Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MELAYU-SPM PELAJARAN 1 (M1 /JULAI /21)

PERIBAHASA

Latihan 1 (SPM PERCUBAAN 2013- MRSM)


e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sama maksud
dengan peribahasa tersebut
i. Gagak pulang ke benua

ii. Alang-alang berdakwat biar hitam

iii. Musuh dalam selimut

Latihan 2 (SPM PERCUBAAN 2013- NEGERI SEMBILAN)


e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang mempunyai
maksud yang sama
i. Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga.
ii. Api dalam sekam

iii. Membuka pekung di dada.

Latihan 3 (SPM PERCUBAAN 2013- KEDAH )


e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi di bawah

Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkat
daerah diadakan.
Mereka menjual cenderamata serta pelbagai jenis makanan dan minuman. Harga makanan dan
minuman yang dijual di situ amat mahal. Perlawanan bola sepak yang berlangsung benar-benar
hebat kerana Kelab PCB telah bertemu dengan lawan yang sebenar. Kelab PCM hanya bertemu
dengan pasukan yang tidak kuat sebelum ini.

i.

ii.

iii.
Latihan 4 (SPM PERCUBAAN 2013- SEKOLAH BERASRAMA PENUH )
e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai dengan
ayat di bawah.

Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku
seperti .............................................. . Walaupun dia sudah biasa melalui jalan itu,
namun........................ kerana pada suatu hari dia terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di
selekoh yang amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati –hati ketika melalui jalan itu
kerana......................... .

i.

ii.

iii.

Latihan 5 (SPM PERCUBAAN 2013- TERENGGANU )


e) Tulis ayat berdasarkan peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
i. mencurah air di daun keladi

ii. mengambil hati

iii. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Latihan 6 (SPM PERCUBAAN 2013- PERAK)


e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud peribahasa tersebut
i. Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar
sehingga mencapai kejayaan.

ii. Menyesuaikan diri dengan budaya dan peraturan di sesuatu


tempat

iii. Berjaga-jaga sebelum mendapat sesuatu bencana.


Latihan 7 (SPM PERCUBAAN 2013 –KOTA TINGGI,JOHOR)
e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud peribahasa tersebut
i. Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang betul
sedangkan dia sendiri berbuat salah.

ii. Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.


iii. Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang
bodoh itu sia-sia sahaja.

Latihan 8 ( SPM PERCUBAAN 2013 –PAHANG)


Nyatakan maksud peribahasa
i. pelanduk dua serupa

ii. belakang parang kalau diasah lagikan tajam

iii. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 9 (SPM PERCUBAAN 2013- BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR)


e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti,kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam ayat-ayat tersebut.
i. Ah Chong begitu kecewa dan terlalu dukacita atas kematian
isterinya yang menjadi mangsa peragut yang tidak
berperikemanusian.

ii. Julia suka menceritakan keburukan orang lain sedangkan


keburukan dirinya tidak disedari.

iii. Setelah tidak mendapat kasut hitam yang dicari-cari,Muthu


mencari pula kasut berwarna coklat yang boleh digunakan
sebagai ganti.

Latihan 10 ( SOALAN PERCUBAAN 2013 – PULAU PINANG)


(e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat
tersebut.

i. Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam


pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat
dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh
polis.
ii. Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya
mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya
memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.
iii. Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya
apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus
sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa
perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.

Latihan 11 ( SOALAN PERCUBAAN 2013 –SABAH)


(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-
ayat tersebut

i. Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang


menimpa Erica, tetapi dia yang menanggungnya tentulah
berasa lebih perit lagi.
ii. Juselin menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh
bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan
bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
iii. Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan
dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

Latihan 12 (SOALAN PERCUBAAN 2013 – MELAKA)


e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang mempunyai
maksud yang sama
i. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

ii. Berat sama dipikul,ringan sama dijingjing

iii. Genggam bara api, biar sampai jadi arang.

