun.
A Sungguhpun … tatkala
B Justeru … akan tetapi
C Walhal … malahan
D Walaupun … namun

11 “ __________ ambil makanan yang terhidang itu,” kata Puan Lim kepada tetamunya.
A Tolong
B Minta
C Harap
D Sila

5
12 Wabak penyakit demam denggi telah _______________ ke beberapa buah negeri
baru-baru ini.
A meresap
B melarat
C menyusur
D menular

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Faris memanjat pokok rambutan kerana layang-layangnya _____________ pada dahan


pokok.
A menyangkut
B disangkut
C tersangkut
D bersangkut

14 Ayah bercadang hendak singgah ______________ di Kuantan semasa dalam perjalanan


ke Johor Bahru.
A segera
B sentiasa
C sebentar
D sementara

6
15. Majlis hari jadi itu bertukar menjadi _____________ apabila bekalan elektrik terputus.
A senyap-sunyi
B hingar-bingar
C porak-peranda
D gegak-gempita

16. “Fikirkanlah keputusan itu ________________ agar kamu tidak menyesal nanti, “ kata
kakak kepada abang.
A mentah-mentah
B masak-masak
C bulat-bulat
D samar-samar

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menggunakan _______________ untuk


menyeberangi jalan raya demi keselamatan mereka.
A bebendul
B tetangga
C jejantas
D jejambat

7
Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengumumkan bahawa beberapa ______________
sungai utama mengalami tahap pencemaran yang teruk.
A biji
B buah
C butir
D batang

19. Kita perlu berlatih dengan lebih giat lagi agar sekolah kita dapat mempertahankan
kejuaraan ini pada tahun hadapan.
Pilih perkataan seerti bagi mempertahankan.
A mengekalkan
B meningkatkan
C meneruskan
D menguatkan

20. Peserta ekspedisi itu terpaksa berhati-hati mendaki Gunung Kinabalu yang curam itu.
Pilih perkataan berlawan bagi mendaki.
A melalui
B melewati
C menaiki
D menuruni

8
Soalan 21 – 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Air di dalam kolam itu paras pinggang.


II Pengantin itu amat paras dengan pasangannya.
III Paras budak kembar itu hampir serupa, sukar untuk membezakan mereka.
IV Para penduduk dinasihati segera berpindah kerana paras air semakin tinggi.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

22 I “Tanduk bola itu dengan kuat,” jerit jurulatih.


II Tanduk gajah menjadi buruan pemburu haram.
III Tanduk rusa amat sesuai dibuat perhiasan.
IV Siput menggunakan tanduk sebagai deria rasa.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Mengapakah kanak-kanak tidak dibenarkan mandi di tasik itu?
A Sebuah kilang didirikan di tepi tasik itu.
B Tidak ramai orang mandi-manda di situ.
C Tasik itu sangat cetek dan berpasir.
D Tasik itu sangat dalam.

9
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Rasa buah-buahan seperti limau, mangga, dan nanas agak masam kerana mengandungi
asid.
A Berapakah jenis buah-buahan yang mengandungi asid?
B Apakah isi kandungan buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas?
C Mengapakah buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas masam rasanya?
D Bagaimanakah kandungan asid menyebabkan limau, mangga dan nanas menjadi
masam?

Soalan 25 – 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Bapa melarang Rosli bermain di tepi sungai


A “Rosli, larang anak itu bermain di tepi sungai,” kata bapanya.
B “Jangan bermain di tepi sungai,” jerit Rosli kepada bapanya.
C “Usah bermain di tepi sungai,” kata bapa kepada Rosli.
D “Rosli, bahaya bermain di tepi sungai!” jerit bapanya.

26 “Kamu mestilah membalas surat itu dengan segera,” kata Encik Ismail kepada Azhar.
A Encik Ismail mengarahkan Azhar segera menjawab surat itu.
B Encik Ismail segera menyuruh Azhar menjawab surat itu.
C Encik Ismail segera menghantar surat itu untuk Azhar.
D Encik Ismail meminta Azhar segera menulis surat itu.
Soalan 27- 28
Pilih ayat yang betul.

27 A Saya tidak dapat menamatkan semua soalan.


B Dia berjumpa bungkusan itu di tepi jalan.
C Beng Teong menjagakan beberapa ekor burung.
D Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.

10
28 I Baju kurung itu diperbuat daripada kain.
II Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.
III Pelumba-pelumba basikal itu saling potong- memotong.
IV Dua naskhah surat khabar dibeli oleh ayah setiap hari.

