Anda di halaman 1dari 3

ETAN TUITION CENTRE

MORE STEADY MORE HONEST MORE RELIABLE

Nama : _____________________________ Subjek : ________________________

Tarikh : ______________________________ Darjah : ________________________

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya

1.Awak sudah makan? Tanya Nur kepada Ahmad.

2.Awak nak pergi ke mana? Tanya Lai kepada Mei Mei.

3.Muthu, kenapa awak tak hadir sekolah semalam? Tanya Pn.Maslina.

4.Semua murid kelas 5ICT turun ke padang sekarang juga, kata En.Farid.

5.Hai, Ani! Mengapa termenung? Tanya Natasya.

6.Siti, boleh kautolong aku? Tanya Mellisa.

7. Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh kepada Selvam.

8. Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan


yang sedang tidur di tengah jalan, kata Yusri kepada Salleh.

9. Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti
awak akan mendapat sakit.

10. Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami
air, kata Erra.

11. Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa
rumahnya.
12. Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan mematuhi
semua peraturan projek ini, sambungnya lagi.

13. Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar itu,katanya
lagi.

14. Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.

15. Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,sambungnya lagi.

16. Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.

17. Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, kata emak Rosyam.
Emak hendak buat karipap, sambungnya lagi.

18. Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.

19. Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk
kegunaan semua orang.
Jawapan

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak
dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi
banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan
raya ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang
dan menimpa rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan
mematuhi peraturan projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa
terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui
tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia
ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas
orang mati lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah
untuk kegunaan semua orang.

Anda mungkin juga menyukai