Anda di halaman 1dari 3

Sajak: PERSAHABATAN ( Mohd.

Amran Daud ) RANGKAP 1 Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya

menampakkan kegembiraan melalui sentum dan ketawanya.

RANGKAP 2 Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya

menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanakkanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.

RANGKAP 3 Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia melihat keriangan kanakkanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.

RANGKAP 4 Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.

Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum - masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan. Persoalan: 1. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama. 2. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain. 3. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dan gembira. 4. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.

Gaya Bahasa: 1. Kata ganda

kanak-kanak/ bermain-main/ berkejar-kejaran.

2. Pesonifikasi

pipi tampak ceria bergincu

3. Inversi

bertindik hidung menguntum senyum

4. Simile

Dirinya bagai digamit bermain bersama.

5. Anafora

pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria

6. Asonansi

melihat saja telatah manja ( Pengulangan vokal 'a' )

7. Aliterasi

menterjemah makna kejiranan ( Pengulangan konsonan 'n' )

Bentuk: 1. 2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap Jumlah baris adalah bebas. Contoh: R1 - 7b, R2 - 8b, R3 - 8b dan R4 -ada

sepuluh baris. 3. 4. 5. Nilai: 1. Nilai perpaduan

Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris. Rima akhir bebas.

Contoh: Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk

menjayakan wawasan negara. 2. Nilai keakraban.

Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan ini dapat dilihat kepada

telatah kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga. Pengajaran: 1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira

kaum atau agama. 2. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara

satu sama lain. 3. Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain bagi

menjayakan wawasan negara.

Anda mungkin juga menyukai