Anda di halaman 1dari 4

Sajak ( Sumber Buku teks Maksud

KOMSAS : Antologi Gema


Sepi Gadis Genius )

I
Seorang kanak-kanak Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa
berbaju kurung nampak cantik Melayu yang nampak cantik apabila berbaju
berlesung pipit beralis lentik kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening
bermain-main riang, bermain yang lentik. Dia sedang bermain-main
keseorangan keseorangan dalam keadaan keriangan. Di
pada wajahnya meriak gembira wajahnya menampakkan kegembiraan melalui
pada bibirnya menguntum ceria senyum dan ketawanya.
berderai ketawa mengocak
suasana.

II Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa


Seorang kanak-kanak Cina yang mengenakan pakaian cheongsam
berpakaian ceongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya.
bertocang dua Wajahnya menampakkan
bergincu pipi tampak ceria keceriaan. Kemudian dia datang bertegur
tiba-tiba datang menerpa sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu.
bertegur sapa Dia menghulurkan senyuman dan ketawa
menghulur senyum dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya.
manja Kemudian mereka bermain dan berkejaran
pada wajahnya menyerlah bersama-sama tanpa sesiapa yang
keriangan menghalang.
mereka bermain alang-
kepalang
berkejar-kejaran tanpa
halangan.
III
Seorang kanak-kanak Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa
bersari bergelang kaki India yang mengenakan pakaian sari,
bertindik hidung menguntum bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia
seri melihat keriangan kanak-kanak berbangsa
melihat saja telatah manja Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama
si comel berdua, bermain, dan maka timbul rasa di hatinya untuk bermain
ketawa bersama-sama dan berkongsi kemesraan.
dirinya bagai digamit bermain
bersama
mengongsi kemesraan
menterjemah makna kejiranan.

IV Kanak-kanak yang berlainan agama dan


Ah, kanak-kanak bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk
biar berlainan agama mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan
biar berlainan bangsa adat dan budaya yang wujud antara mereka.
mereka saling bersalaman Mereka telah membina hubungan baik antara
dan berpeluk mesra satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya
tanpa menghirau adat dan perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa
budaya; prasangka. Mereka telah bersatu hati
membina keakraban tanpa membentuk jati diri bagi merealisasikan
curiga wawasan negara agar lebih bererti.
membentuk perpaduan tanpa
prasangka
bersatu hati membentuk jati diri
ke arah wawasan lebih bererti!

Tema:
Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum –
masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain
bagi mewujudkan perpaduan.

Persoalan:
· Hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.
· Keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi
atau curiga antara satu sama lain.
· Kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai
kaum bermain bersama-sama dengan riang dang gembira.
· Sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa
Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-
sama.

Bentuk:
· Sajak ini terdiri daripada empat rangkap
· Jumlah baris adalah bebas.
Contohnya:
Rangkap 1 – ada tujuh baris.
Rangkap 2 – ada lapan baris.
Rangkap 3 – ada lapan baris.
Rangkap 4 – ada sepuluh baris.
· Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.
· Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.
· Rima akhir bebas.

Gaya Bahasa Contoh


Personafikasi bergincu pipi tampak ceria (R2,B3)
Simile dirinya bagai digamit bermain
bersama (R3,B6)
Sinkope melihat saja telatah manja (R3,B4)
Anafora biar berlainan agama
biar berlainan bangsa (R4,B2 – 3)
Responsi membina keakraban tanpa curiga
membentuk perpaduan tanpa prasangka
(R4,B7 – 8)
Kata Ganda Seorang kanak-kanak (R1,B1)

Unsur Bunyi Contoh


Asonansi berlesung pipit beralis lentik (R1,B3)
Aliterasi biar berlainan bangsa (R4,B3)
Nada: Sajak ini bernada Patriotik.

Nilai:
· Perpaduan: Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain
untuk menjayakan wawasan negara.
· Keakraban dalam hubungan persahabatan: Kanak-kanak pelbagai
kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.

Pengajaran:
· Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira
kaum atau agama.
· Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu
sama lain.
· Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi
menjayakan wawasan negara.

Anda mungkin juga menyukai