Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN KATA BANTU

KATA BANTU
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan
yang lalu.
A telah C masih
B mesti D akan
2. Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.
A masih C mesti
B sudah D sedang
3. Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak, pesan Cikgu Azizah.
A akan C sudah
B hendak D belum
4. Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak
lama lagi.
A sudah C akan
B sedang D masih
5. Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan
banyak mengulang kaji pelajaran.
A hendak C akan
B masih D mesti
6. Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.
A masih C hendak
B akan D mesti
7. Ayah _______ke KualaLumpur pada bulan hadapan.
A telah C sedang
B akan D sudah
8. Kita__________lah bijak memilih kawan sekiranya kita ingin berjaya.
A sedang C mesti

B telah D hendak
9. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada
bulan depan.
A telah C masih
B belum D akan
10. Nur Fasihah__________ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.
A telah C sedang
B akan D belum
11. Datuk_______belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital.
A telah C masih
B sudah D akan
12. Buah mangga ini _________dibasuh sebelum dimakan.
A sudah C mesti
B mahu D dapat
13. Puan Maznah________menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang
perubatan.
A telah C sudah
B pernah D belum
14. Kamu________berhati-hati ketika melalui jalan yang licin itu.
A mesti C masih
B boleh D belum
15. Saya________cuba memujuk adik yang sedang menangis itu.
A akan C dapat
B mahu D masih
16. Kakak saya________dinaikkan pangkat pada tahun hadapan.
A akan C belum
B masih D telah
17.Ayah_________membaca surat khabar semasa berkelah di Pantai Cahaya
Bulan.

A sedang C belum
B mesti D akan
18.Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya_________melawat ke Pulau Langkawi
pada cuti persekolahan nanti.
A harus C masih
B pernah D akan
19. Anishah__________mengikuti ayahnya pergi ke Pantai Cahaya Bulan.
A belum C hendak
B sedang D harus
20. Bas itu dijangka_________tiba dari Pulau Pinang pada pukul 2.00 petang.
A masih C sedang
B pernah D akan
Kata Bantu

1.Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan


dari segi masa dan ragam.
2. Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.
3. Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada
masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu
Aspek

Ayat Contoh

akan

Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan


September.

belum

Amar belum menghantar buku latihan Bahasa


Malaysia.

masih

Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.

pernah

Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.

sedang

Ibu sedang menyiram pokok bunga.

sudah

Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.

telah

Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.

4. Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan


dengan perbuatan.

Kata Bantu
Ragam

Ayat Contoh

boleh

Adik sudah boleh membaca dengan lancar.

dapat

Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan


cepat.

harus

Kita harus menghormat ibu dan bapa.

hendak

Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada


petang nanti.

manu

Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula


pasir.

mesti

Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh


kejayaan.

5. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah,
sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.
6. Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat,
mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.
7. Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak
dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya :

Kata Bantu Aspek


dan Kata Bantu
Ragam

Ayat Contoh

masih boleh

Pakaian itu masih boleh dipakai, kata ibu


kepada adik.

sedang hendak

Kapal terbang itu sedang hendak mendarat


di lapangan terbang.

belum boleh

Buah mangga itu belum boleh dimakan.

belum dapat

Pihak polis belum dapat menangkap pencuri


itu.

belum hendak

Kami belum hendak pulang lagi.

akan dapat

Pemenang kuiz akan dapat melancong ke


New Zealand.

8. Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam


dan Kata Bantu
Aspek

Ayat Contoh

harus sudah

Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu


kerana sudah petang

mesti akan

Sampah itu mesti akan busuk jika tidak


dibuang.

mesti boleh

Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.

mesti sudah

Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.

Anda mungkin juga menyukai