Anda di halaman 1dari 20

BM 2

ULANG KAJI TOPIK/TEMA BERDASARKAN BUKU TEKS TAHUN 6

TEMA : BAKAT ISTIMEWA

BAHAGIAN A

PERTANDINGAN MELUKIS (BUKU TEKS HALAMAN 4)

Siapa Buat apa siapa di mana


1. Cikgu Suraya dan Cikgu Amila /sedang menyusun hadiah/ untuk para pemenang/ di atas
pentas./
Siapa buat apa di mana kenapa
2. Beberapa orang peserta /sedang beratur /di hadapan Cikgu Zainab/ untuk mengisi borang
pendaftaran pertandingan melukis /.

Siapa buat apa siapa kenapa


3. Seorang jurugambar / merakam gambar/ para peserta pertandingan/ untuk dijadikan
kenang-kenangan.
Apa buat apa siapa kenapa
4. Kertas lukisan / diedarkan/ oleh Cikgu Chan Yok Peng /untuk para peserta pertandingan
Kata hubung siapa buat apa kenapa
manakala / Cikgu Siva / sedang melihat jam dinding/ untuk menentukan waktu
pertandingan bermula.
Siapa buat apa di mana kenapa
5. Para peserta yang sudah mendaftar /duduk /di tempat yang disediakan / sambal
menyusun peralatan melukis di atas meja.
BAHAGIAN B

CONTOH JAWAPAN

IDEA TEMA

Bulan Kemerdekaan harus disambut dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk menyemarakkan
lagi sambutan pada setiap tahun.(Tersirat).

IDEA TERSURAT DAN IDEA TERSIRAT

Sempena Bulan Kemerdekaan kali ke-58, pertandingan melukis poster ,pertandingan fotografi
dan pertandingan video kemerdekaan diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan
tanah air serta mencungkil bakat peserta .(tersirat) Tempoh penyertaan bermula 10 hingga 24 Ogos
2018.Penyertaan lewat tidak akan diterima.(TS) Penyertaan adalah percuma untuk menarik
perhatian semua yang berminat untuk menyertainya.(TS)

Hadiah yang lumayan berupa wang tunai serta sijil penyertaan disediakan oleh pihak penganjur
untuk para pemenang .Segala pertanyaan tentang pertandingan boleh hubungi nombor yang
tertera iaitu 013372 7260.Borang pertandingan boleh diambil di jabatan masing-masing atau di Bilik
Gerakan MPP.
BAHAGIAN C

CONTOH KARANGAN CATATAN MENYERTAI PERTANDINGAN

Isnin, 17 Mac 2011.

8.15 pagi – Saya sudah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kepong Baru.
Saya mengikuti Cikgu Ramlah masuk ke dewan besar. Semakin dekat melangkah,
perasaan bimbang dan takut menguasai perasaan saya.

9.15 pagi – Setelah mendapat giliran nombor 12, saya duduk di bangku peserta.
Ucapan daripada penganjur dan pembacaan syarat-syarat pertandingan telah
diumumkan. Kini giliran peserta kedua menyampaikan cerita.

10.25 pagi – Saya melangkah dengan penuh berhati-hati ke pentas. Saya


memerhatikan murid-murid yang memenuhi dewan sekitar 150 orang. Setelah
membaca doa dalam hati, saya mula bercerita.

10.35 pagi – Habis sahaja saya bercerita, saya melangkah ke arah Cikgu Ramlah.
Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu memeluk saya. Beliau
mengucapkan rasa bangga kerana saya petah bercerita seperti bertih digoreng.

11.30 pagi – Seramai 36 orang peserta telah menyampaikan cerita yang


bertemakan Sayangi Alam Sekitar. Bagi saya, rata-rata peserta dapat
mengungkapkan cerita dengan baik. Saya tidak tahu kedudukan saya, sama ada
mendapat hadiah utama atau tidak.

