Anda di halaman 1dari 4

JAWAPAN 2021 PDPR SPM TATABAHASA SET 1

LATIHAN 1

1. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
digariskan.

Stamina boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten. Aktiviti mendaki bukit dan gunung dapat
mencabar stamina seseorang. Seseorang dikatakan mempunyai stamina jika mampu melakukan pergerakan fizikal
dalam tempoh yang lama. Latihan kardiovaskular turut membantu seseorang menstabilkan paras kolestrol dalam darah
dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada “ Mendaki sebagai Senaman Terbaik”


Oleh Siti Zarinah Sahib, Harian Metro Online, 12 Oktober 2017

Contoh jawapan :
Latihan kardiovaskular turut membantu seseorang menstabilkan paras kolestrol dalam darah dan mengurangkan risiko
untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Subjek : Latihan kardiovaskular


Predikat : turut membantu seseorang menstabilkan paras kolestrol dalam darah dan mengurangkan risiko untuk
mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Jawapan :

1. Stamina boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten.


Subjek : Stamina
Predikat : boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten.

2. Aktiviti mendaki bukit dan gunung dapat mencabar stamina seseorang.


Subjek : Aktiviti mendaki bukit dan gunung
Predikat : dapat mencabar stamina seseorang.

3. Seseorang dikatakan mempunyai stamina jika mampu melakukan pergerakan fizikal dalam tempoh yang lama.
Subjek : Seseorang
Predikat : dikatakan mempunyai stamina jika mampu melakukan pergerakan fizikal dalam tempoh yang lama.

2. Nyatakan pola ayat dalam petikan di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama
( FN + FN ), Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ), Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA ) dan
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS ).

( i ) Bahasa ialah alat untuk menyampaikan idea dan buah fikiran. ( ii ) Keupayaan menguasai pelbagai bahasa dapat
memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada masyarakat terutamanya generasi muda. ( iii ) Pembelajaran bahasa
asing pada hari ini telah bermula dari peringkat sekolah lagi. ( iv ) Pelajar lepasan sekolah dan universiti mudah untuk
memasarkan diri dalam persaingan bagi melanjutkan pelajaran, pengajian atau mendapatkan pekerjaan. ( v ) Dunia
pada hari ini memerlukan seseorang untuk menguasai pelbagai kemahiran termasuklah penguasaan pelbagai bahasa.
( vi ) Seorang remaja dari Kemboja popular selepas videonya bercakap dalam 16 bahasa tular di media sosial.

Dipetik dan diubah suai daripada “Nilai Tambah Menguasai Pelbagai Bahasa”
Oleh Muhammas Lufti Zahid, Dewan Siswa, Bil.11/2019

Contoh jawapan :
( i ) Bahasa ialah alat untuk menyampaikan idea dan buah fikiran.
Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )

Jawapan :

( ii ) Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )


( iii ) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )
( iv ) Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
(v) Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
( vi ) Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )

1
JAWAPAN 2021 PDPR SPM TATABAHASA SET 1

3. Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan ayat yang bernombor itu sama ada ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

Ahmad : ( i ) Apabila dewasa nanti, saya mahu menjadi seorang juruterbang.

Meng Kong : ( ii ) Wah, kerjaya di awan biru!

Ranjit : ( iii ) Apakah pula cita-cita kamu, Meng Kong ?

Meng Kong : Saya pula mahu menjadi animator kerana sangat berminat dengan lukisan animasi.
( iv ) Tapi, ibu bapa saya tidak menyokong minat saya sejak kecil lagi.

Ahmad : ( v ) Mengapakah mereka tidak menyokong cita-cita kamu itu?

Meng Kong : Ibu menyuruh saya menjadi peniaga bagi mewarisi syarikat ayah. ( sedih )
Saya bangga kerana kalian telah mempunyai hala tuju.

Ranjit : ( vi ) Janganlah kamu berputus asa untuk mengejar cita-cita kerana usaha dan rajin tangga kejayaan.

Contoh jawapan :
( i ) Ayat penyata

Jawapan :

( ii ) Ayat seruan
( iii ) Ayat tanya
( iv ) Ayat penyata
(v) Ayat tanya
( vi ) Ayat perintah

LATIHAN 2

1. Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan.
Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Ibu bapa perlu sedar yang mereka perlu menajalankan peranan yang pro-aktif terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Ibu bapa bolehlah mengajar, membudayakan dan mempraktikan penggunaan bahasa Melayu yang betul di kalangan
anak semasa di rumah. Selain itu, dalam usaha untuk memperkukuhkan pembelajaran, ibu bapa digalakkan untuk
gunakan bahan seperti buku teks dan bahan digital yang boleh didapati di internet. Di samping itu, terdapat banyak
bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran bahasa Melayu anak-anak di rumah, termasuklah
buku cerita, suratkhabar dan majalah.

