Anda di halaman 1dari 5

1 Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.

A bengkang-bengkok C batu-batan

B kacau-bilau D haru-hiru

2 Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

A punah-ranah C robak-rabik

B lekuk-kekak D calar-balar

3 Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

A tawar-hambar C kusut-masai

B comot-momot D segar-bugar

4 Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di pantai itu.

A mandi-manda C riuh-rendah

B mundar-mandir D kacau-bilau

5 Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.

A remeh-temeh C kelam-kabut

B ramah-tamah D keluh-kesah

6 Rambut Wenday _______ setelah bangun daripada tidur.

A compang-camping C robak-rabik

B kusut-masai D huru-hara

7 Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

A porak-peranda C lambat-laun

B remeh-temeh D serta-merta

8 Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.

A lenggak-lenggok C serba-serbi

B simpang-siur D hiruk-pikuk
9 Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.

A gembar-gembur C serba-serbi

B gundah-gulana D remuk-redam

10 Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

A tunggang-langgang C riuh-rendah

B punah-ranah D calar-balar

11 Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.

A rempah-ratus C lauk-pauk

B sayur-mayur D saki-baki

12 Majlis itu dihadiri oleh semua rakan daan _____ terdekat Puan Dalila.

A saudara-mara C corat-coret

B limpah-ruah D kuih-muih

13 Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang menuntut di sana pulang
ke tanah air.

A tunggang-langgang C riuh-rendah

B kacau-bilau D hiruk-pikuk

14 Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.

A compang-camping C remuk-rendam

B porak-peranda D kusut-masai

15 _______ ayng terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.

A Rempah-ratus C Lauk-pauk

B Batu-batan D Saki-baki
16 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

A kisi-kisi B orang-orang

C tupai-tupai D layang-layang

17 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai

ditayangkan.

A riuh-rendah B gelap-gelita

C porak-peranda D terang-benderang

18 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

A comot-momot B koyak-rabak

C serba-serbih D compang-camping

19 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

A hidup-hidup B bulat-bulat

C betul-betul D terang-benderang

20 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

A bebola B jejari

C dedaun D kekabu

21 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

A teresak-esak B terkebil-kebil

C terbahak-bahak D tergelak-gelak

22 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

A berkelip-kelip B berpinar-pinar

C berderet-deret D berliku-liku

23 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

A dedaun B kekabu

C bebola D bebiri
24 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

A dedaun B kekabu

C bebola D bebiri

25 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar

langit itu.

A haru-biru B keluh-kesah

C kusut-masai D tunggang-langgang

26 Sereena membalut hadiah itu ___________.

A kemas-kemas B ketat-ketat

C kuat-kuat D erat-erat

27 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

A lemah-longlai B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk D cirit-birit

28 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
A tercungap-cungap B terbahak-bahak
C teresak-esak D tersipu-sipu

29 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan
jalan pintas.
A ulang-alik B bolak-balik
C mundar-mandir D lalu-lalang

30 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________. Sayong yang digunakan untuk
menyimpan air minuman.
A kekuda B sesiku
C kekisi D lelabu
1A

2D

3D

4A

5B

6B

7D

8C

9C

10C

11A

12A

13B

14C

15C

16B

17D

18A

19B

20A

21C

22D

23B

24A

25A

26A

27D

28C

29D

30D

Anda mungkin juga menyukai