11.45 pagi – Nama pemenang ketiga dan kedua sudah diumumkan. Saya menunduk,
berdoa dalam hati semoga juruacara mengumumkan nama saya sebagai pemenang
pertama. Alangklah gembiranya apabila saya diumumkan sebagai juara

12.00 tengah hari – Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh para


pemenang.Penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Kepong Baru.Saya
bersyukur dan berazam untuk buat yang terbaik dalam pertandingan yang
seterusnya.
CONTOH ULASAN BERDASARKAN PETIKAN.
(HALAMAN 19 – UNIT 4)

Berikut merupakan catatan diari seorang murid yang beransur maju dalam
pelajarannya. Tulis ulasan tentang sikap murid tersebut terhadap orang lain,
dalam perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan

Terima kasih Cikgu


Jasa dan pengorbanan guru dalam hidupku amat besar. Ilmu yang
dicurahkan kepadaku begitu berharga.
Dahulu, aku lemah dalam pelajaran. Aku lambat untuk menguasai
sesuatu pelajaran. Namun, gurulah yang sering menasihatiku. Mereka
memberi tunjuk ajar tanpa pernah berputus asa.
Guru memberikan banyak latihan kepadaku. Selain itu, mereka
mengadakan kelas tambahan secara percuma. Usaha mereka
menyebabkan sikapku berubah. Kini, prestasi pelajaranku semakin
meningkat.

Namun begitu, aku tidak angkuh terhadap kawan- kawan yang


memerlukan bantuan dan tunjuk ajar. Aku membantu mereka memahami
sesuatu pelajaran. Aku juga sudah mampu memberi tunjuk ajar kepada
adikku.
Ibu bapaku merupakan orang paling gembira melihat perubahan pada diriku.
Tahun ini aku berazam untuk membalas jasa ibu, bapa dan guru-guruku
dengan keputusan cemerlang peperiksaanku hujung tahun nanti. Terima kasih
cikgu kerana mengubah hidupku menjadi orang yang dihargai !

Contoh jawapan:

Jasa seorang guru sememangnya tiada tolok bandingnya jika hendak dibandingkan dengan wang
ringgit.Hargailah jasa mereka sehingga akhir hayat.

Catatan diari menunjukkan murid ini pernah mengalami masalah lambat


menguasai pelajaran. Namun begitu, sikap tidak berputus-asa guru-gurunya
telah menyebabkan dia berjaya mencapai prestasi pelajaran yang lebih baik.
Penulis diari ini sendiri telah menanam sikap rajin setelah melihat
kesungguhan gurunya memberi latihan dan megadakan kelas tambahan
percuma.Selain itu, sikap terpuji yang dimiliki oleh murid ini ialah
tidak sombong terhadap rakan-rakan dan adik-adiknya. Penghargaan
dan azamnya menunjukkan dengan jelas bahawa murid ini mengenang
jasa serta menghargai ibu, bapa dan guru-gurunya.

UNIT 6 (M/S 30 )

Tema Pengalaman menyertai kem motivasi

FORMAT : LAPORAN/CATATAN/BERITA

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR

Pada 24 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengikuti satu kem
motivasi. Kem motivasi ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan diadakan bertempat
di sekolah saya. Seramai 200 orang peserta telah menyerai kem motivasi UPSR ini uang
julung-julung kali diadakan.

Kem motivasi ini telah diadakan selama sehari suntuk iaitu dari jam 8.00 pagi hingaa
jam 5.00 petang. Kem motivasi telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan
pemberian fail yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kem motivasi tersebut.
Para peserta terdiri daripada Tahun Empat, Lima dan Enam.

Tujuankem motivasi ini diadakan ialah supaya pelajar-pelajar dapat melengkapkan diri
sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Pelbagai teknik menjawab soalan telah diberikan
supaya pelajar-pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang. Ini penting supaya
sebarang kesilapan tidak berlaku semasa peperiksaan dan memberi kesan yang negatif.

Fasilitator kem motivasi ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan
terdapat alumni-alumni sekolah. Mereka juga terdiri daripada para penggubah dan
pemeriksa kertas. Selain memberikan ceramah motivasi, pelbagai jenis nota dan strategi
menjawab soalan turut diedarkan kepada para pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, pertandingan kuiiz dan aktiviti
berkumpulan. Justeru, pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh. Perkara
yang menyoronokkan ialah kami dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran dengan
pelajar-pelajar lain. Aktiviti berkumpulan ni juga telah mengeratkan lagi silaturrahim
sesama para peserta.

Kem motivasi ini benar-benar memberi banyak kemaslahafannya kepada saya. Selepas
mengikuti kem motivasi ini, saya menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semoga motivasi ini dapat diikuti oleh para
pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.
Laporan Kem Motivasi UPSR

Pada 24 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengikuti satu kem
motivasi. Kem motivasi ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan diadakan bertempat
di sekolah saya. Seramai 50 orang peserta telah menyertai kem motivasi UPSR ini yang
julung-julung kali diadakan.

