Anda di halaman 1dari 16

Bahagian A

Soalan Aneka Pilihan

[20 markah]

Soalan 1 - 15
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Oleh sebab ayahnya bertugas sebagai anggota tentera, mereka sekeluarga sering
________ .
A ulang-alik C bolak-balik
B pindah-randah D bongkar-bangkir

2. Ramli terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana ________ wang untuk
membiayai pembedahan jantung anaknya.
A kesempitan
B kesuntukan
C kemuflisan
D kesusahan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Ke bawah Duli Tuanku sedang ________ bintang kebesaran ke dada Datuk Khairul
Adil, sempena hari keputeraan baginda.
A menyematkan C menampalkan
B memadamkan D memasangkan

1
4. “ _______ sedia melaksanakan tugas yang dititah oleh tuanku itu,” kata
Laksamana kepada Bendahara.
A Hamba
B Patik
C Saya
D Beta

5. Ikram amat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja cemerlang
dalam pelajaran ________ cemerlang juga dalam kegiatan kokurikulum.
A mahupun C bahkan
B apalagi D serta

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Imran dan rakan-rakannya ________ anak sungai sebelum pulang ke tapak

perkhemahan mereka.
A melintasi C mengharungi
B merintangi D menyeberangi

7. Anak-anak muda sanggup ________ mata untuk menonton siaran langsung

perlawanan bola sepak pada awal pagi.
A bersengkang
B bertegang
C berkedip
D berkelip

8 Pak Leman terpaksa ________ tanah kebunnya kepada pihak bank demi
membesarkan perniagaannya.
A mencagarkan
B menyewakan
C memawahkan
D meminjamkan

2
Soalan 9 - 11
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

9. Mereka berada di muzium itu dari pagi ke tengah hari. Tiada kesalahan.
A B C D

10. Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan sempena Hari

A B C

Kemerdekaan. Tiada kesalahan.

D
11. “Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?” tanya Arif kepada kawannya.
A B C

Tiada kesalahan.
D

Soalan 12 dan 13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

12. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas yang mulia.
A di dalam mana masyarakat
B dalam mana-mana masyarakat
C di dalam mana-mana masyarakat
D dalam mana masyarakat

13. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung

itu.
A bergotong-royong untuk melebar
B bergotong-royong untuk perlebarkan
C bergotong-royong untuk memperlebar
D bergotong-royong untuk memperlebarkan

3
Soalan 14.
Pilih ayat-ayat yang betul.

14. I Janganlah kita merajuk bila dimarahi ibu kita.

II Tidak terangkat oleh saya meja yang berat itu.
III Latihan bola sepak akan tetap diteruskan walaupun hujan lebat.
IV Buatlah kerja sambilan dahulu sementara mendapat pekerjaan tetap.

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 15.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15. Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal
setelah merantau jauh, kecuali
A seperti itik pulang petang
B seperti belut pulang ke lumpur
C tak sungguh seluang meluat, akhirnya pulang ke tepi jua
D berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau
juga

4
Soalan 16 – 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

“Tapi … ,” Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas

mudah tetapi kata Abang Azman. “Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara
tidak mustahil dapat kita laksanakan.”
“Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu … ”
“Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang atau
kalah … tapi pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata untuk
meningkatkan kemajuan diri. Ingat pesan cikgu.”
Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu
Zaleha.
Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang
banyak, bukan tenaga yang kuat.
Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan berulang-
ulang, dicubanya untuk meneroka pelbagai bentuk dan warna, aneka rupa dan teknik, cara
dan persembahan. Dengan suntikan kata-kata semangat ayah dan bimbingan ibunda yang
berjemari seni, tidak hairanlah Azizah menang pada peringkat daerah sebagai johan. Pada
peringkat negeri pula, dia mendapat naib johan.
Pada peringkat kebangsaan pula, Cikgu Zaleha tersenyum puas atas kemenangan
Azizah bagi kategori Karya Inovatif kerana Azizah yang digelarnya Profesor Serba Boleh itu
telah berjaya menambat hati para hakim dan juri dengan menghasilkan Tudung Saji 20
Beradik.

