Anda di halaman 1dari 4

Latihan Ayat Majmuk

1. Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. Laila membuka pintu menggunakan sebatang kunci.


Laila masuk ke dalam rumah.

2. Emak menyapu lantai di dapur.


Ayah menonton televisyen di ruang tamu.

3. Murad membersihkan papan hitam.


Murad menyusun meja di dalam kelas.

4. Jurugambar mengambil gambar.


Kumpulan tarian itu membuat persembahan.

5. Penjual daging menimbang beberapa ketul daging batang pinang.


Seorang pelanggan wanita mahu membeli daging tersebut.

6. Emak melarang adik mandi di sungai itu.


Air di sungai itu deras.

7. Abang membasuh kereta ayah.


Kereta ayah diparkir di hadapan rumah.

8. Haikal menonton televisyen.


Haikal makan keropok ikan yang digoreng oleh ibu.

9. Irene menyapu sampah.


Suzy mengelap tingkap.

10. Azli menjual nasi lemak.


Azli menjual kuih-muih.

11. Dia hendak ke Ipoh dengan bas?


Dia hendak ke Ipoh dengan kereta api?

12. Saya ingin membeli tilam yang murah.


Saya ingin membeli tilam yang selesa.

13. Nathan rajin mengulang kaji pelajaran.


Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

14. Buku ini sesuai untuk orang dewasa.


Buku ini sesuai untuk kanak-kanak.

15. Eng Wah tidak mendapat izin daripada bapanya.


Dia menyertai rombongan ke Gunung Ledang.

16. Motosikal tidak dapat dibelinya.


Basikal tidak dapat dibelinya.

17. Azman amat pandai dalam Matematik.


Azmi amat pandai dalam Matematik.

18. Soalan yang mudah tidak dapat dijawabnya.


Soalan yang susah tidak dapat dijawabnya.
19. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.
Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

20. Zubaidah pergi ke sekolah.


Zubaidah menjalani latihan bola jaring.

21. Buku cerita itu sangat tebal.


Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di
Plaza Angsana, Johor Bahru.

22. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.


Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.

23. Sharifah selalu ponteng sekolah.


Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

24. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.


Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.

25. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.


Dia memberitahu rakannya.
Dia sakit perut.

2. Pisahkan ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.

1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu,
kami menjamah sedikit makanan yang ada.
2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini
bertambah harmoni.

3. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya
untuk bertemu dengan penduduk setempat.

4. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
keluarga mereka.

5. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan
pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat
Pelajaran Daerah.

6. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi.

7. Setiausaha Encik Khalid masuk ke bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat kepada
semua pengarah.

8. Pasukan pembahas yang telah dua tahun menjadi juara itu, begitu petah menyampaikan hujah-
hujah.

9. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang dinaikinya kehabisan minyak di tengah jalan.

10. Puan Faridah tidak akan pulang ke rumahnya selagi kerja-kerjanya belum selesai.

11. Adik keletihan lalu tertidur di atas sofa di ruang tamu itu.

12. Encik Hisham bukan sahaja pensyarah di universiti bahkan juga pakar motivasi.

13. Jalan yang dinaiki air itu ditutup buat sementara waktu.

14. Kendatipun badannya agak lemah, Muzammar tetap datang ke sekolah.

15. Kami mendapat berita yang Azwa telah memenangi pertandingan menulis cerpen itu.

16. Saya akan hadiri pameran kerjaya itu seandainya saya ada masa pada hujung minggu ini.

17. Mereka bertepuk tangan sambil bersorak.

18. Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik.

19. Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya.

20. Ibu ke pasar dahulu, kemudian ke kedai runcit.

21. Ayah dan ibu akan menghadiri majlis itu.

22. Yogeswaran otak cair tetapi malas berusaha.


23. Kehadiran murid sangat baik pada hari biasa, tetapi kehadiran murid pada hari Sabtu sangat
tidak memuaskan.

24. Saya akan ke Kuala Lumpur, manakala abang akan ke Seremban.

25. Harga pakaian itu terlalu mahal, pada hal kualitinya rendah.

Anda mungkin juga menyukai