Kem motivasi ini telah diadakan selama sehari iaitu dari jam 8.00 pagi hingga pukul
5.00 petang. Kem motivasi telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan
pemberian fail yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kem motivasi tersebut.
Para peserta terdiri daripada semua murid tahun enam.

Tujuan kem motivasi ini diadakan ialah supaya pelajar-pelajar dapat melengkapkan diri
sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Pelbagai teknik menjawab soalan telah diberikan
supaya pelajar-pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang. Hal ini penting agar
sebarang kesilapan tidak berlaku semasa peperiksaan dan memberi kesan yang negatif.

Fasilitator kem motivasi ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan
terdapat alumni-alumni sekolah. Mereka juga terdiri daripada para penggubah dan
pemeriksa kertas. Selain memberikan ceramah motivasi, pelbagai jenis nota dan strategi
menjawab soalan turut diedarkan kepada para pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, pertandingan kuiiz dan aktiviti
berkumpulan. Justeru, pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh. Perkara
yang menyoronokkan ialah kami dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran dengan
pelajar-pelajar lain. Aktiviti berkumpulan ni juga telah mengeratkan lagi silaturrahim
sesama para peserta.

Kem motivasi ini benar-benar memberi banyak manfaat kepada saya. Selepas
mengikuti kem motivasi ini, saya menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semoga motivasi ini dapat diikuti oleh para
pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.

Laporan disediakan oleh, 17 September 2018


………………………………………………….
(KHAIRIAL ANUAR ABU BAKAR)
Setiausaha,
Kem Motivasi UPSR,
SK Kepong Baru,
52100 K.Lumpur
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA MS 33

IDEA-IDEA BERKAITAN

BAHAGIAN A,B DAN C

1. Menjaga dan mendidik anak sejak dilahirkan dengan penuh kasih sayang.
2. Memberi sokongan kepada anak dalam sesuatu aktiviti seperti menyertai sukan
tahunan atau permainan-permainan lain.
3. Membantu dan membimbing anak-anak dalam pelajaran setiap masa di rumah.
4. Mencapai kecemrlangan dalam pelajaran dan tidak melupakan ibu bapa apabila
berjaya.
5. Sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa ketika mereka sihat atau pun tidak
sihat.

UNIT 7 – PROGRAM SARANA

PERANAN IBU BAPA M/S 40

IBU BAPA BERPERANAN DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR

CONTOH SYARAHAN

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru - guru dan rakan sekalian.
Selamat petang dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini, untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk "Ibu Bapa Berperanan dalam Membentuk Disiplin Pelajar". Ini
bermaksud ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam mendidik pembentukan sahsiah anak
- anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Bagi seseorang pelajar, masanya lebih lama berada di rumah berbanding di


sekolah. Oleh itu, ibu bapa lebih lama bersama mereka daripada guru. Tentulah ibu bapa
dapat memberikan perhatian dalam pembentukan disiplin anak mereka.

Ibu bapa juga lebih memahami tingkah laku anak - anak mereka. Melalui
kesedaran ini, tentulah mudah bagi ibu bapa untuk membentuk peribadi anak - anak
mereka.Semua ibu bapa inginkan anak –anak mereka mempunyai sahsiah yang baik.

Sebagai ibu bapa tentulah mereka lebih bertanggungjawab dalam soal mendidik
anak. Mereka tidak mahu anak mereka terlibat dalam gejala - gejala yang negatif. Ibu
bapa tidak boleh mengharapkan pihak lain untuk membentuk disiplin anak - anak mereka.
Ibu bapa seharusnya lebih ikhlas dalam mendidik anak. Mereka juga tidak
mengharapkan apa - apa balasan daripada usaha yang dibuat. Ibu bapa lebih
mengharapkan kejayaan anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Melalui huraian di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan disiplin anak - anak mereka.Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

CONTOH TAJUK BERKAITAN

HARI KANTIN,GOTONG – ROYONG

CONTOH ULASAN

Sek.Keb.Kg.Baru Si Rusa dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan
mengadakan Hari Kantin pada 2 Julai 2012 bertempat di tapak perhimpunan bermula
dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk
mengisi tabung sekolah dan PIBG demi pelajaran para pelajar .(TS)

Pelbagai juadah istimewa seperti nasi lemak,mi goreng dan lain-lain yang dijual
dengan harga yang berpatutan.Selain itu, para pengunjung juga berpeluang mencuba
pelbagai jenis permainan yang pasti menarik dan menghiburkan untuk semua peringkat
umur.(TS).Bagi mereka yang ingin menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian mereka
bolehlah berkaraoke sambil menderma.(TS)

Penduduk setempat bolehlah datang memberi sokongan kepada pihak sekolah


untuk membantu para pelajar demi kemudahan mereka dalam pelajaran.(TS)
KARANGAN BERITA HARI KANTIN

KUALA LUMPUR,17 September – Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan
Hari Kantin. Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul duit bagi membeli
komputer baharu dan bahan bacaan perpustakaan. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan
murid-murid tahun enam.

Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di kantin. Guru Penolong Kanan, Puan
Khoo memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. Kemudian, beliau membahagikan
kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas.

Kumpulan A menghias gerai-gerai dengan belon dan reben dengan beraneka warna.
Kumpulan B menyusun barang-barang jualan di setiap gerai dengan kemas. Kumpulan C
pula membantu guru menyediakan kupon untuk dijual kepada para pengunjung. Semua
murid melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh bagai aur
dengan tebing.

Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, pengunjung berpusu-pusu ke sekolah. Kami melayan
para pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Ada murid yang memperkenalkan
barang jualan kepada pengunjung dan ada juga murid yang menarik perhatian pengunjung
dengan promosi "Beli Satu Percuma Satu" dan cabutan bertuah. Suasana di kantin
sekolah meriah sekali.

Pada pukul 1.00 petang. Hari Kantin telah berakhir. kami pun mengemas barang-
barang dan membersihkan kawasan kantin. Hari Kantin mendapat sambutan yang hangat
daripada ibu bapa dan murid-murid. Semua barang jualan kami telah habis dijual.

Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan dengan lancar.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan aktiviti
ini. Kami berasa letih tetapi gembira kerana boleh menyumbang tenaga kepada pihak
sekolah.
ULASAN BERDASARKAN BAHAN SASTERA
HALAMAN 49

Tulis ulasan tentang nilai murni atau pengajaran yang kamu peroleh daripada puisi
di bawah.

Buah delima pelbagai rasa,


Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,


Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,


Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,


Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.
Nilai yang diperoleh
- Membelai penuh manja (Kasih sayang)
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Menghargai)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)

Contoh Ulasan.
Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam hidup kita.(TS) Berdasarkan puisi,
kita mestilah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita
dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka dengan memberikan


pencapaian yang cemerlang kepada kedua ibu bapa kita. Seterusnya, kita haruslah
menghargai seseorang dengan mengucapkan terima kasih. Di samping itu, kita patutlah
bersyukur kepada Allah kerana diberi kebahagian hidup.

Kesimpulannya, kita sewajarnya tidak melupakan ibu bapa kita walau di mana
sahaja kita berada.
Unit 10

Keselamatan

Contoh keselamatan ketika menyertai lawatan.

Karangan cerita "Cara-cara menjaga keselamatan diri ketika menyertai lawatan


sambil belajar" Soalan:

Kamu telah dilantik sebagai ketua kumpulan ketika menyertai satu lawatan sambil
belajar ke suatu tempat yang menarik .

Ceritakan cara-cara kamu menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa bas
berhenti di kawasan rehat dan rawat. (HALAMAN 56 BUKU TEKS)

Pada minggu lepas, saya dan rakan-rakan telah menyertai satu lawatan sambal belajar ke
Melaka. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 10 orang
ahli. Saya telah dilantik sebagai ketua Kumpulan Pintar. Salah satu tugas saya sebagai
ketua kumpulan adalah untuk memastikan keselamatan ahli kumpulan dan diri sendiri.

Apabila sampai di kawasan rehat dan rawat, kami semua turun dari bas. Saya
sebagai ketua kumpulan meminta ahli kumpulan berbaris terlebih dahulu. Saya mengira
bilangan ahli kumpulan agar mencukupi. Kemudian saya berpesan kepada semua ahli
kumpulan agar sentiasa berhati-hati dan tidak merayau-rayau terlalu jauh dari kawasan
rehat dan rawat tersebut.

Kami semua berjalan dalam kumpulan masing-masing. Sekiranya hendak ke


tandas, saya meminta ahli kumpulan memberitahu saya terlebih dahulu. Saya juga
memastikan ahli kumpulan pergi berdua-dua ke tandas atau ke kedai-kedai yang menjual
cenderamata. Hal ini dilakukan agar kami tidak tersesat.

Kemudian, kami menuju ke kedai makan. Kami duduk dan makan secara
berkumpulan. Kami juga makan berhampiran dengan kumpulan yang lain. Hal ini dilakukan
agar senang kami membayar harga makanan dan berkumpul semula untuk menaiki bas.