(Dipetik daripada Cerpen Hadiah,

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita
laksanakan

16. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah ...

A di mana ada kemahuan di situ atau jalan
B alah bisa tegal biasa
C belakang parang kalau diasah lagikan tajam
D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal jalan

17. Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara yang merisaukan Azizah?

A tidak berjaya dalam pertandingan
B tugas menganyam bukan sesuatu yang mudah
C tidak dapat memenuhi mandat gurunya
D bimbang akan kehabisan bahan anyaman

5
18. Yang berikut ialah faktor-faktor yang menyebabkan Azizah memenangi
pertandingan itu, kecuali
A bimbingan daripada Cikgu Zaleha.
B kata-kata semangat daripada ayahnya.
C tunjuk ajar daripada ibunya.
D galakkan daripada Abang Azman.

19. ‘suntikan kata-kata semangat’

Frasa di atas merupakan gaya bahasa ...

A metafora
B personifikasi
C paradoks
D sinkope

20. Berdasarkan petikan di atas, nilai yang tidak dimiliki oleh Azizah ialah ...
A kegigihan
B keberanian
C kejujuran
D kerajinan

6
Bahagian B : Sistem Bahasa
Soalan 1 : 5 markah

Dalam petikan dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.

Selamat pagi Kamal. Kenapa kamu tidak hadir ke kelas tambahan

subjek Bahasa Melayu kelmarin? Bulan October ini kita ada
Peperiksaan Akhir Tahun Kamal.

Minta maaf Tan. Saya telah menghadiri Jamuan Akhir Tahun Kelab
Guru dan Staff sekolah emak saya. Saya terlupa beritahu dengan
kamu.

Mesti kamu menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dalam

jamuan itu.

Betul Tan. Saya makan sandwic, sate, aiskrim dan nasi beriyani.
Semuanya makanan kegemaran saya.

Ok Kamal. Lepas ini jangan ponteng kelas tambahan. Kasihan

Cikgu Sharifah susah-susah buat kelas tambahan untuk kita.

Betul itu Tan. Lepas ini saya tidak akan mengulangi kesilapan itu.
Jom kita pergi ke kantin.

(i) _________________________________________________

(ii) _________________________________________________

(iii) _________________________________________________

[3 markah]

7
Nyatakan pola ayat di bawah sama ayat ayat berpola Frasa Nama + Frasa Nama
(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA),
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

(i) Anak bongsu Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia.

Pola ayat : ____________________________________________

(ii) Encik Yazi pengetua baharu di sekolah itu.

Pola ayat : ____________________________________________

[2 markah]

8
Bahagian B : Pemahaman
Soalan 2 : 10 markah

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Tidak lama kemudian, luka pada tumit anak yatim piatu pun sembuhlah. Ia pun berfikir
“Jikalau saya kembali ke bumi dengan diam-diam tanpa diketahui oleh yang empunya
padi ini, nescaya orang kayangan itu akan mengejar dan menangkap saya lagi.”
kemudian anak yatim piatu itu berkata lagi kepada dirinya sendiri, “Biarlah kucari akal
yang sebaik-baiknya untuk membawa padi itu ke bumi. Saya akan menyembunyikan
beberapa butir padi di dalam lubang yang ada pada lukaku. Kemudian saya akan minta
diri dengan baik-baik. Cara ini lebih baik dan tidak akan menimbulkan curiga kepada
orang kayangan itu”.
(Dipetik daripada Prosa Tradisional, “Asal Padi”
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahan 2