A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Biarpun Ahmad adalah _____________ kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan
kegiatan tidak bermoral Ahmad kepada pihak polis.
A anak dara
B anak dagang
C anak kandung
D anak panggung

30. Asyraf tidak bersungguh-sungguh jika melakukan sesuatu perkara. Segala pekerjaan
yang dilakukannya tidak berhasil kerana sikapnya umpama ________________.
A aur dengan tebing
B melepaskan batuk di tangga
C menyiram air di daun keladi
D cincin dengan permata

11
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cuaca pagi itu amat cerah. Matahari memancarkan cahaya manakala angin yang bertiup
sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan. Aku sedang berehat sambil menikmati nasi lemak yang
disediakan oleh ibu pada pagi itu. Cuti hujung minggu ini aku hanya ingin berehat di rumah
sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Awal-awal pagi lagi ibu sudah ke rumah Mak Ngah. Pada hujung minggu ini Mak Ngah
akan melangsungkan majlis perkahwinan Kak Wirdani, satu-satunya anak Mak Ngah. Sedang
aku membelek-belek akhbar semalam, tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil. Aku
menjenguk keluar. Rupa-rupanya Syazwan dan Razemi datang. Mereka mengajak aku ke
sungai di belakang rumahku.
“Marilah kita mandi di sungai. Sudah lama kita tidak ke sana,” ajak Syazwan.
“Benar, tambahan pula hari inikan cuti. Bolehlah kita lumba berenang. Kau tengoklah
kejaguhan aku di air nanti,” sahut Razemi pula.
Namun begitu, aku menolak pelawaan mereka kerana aku teringat pesanan ibu supaya
aku tidak meninggalkan rumah. Lagi pun, aku terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang diberi
oleh Puan Asmirah. Akhirnya Syazwan dan Razemi berlalu menuju ke sungai tanpa aku.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi riuh- rendah. Aku nampak ibu Razemi bersama
beberapa orang kampung berlari ke sungai itu. Mereka kelihatan cemas. Aku turut menyertai
mereka. Rupa-rupanya Razemi telah dihanyutkan arus sungai yang deras.

31 Apakah tujuan Syazwan dan Razemi ke rumah penulis?


A Mengajaknya mandi-manda di sungai.
B Meminta kebenaran mandi di sungai.
C Meminjam surat khabar semalam.
D Membincangkan pelajaran sekolah.

12
32 Mengapakah suasana menjadi riuh-rendah?
A Terdengar suara orang menjerit.
B Razemi tidak pulang ke rumah.
C Melihat orang kampung berlari ke sungai.
D Razemi hanyut di sungai.

33 Yang berikut merupakan perkara yang dilakukan oleh penulis pada pagi itu?
A Membaca akhbar.
B Membeli nasi lemak.
C Membuat kerja sekolah.
D Mandi di sungai.

34. Rangkai kata satu-satunya anak Mak Ngah bermaksud


A Wirdani anak kesayangan Mak Ngah.
B Wirdani anak sulung Mak Ngah.
C Wirdani anak tunggal Mak Ngah.
D Wirdani anak bongsu Mak Ngah.

35. Berdasarkan petikan, penulis seorang yang …


A bertanggungjawab
B bertolak ansur
C bekerjasama
D belas kasihan

13
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hadi : Hai, Faizal! Mengapa masih belum bersiap lagi?
Faizal : Eh, Hadi! Aku bingung memikirkan masalah yang aku hadapi.
Hadi : Masalah apa pula? Esok bukankah kita akan ada perlawanan yang menentukan hidup
mati pasukan kita. Kamu harus berikan tumpuan.
Faizal : Begini, ibu menegah aku aktif dalam sukan. Padahal, aku sanggup mengikat perut
untuk mengumpul wang untuk membeli sebatang kayu ini.
Hadi : Oh, begitu! Aku sarankan kau berbincang dengan ibu kau. Sebenarnya banyak
kebaikan kita bersukan. Antaranya dapat menyihatkan tubuh badan kita dan selain
daripada itu kita pasti bangga dapat menjulang nama sekolah.
Faizal : Terima kasih atas nasihat kamu. Aku telah lama memasang angan- angan menjadi
pemain profesional pertama negara yang bermain di luar negara. Aku menggapai
impian itu.
Hadi : Tinggi sungguh impian kau. Jom bersiap segera sebelum Encik Ayub tiba. Nanti
didenda kita pula.
Faizal ; Baiklah. Aku akan beritahu kepada ayah dan ibu aku. Jom ke sana! Rakan-rakan pun
sudah mula berkumpul.
Hadi : Yang penting, esok kita mesti menang untuk muncul juara.

36. Apakah sukan yang diceburi oleh Faizal?


A Badminton.
B Bola sepak.
C Tenis.
D Hoki.

37 Siapakah Encik Ayub berdasarkan petikan di atas?


A Pemain
B Jurulatih
C Pengadil
D Penganjur

14
38 Apakah masalah yang dihadapi oleh Faizal?
A Tidak mendapat keizinan ibunya.
B Belum mempunyai wang untuk membeli alatan sukan.
C Berdebar-debar kerana hari pertandingan bermula esok.
D Belum bersiap untuk menjalani latihan.

39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pasukan Faizal akan bertanding pada peringkat akhir pertandingan.
B Ibu Hadi tidak mengizinkannya bersukan.
C Faizal merupakan pemain profesional pertama negara
D Encik Ayub telah berkumpul di padang bersama-sama dengan semua pemain.

40. Frasa menjulang nama sekolah bermaksud


A meninggikan nama sekolah
B menjaga nama baik sekolah
C merestui nama sekolah
D mengharumkan nama sekolah.

KERTAS SOALAN TAMAT

15

Anda mungkin juga menyukai