Setelah selesai makan dan membayar harga makanan, kami berkumpul semula.
Saya meminta ahli kumpulan saya mengira bilangan ahli. Setelah memastikan bilangan ahli
kumpulan mencukupi, kami beratur untuk menaiki bas dan duduk di tempat masing-
masing. Hal ini saya lakukan untuk memastikan tiada ahli kumpulan yang tertinggal bas.

Setelah semua peserta lawatan menaiki bas, Cikgu Mazlan meminta ketua
kumpulan mengira semula ahli kumpulan masing-masing untuk memastikan semua
orang telah menaiki bas. Kemudian, bas bergerak semula ke Melaka.
CONTOH LAPORAN LAWATAN FORMULA ( B O 3Ti P )

PERENGGAN 1 – BUTIRAN LAWATAN

PERENGGAN 2 – OBJEKTIF

PERENGGAN 3/4/5 - AKTIVITI LAWATAN

PERENGGAN 6 - PENUTUP

Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan
ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami terdiri daripada 40 orang murid
dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman


murid-murid berkaitan tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri Melaka. Kami
diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 6.45 pagi untuk mendengar taklimat
ringkas yang di sampaikan oleh Cikgu Manap. Selepas itu, kami bertolak ke sana pada
pukul 7.00 pagi dan kira-kira tiga jam kemudian, kami berhenti sebentar di Pekan Bahau
untuk bersarapan.

Kami tiba di Zoo Melaka pada pukul 12.00 tengah hari. Kami dapat melihat
pelbagai jenis hidupan liar di situ seperti harimau, gajah dan lain-lain lagi. Kami berasa
amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar yang sukar ditemui
itu.Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini
seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 1.30 petang,
kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari.

Pada pukul 2.00 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan
sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual
pelbagai cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang
untuk membeli cenderamata-cenderamata di situ sebagai tanda kenangan.

Pada pukul 4.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri
Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka dahulu. Selain itu juga, kami
dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya
Melaka. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas,
gembira, kagum dan sebagainya.

Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Negeri
Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 12.00
malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik
semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan
lagi.

Laporan disediakan oleh. 30 Ogos 2009

……………………………………………………….

(AMAHDI BIN JAYA)


UNIT 12. MS 66 INTERNET

CONTOH ULASAN KEBAIKAN INTERNET

Penggunaan internet pada masa kini amat penting dalam kehidupan kita kerana
banyak manfaat yang boleh kita peroleh.(TS)

Antaranya, kita dapat mencari maklumat yang diperlukan seperti membuat


rujukan untuk menyiapkan kerja sekolah.Selain itu, internet memudahkan kita untuk
membayar bil dan urusan perbankan tanpa perlu kita pergi ke pejabat pos atau
bank.Masa dan tenaga kita dapat dijimatkan.Di samping itu , kita juga mudah
berkomunikasi dengan orang yang jauh melalui pelbagai media sosial yang disediakan
secara percuma.

Kesimpulannya, penggunaan internet amat membantu kita .Namun begitu ,kita


perlu menggunakan kemudahan ini secara bijak.
Buku teks halaman 78 - perpaduan

Kamu sekeluarga telah menyertai Sambutan Hari Keluarga. Ceritakan pengalaman


kamu itu.

Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Taman Tasik Titiwangsa untuk
menyambut Hari Keluarga. Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah. Apabila tiba di
sana, ayah terus mendaftarkan nama dan diberikan nombor untuk acara cabutan nombor
bertuah.

Acara pertama pada hari itu ialah acara sukaneka. Terdapat banyak acara
sukaneka. Antaranya ialah meniup belon, berlari dalam guni, tarik tali, menganyam
ketupat, mencari gula-gula di dalam tepung, dan sebagainya.

Kami telah mengambil bahagian dalam acara berlari dalam guni dan mencari gula-
gula di dalam tepung. Kami telah mendapat naib johan dalam acara berlari dalam guni dan
mendapat johan dalam acara mencari gula-gula di dalam tepung. Kami berasa sangat
gembira.

Ibu dan bapa pula mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke. Sebanyak 20
orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Suara kebanyakan
peserta sungguh merdu. Kami beradik-adik telah memberi sokongan kepada ibu bapa.
Akhirnya, mereka telah berjaya memenangi pertandingan itu.