PRAKTIS BERFORMAT SPM


Baca petikan di bawah ini dengan telitinya,kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.
“Mak long tidak menyangka bahawa keempat-empat orang anak mak long akan bersikap begini.
Mereka langsung tidak menghargai segala pengorbanan mak long.Sejak berjaya menjawat jawatan
yang besar, mereka sudah jarang benar pulang ke kampung. Dahulu, mereka pernah berjanji untuk
menjaga mak long secara bergilir-gilir apabila mak long sudah tua. Mak long percaya akan janji
mereka itu kerana janji mesti ditepati. Rupa-rupanya mereka hanya berbohong,”kata Mak Leha
sambil mengesat air mata yang mengalir ke pipinya.
“Sudahlah,mak long. Janganlah bersedih lagi. Sebagai manusia biasa, anak-anak mak long
tentunya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mudah-mudahan mereka sedar akan
kesilapan mereka itu suatu hari nanti. Sekarang mak long berehatlah,ya. Dalam keadaan mak long
yang kurang sihat ini mak long perlu banyak berehat,” kata Wahida memujuk Mak Leha,ibu
saudaranya yang sedang bersedih itu. [ 6 markah ]

i.

ii.

iii.

SOALAN 8 : NOVEL -10 MARKAH


Baca petikan novel di bawah dengan telitinya,kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Mak Milah bangun meninggalkan suaminya. Pak Saidi hanya menggelengkan
kepalanya. Sejak kepulangan Adnan tempoh hari, kerisauan isterinya tidak pernah
surut. Dia mengerti perasaan isterinya itu kerana ketiga-tiga orang anaknya menceburi
bidang yang amat berbahaya ketika ini.Namun dia amat berbangga ketiga-tiga orang
anaknya berada dalam angkatan tentera. Walau apa-apa pun yang terjadi,dia telah
bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan meredakan segalanya kerana
sudah menjadi hokum Allah,setiap manusia akan kembali kepada-Nya.Pak Saidi
pasrah.
Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

i. Nyatakan perasaan yang dialami oleh Mak Milah dan Pak Saidi apabila ketiga-tiga
anak mereka menyertai tentera. [ 4 markah ]
ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel –novel yang berikut:
i. Leftenan Adnan Wira Bangsa,karya Abdul Latip

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca dan sebabnya seperti yang terdapat dalam
novel . [ 6 markah ]

KARANGAN A : 30 MARKAH
Maklumat di bawah berkaitan dengan disiplin murid. Huraikan pendapat anda tentang disiplin yang perlu ada pada murid.
Panjangnya huraian antara 150 hingga 200 patah perkataan.

DISIPLIN MURID
Rotan dicari semasa memburu, Ranting buluh bercabang-cabang,
Rotan dijalin buat tikar, Buluh rebah di sisi pohon jati,
Hormat kawan, taat akan guru, Gred ujian amat cemerlang,
Tepati masa sewaktu belajar. Disiplin diri menjadi motivasi.

RANGKA KARANGAN

Ayat Tema Apakah isu yang dibincangkan?

Ayat Contoh Buktinya?


Ayat Kesan Akibatnya ?

Ayat Arahan Kehendak soalan ?

ISI 1

ISI Apakah idea utama?

MENGAPA Apakah alasannya

BAGAIMANA/ Apakah bukti?


CONTOH
KESAN Apakah kesan yang diterima?

ISI Apakah idea kedua?

MENGAPA Apakah alasannya

BAGAIMANA/ Apakah bukti?


CONTOH
KESAN Apakah kesan yang diterima?

ISI Apakah idea ketiga?

MENGAPA Apakah alasannya

BAGAIMANA/ Apakah bukti?


CONTOH
KESAN Apakah kesan yang diterima?
Kesimpulan Apakah tema yang telah dibincangkan?

Ayat Cadangan Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Ayat Harapan Apakah harapan anda

Anda mungkin juga menyukai