“Bilakah perlawanan pasukan bawah 15 tahun, Din?” Soal Cikgu Rosman kepada
Cikgu Nordin sebaik-baik sahaja Cikgu Nordin menghampirinya dan Azizan.
“Minggu depan,” jawab Cikgu Nordin, ringkas.
Azizan sungguh kecewa. Dia pasti tidak dapat bermain dalam perlawanan itu nanti.
“Janganlah kecewa, Azizan. Kita tak boleh nak mengelakkan perkara yang sudah
berlaku,” kata Cikgu Azizan. “Tentu ada hikmah di sebalik kecederaan kaki awak,” kata
beliau lagi.
“Janganlah kecewa, Azizan,” celah Cikgu Rosman pula. “Perlawanan ini bukanlah
perlawanan persahabatan yang terakhir,” katanya lagi untuk memujuk Azizan.
Azizan sekadar tersenyum nipis. Apalah gunanya menjadi ketua pasukan kalau
sekadar menonton perjuangan rakan-rakan sepasukan di tepi padang.
“Cikgu, bolehkah saya berada bersama-sama pasukan walaupun saya tidak dapat
bermain?” soal Azizan.
“Ya, sudah tentu boleh,” kata Cikgu Nordin. “Awak boleh memperhatikan strategi
perlawanan pihak lawan dan merangka perubahan strategi pasukan awak nanti,” kata
Cikgu Nordin.
“Ya, main tetap main, lawan tetap lawan,” bisik hati kecil Azizan, penuh
bersemangat. Perkara yang penting ialah kejayaan dalam perjuangan. Dia tidak rela
melihat pasukannya dikalahkan oleh pihak lawan.

(Dipetik dan diubah suai daripada

novel, Zizan atau Zidane,
buku teks Tingkatan 1, KSSM)

9
(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh anak yatim piatu dan Azizan. [3 markah]
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut.
[3 markah]
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(iii) Setiap murid akan menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan untuk
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah murid-murid dapat mengatasi masalah
yang dihadapi dalam pelajaran? [4 markah]

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

10
Bahagian B : Pemahaman
Soalan 3 : 10 markah

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

PELARI MUDA
(Ghazali Ngah Azia)

Berdasarkan novel yang anda pelajari di Tingkatan 1, huraikan satu contoh peristiwa
yang sesuai dengan nilai yang telah ditetapkan di bawah.

Nilai Nilai Nilai

kasih sayang keberanian keinsafan

Jawapan :
_______________________________________________________________________

11

12
Bahagian C
Pemindahan Maklumat : Ulasan
[15 markah]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan.

ETIKA BATUK DAN BERSIN

Tahukah anda?
 Semasa batuk, dianggarkan 3000
titisan air liur dikeluarkan.
 Semasa bersin, dianggarkan 40 000
titisan air liur dikeluarkan.
 Titisan yang lebih ringan akan
diterbangkan ke udara lalu tersebar.
 Batuk dan bersin secara sesuka hati
mencerminkan imej diri yang negatif.

Etika batuk dan bersin yang betul

1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan.
2. Buang tisu ke dalam tong sampah.
3. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih.
4. Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung.

13

14
Bahagian C
Pemindahan Maklumat : Ringkasan
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang tujuan pemberian kerja rumah. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak
semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri.
Oleh itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri
murid. Kerja rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam
kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka
terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja
rumah. Namun, perlu diingat bahawa kerja rumah diberikan bagi membuka peluang
kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak
semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu
bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.
Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila
sentiasa ada tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah.
Dengan itu, kerja rumah merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan
murid berjaya kerana mereka sentiasa belajar dan membuat latihan. Di samping itu,
guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya tumpuan dapat
diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan multimedia
seperti televisyen, komputer, Intenet dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku,
majalah dan akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat
kerja rumah. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid
meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak
diperoleh di bilik darjah.
Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang
murid. Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka
dengan aktiviti yang berfaedah yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam
bidang pelajaran. Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan
tentang kerja rumah, namun hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif
kepada murid-murid.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

‘Pengurusan Kerja Rumah yang Efektif’
oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim)

15

KERTAS SOALAN TAMAT

16

Anda mungkin juga menyukai