Selepas semua acara itu tamat, satu jamuan ringan telah diadakan. Para
pengunjung menikmati juadah yang dihidangkan. Selepas itu, kemuncak sambutan Hari
Keluarga adalah acara cabutan nombor bertuah. Acara itu memang ditunggu-tunggu oleh
semua peserta. Kami sangat bertuah kerana telah memenangi sebuah hamper.

Sebelum pulang, semua peserta menangkap gambar untuk dijadikan kenang-


kenangan. Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang menyertai sambutan Hari
Keluarga. Walaupun penat tetapi hatiku berasa sangat gembira kerana pulang dengan
membawa banyak hadiah yang besar.
Halaman 81 – Hari Malaysia 16 September CATATAN/CERITA/LAPORAN

16 September setiap tahun adalah ulang tahun penubuhan negara kita Malaysia.
Sempena hari ulang tahun tersebut, pelbagai acara diadakan di seluruh negara. Kamu dan
rakan-rakan pernah menyaksikan acara sambutan ulang tahun tersebut.

Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pada 16 September tahun lepas, saya dan rakan-rakan telah berpeluang menyaksikan
ulang tahun sambutan hari penubuhan negara kita Malaysia. Sambutan tersebut telah
diadakan di dataran perbandaran berhampiran tempat tinggal saya.

Kami tiba di dataran perbandaran itu kira-kira pada pukul lapan pagi. Kami melihat
orang ramai telah berkumpul sepanjang dataran. Mereka yang terdiri daripada pelbagai
kaum mengibarkan Jalur Gemilang. Kami berlima terus menyertai mereka sambil
mengibarkan Jalur Gemilang yang kami bawa dari rumah.

Seterusnya kami melihat pula perarakan kebudayaan oleh kaum-kaum utama di


Malaysia. Mereka terdiri daripada Kaum Melayu, Cina, dan India. Mereka berarak
dengan berpimpin tangan antara satu sama lain. Perarakan ini melambangkan perpaduan
yang jitu antara kaum-kaum utama di Malaysia walaupun berbeza budaya dan agama.

Kira-kira pada pukul 9.30 pagi, saya dan rakan-rakan berpeluang pula menyaksikan
perarakan kebudayaan oleh kumpulan etnik iaitu Bajau, Murut, Iban, Melanau, dan Orang
Asli. Mereka berpakaian tradisional mengikut budaya etnik masing-masing. Suasana
sungguh ceria dan indah sekali dengan pakaian para peserta perarakan yang berwarna-
warni. Kami berlima tidak melepaskan peluang merakam gambar sebagai kenang-
kenangan.

Acara terakhir yang kami saksikan pada hari tersebut ialah tayangan video pada
skrin besar. Melalui tayangan ini, orang ramai berpeluang menyaksikan sejarah
penubuhan negara kita Malaysia. Selain itu, video tersebut juga memaparkan keunikan
negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tetapi hidup bersatu padu
antara satu dengan yang lain. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu
"Bagai aur dengan tebing".

Kami pulang ke rumah setelah semua acara selesai. Saya sangat gembira kerana
berpeluang menyaksikan sambutan ulang tahun penubuhan Malaysia kerana mendapat
pelbagai pengalaman dan pengetahuan mengenai negara kita Malaysia. Saya juga merasa
bangga dan bertuah menjadi seorang daripada rakyat Malaysia.
UNIT 16 – PERKASAKAN BAHASA KITA

CONTOH LAPORAN MINGGU BAHASA

Laporan Minggu Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bersatu

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bersatu, Ipoh, telah mengadakan Minggu
Bahasa Melayu bermula pada 2 hingga 6 Mac 2017 yang lalu. Pelancaran Minggu Bahasa
Melayu telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Hasyim Bin Hadirin pada hari
Isnin, 2 Mac 2017.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut berlangsung.


Aktiviti dibahagikan kepada 3 kategori iaitu aktiviti untuk murid tahap 1, murid tahap 2
dan guru. Murid-murid tahap 1 mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti
pertandingan mewarna, melengkapkan pantun, bercerita dan nyanyian lagu kanak-kanak.

Murid-murid tahap 2 pula berpeluang menyertai aktiviti mengarang pantun,


menulis cerita pendek, mendeklamasikan sajak, mengarang sajak, bicara berirama dan
nyanyian lagu-lagu rakyat. Kesemua acara tersebut dijalankan di kelas masing-masing.
Guru-guru pula berpeluang menyertai acara ulasan buku, mencipta dan mendeklamasi
sajak yang dijalankan di Dataran Bersatu pada setiap pagi.

Selain itu, murid-murid diberi peluang mengikuti bengkel penulisan kreatif.


Bengkel tersebut dikendalikan oleh PTS Millenia Sdn Bhd. Bengkel itu dikendalikan oleh
penulis yang terkenal iaitu Ain Maisarah. Beliau telah memberikan banyak ilmu tentang
penuisan buku kreatif kepada murid-murid.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan pada 6 Mac 2017. Melalui
pelbagai acara yang dipertandingkan, pihak sekolah telah berjaya mencungkil bakat-
bakat terpendam para pelajar dan guru-guru. Para peserta terbaik bagi acara
berpantun, bercerita, mendeklamasikan sajak dan bicara berirama dipilih untuk mewakili
sekolah dalam Karnival Bahasa Melayu yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Dalam ucapan penutup, Guru Besar mengucapakan setinggi-tinggi tahniah dan


penghargaan kepada Persatuan Bahasa Melayu kerana berjaya mengendalikan aktiviti
dengan cemerlang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya
mendapat tempat dalam semua pertandingan yang dijalankan.

Laporan disediakan oleh, 21 Mac 2017

……………………………………………………….

( MAZHUD BIN MAHADI)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Bersatu, Ipoh


SAMBUTAN HARI JADI DIRI /RAKAN - HALAMAN 105

CATATAN /CERITA

Rabu, 2 Jun 2010

Pada minggu lepas, genaplah usia saya sepuluh tahun. Saya telah mengadakan majlis
sambutan Hari Jadi di rumah. Saya menjemput rakan-rakan sekelas, jiran- jiran dan
saudara mara terdekat ke majlis saya.

2.00 petang

Selepas pulang dari sekolah, saya segera membantu ibu untuk persiapan majlis.Saya
mengemas rumah dan menyediakan juadah di dapur. Saya membantu ibudengan menyapu
sampah, menggantungkan belon dan menghidangkan makanan diruang tamu.

3.00 petang

Para tetamu tiba di rumah. Saya menyambut kedatangan mereka dengan senyumandan
mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memenuhi jemputan saya.Saya
bersalam dan menjemput mereka masuk ke rumah. Rakan-rakan saya turutmemberi
hadiah Hari Jadi kepada saya.

3.30 petang

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti acara memotong kek Hari Jadi.Saya
mengagihkan kek Hari Jadi kepada para tetamu. Para tetamu
menikmati juadah yang terhidang di atas meja.
Antara juadah yang dihidangkan seperti mihungoreng, ayam goreng, kuih-muih, dan
buah-buahan. Masing-masing begitu berseleramenikmati juadah.

4.30 petang

Sambutan Hari Jadi diserikan dengan permainan kotak beracun dan meniup
belonsehingga pecah . Pelbagai aksi lucu apabila melihat telatah tetamu ketika aktiviti
inidijalankan. Acara cabutan nombor bertuah turut diadakan. Hadiah diberikan
kepadatetamu yang berjaya.

5.00 petang

Tetamu beransur-ansur pulang ke rumah. Saya bersalam dan mengucapkan ribuanterima


kasih kepada para tetamu. Saya bersyukur kerana majlis sambutan Hari Jadisaya
berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Saya juga berasa sangatgembira kerana
dapat meraikan majlis ini bersama-sama mereka. Saya berharapmajlis sambutan Hari
Jadi saya dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan
UNIT 21 - INDAHNYA BUDAYA KITA HALAMAN 119

PENGALAMAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

PENGALAMAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Pada hari Ahad yang lalu, aku dan keluargaku pergi ke rumah datuk dan nenekku untuk
menghadiri satu majlis perkahwinan. Aku mengenakan sepasang baju kurung yang cantik
pada tubuhku. Aku dan keluargaku pergi ke sana dengan menaiki kereta untuk meraikan
majlis kenduri kahwin sepupuku.

Beberapa minit kemudian, kami sampai di lokasi majis tersebut. Terdapat banyak
khemah, kerusi dan meja di hadapan rumah datukku. Nenek menyambut kedatangan kami
dengan gembira kerana sudah lama kami tidak menjenguknya di kampung. Aku berasa
bersyukur kerana dapat berjumpa nenek lagi.

Selepas itu, aku menikmati juadah yang disediakan seawal pukul 12.00 tengah hari
kerana sebentar lagi aku akan melakukan pelbagai aktiviti. Antara sajian yang aku
nikmati termasuklah nasi berlauk ayam masak merah. Aku juga menikmati hidangan
tambahan seperti ais batu campur, bubur kacang dan laksa. Setiap hidangan yang aku
nikmati sedap-sedap belaka.

Pada pukul 3.00 petang, ramai pengunjung datang bagi memeriahkan lagi majlis
tersebut. Tiba-tiba, aku terdengar paluan kompang yang dipalu dengan gemuruh
menandakan pasangan mempelai sudah tiba. Pasangan pengantin datang diikuti iram-iram
dan rombongan pengantin lelaki dari pantai timur. Raja sehari memakai pakaian yang
lengkap berserta tanjak dan menyinsipkan sebilah keris pada sampingnya.

Mereka pun masuk ke dalam rumah dan duduk di bawah pelamin yang cantik.
Bagiku mereka kelihatan secocok bagai cincin dengan permata. Sahabat handal, kaum
keluarga dan saudara-mara mereka melakukan acara menepung tawar. Mereka
menyempurnakan majlis menepung tawar dengan menaburkan sejemput bunga rampai di
atas tangan pasangan mempelai.

Kemudian, pasangan pengantin menikmati hidangan istimewa di meja yang


disediakan kepada mereka bersama-sama bonda dan ayahanda mereka. Pengantin juga
saling menyuap makanan itu sesama mereka. Selepas itu, mereka memotong kek yang
dihadiahkan oleh ibu dan bapa mereka. Semasa makan, mereka menyaksikan
persembahan silat di hadapan meja tersebut. Peserta silat terdiri daripada murid-murid
Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera. Aku berasa sungguh kagum menyaksikan
persembahan tersebut.

Pada pukul 6.00 petang, majlis perkahwinan pun berakhir. Terdapat beberapa
jenis lauk-pauk yang berlebihan. Jadi, nenek membuat keputusan untuk membahagikan
lauk tersebut kepada setiap keluarga anak-anaknya. Nenek membungkus makanan
tersebut ke dalam plastik dan mengagihkannya. Setelah itu, aku bersalaman dengan
datuk, nenek dan saudara-saudaraku sebelum pulang ke rumah.
CONTOH KARANGAN TINDAKAN

Kamu dan beberapa orang kawan berbasikal ke sekolah. Semasa dalam perjalanan itu,

tiba-tiba seorang kawan kamu telah terjatuh kerana basikalnya terlanggar batu.

Tulis sebuah karangan menceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan untuk

membantu kawan kamu itu.

Aku dan kawan-kawanku memberhentikan basikal masing-masing.Kami menuju ke


arah rakan yang terjatuh itu.Aku melihat dia seperti tercedera.Aku dan rakan-rakan
memapahnya ke tepi jalan.Rakan-rakan yang lain menolong mengangkat basikalnya ke
tepi jalan.Ini boleh mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalan raya daripada berlaku.

Aku menggunakan kemahiran merawat pesakit yang ku pelajari selama ini. Aku
berjaya menghentikan darah daripada terus mengalir di kaki dan lututnya.Sebelum itu
,aku mengambil air minuman untuk mencuci lukanya. Sebagai langkah awal, aku membalut
kawasan luka yang agak teruk.Aku melihat rakanku itu agak cemas dan ketakutan..

Orang ramai mula mengerumuni rakanku yang malang itu. Aku melarang mereka
supaya dia mendapat ruang dan udara yang mencukupi. Aku kemudiannya menenangkan
dan menyuruh dia bersabar..

Seterusnya, aku menggunakan telefon bimbit untuk menelefon pihak


ambulans.Aku memberitahu lokasi dan jenis kecemasan. Tidak lama kemudian, pihak
ambulans pun tiba.Aku dan orang ramai menolong mengangkat rakanku itu untuk
dihantar ke hospital. Aku turut menemani nya ke hospital.Setelah dirawat, Saiful mula
nampak tenang.

Aku segera menelefon keluarganya .Tidak lama selepas itu, keluarga Saiful tiba.
Aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Selepas tiga hari, aku dan keluarga melawat
Saiful.Dia sudah sembuh sepenuhnya.Keluarga Saiful memberi RM50.00 dan
mengucapkan terima kasih kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana pertolongan
yang aku berikan tempohari adalah ikhlas.
Laporan Perkhemahan Sek.Keb.Kerteh

Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh telah
mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah
disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental,
membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.
Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam
sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan.


Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli
kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan
ketua kumpulan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah
merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan
kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat


mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara
pengakap bertambah erat.

Laporan disediakan oleh, 27 April 2013

……………………………
(Ikhwan Hadi)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
SK Kerteh.

Anda mungkin juga menyukai