Contoh jawapan :

Salah Betul
1. yang bahawa
2. pro-aktif proaktif
3. mempraktikan mempraktikkan
4. di kalangan dalam kalangan
5. memperkukuhkan memperkukuh/ mengukuh
6. gunakan menggunakan
7.internet Internet
8. banyak bahan-bahan banyak bahan/ bahan-bahan
9. suratkhabar surat khabar

2
JAWAPAN 2021 PDPR SPM TATABAHASA SET 1

2. Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan.
Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Lambakan graduan untuk menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu
membimbangkan walaupun kerajaan telah menawarkan pelbagai peluang untuk memastikan mereka dapat ditempatkan
di dalam sektor pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran interaktif sosial iaitu kemahiran cara-cara
perhubungan dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setiakawan dan nilai-nilai kebersamaan
yang lain. Demi untuk memastikan para graduan berjaya memperolehi kerja yang diidamkan, mereka sepatutnya
melakukan beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran penting, bukan sekadar memiliki kelulusan
akedemik yang tinggi semata-mata.

Dipetik dan diubah suai dairpada “Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan”


Oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015

Jawapan :

Salah Betul
1. untuk yang
2. menawarkan menyediakan
3. di dalam dalam
4. interaktif interaksi
5. perhubungan berhubung
6. setiakawan setia kawan
7. Demi untuk Demi / Untuk
8. memperolehi memperoleh
9. akedemik akademik

3. Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan.
Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membuat lonjakan paradigma dengan mengambil
langkah yang pro-aktif untuk mengubah teknik dan jenis pertanian yang diberikan perhatian. Antara program yang
diberikan prihatin oleh kerajaan untuk diperkasakan oleh usahawan tani termasuklah sektor peladangan kontrak.
Program ini adalah projek berimpak tinggi yang diperkenalkan sebagai mekanisma untuk membantu pengusaha
pertanian berskala kecil dan sederhana. Sejak dari Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RMK-10 ) lagi, kerajaan telah
memperluaskan sektor ini bagi meningkatkan pendapatan petani. Pengenalan projek berimpak tinggi ini juga mampu
melahirkan usahawan tani-usahawan tani yang berpendapatan tinggi.

Dipetik dan diubah suai dairpada “Sektor Pertanian ke Arah DAN 2.0”
Dewan Ekonomi, Bil. 2/ 2019

Jawapan :

Salah Betul
1. lonjakan anjakan
2. pro-aktif proaktif
3. prihatin perhatian
4. peladangan perladangan
5. adalah ialah
6. mekanisma mekanisme
7. Sejak dari Sejak/ Dari
8. memperluaskan memperluas/ meluaskan
9. usahawan tani-usahawan tani usahawan-usahawan tani

3
JAWAPAN 2021 PDPR SPM TATABAHASA SET 1

LATIHAN 3

1. Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan peribahasa tersebut, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Puan Norliza : Saya gemar betul berjoging di sini. Sambil menghirup udara segar, saya dapat
mengeluarkan peluh dan mengurangkan berat badan. Kata orang, belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar kerana saya dapat pelbagai faedah dengan berjoging.

Puan Alice : Betul tu, Puan Norliza. Kalau mahu kurus, kita perlulah rajin bersenam kerana di amana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Mana mungkin mahu kurus tetapi hanya duduk di
rumah sahaja.

Puan Norliza : Suami saya telah membelikan kasut sukan baharu. Memang dari dulu lagi saya
menginginkannya bak kata peribahasa, orang mengantuk disorongkan bantal.

Puan Alice : Tapi kamu tengoklah kawasan di sini. Banyak betul sampah. Seharusnya, kita menjaga
kebersihan kawasan rekreasi secara bersama-sama agar alam sekitar lebih terjaga persis
peribahasa bagai aur dengan tebing.

Contoh jawapan :

1. Bagai aur dengan tebing = Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Jawapan :
1. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar = berkayuh sambil bertimba/ sambil menyelam sambil minum air
2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan = hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih/ rajin dan usaha tangga
kejayaan
3. Orang mengantuk disorongkan bantal = pucuk dicita ulam mendatang

2. Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Masyarakat perlulah berterima kasih dan menyambut baik penobatan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pada
tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNESCO ).
Pengiktirafan ini diharapkan dapat menyemarakkan budaya membaca kerana dengan membaca seseorang dapat
memperoleh ilmu pengetahuan. Peluang ini seharusnya diambil dengan menjalankan aktiviti-aktiviti secara terancang,
bukannya melakukan usaha tersebut dengan tidak bersungguh-sungguh.

Jawapan:
1. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
2. Membaca jambatan ilmu
3. Melepaskan batuk di tanggga/ hangat-hangat tahi ayam

Anda mungkin juga menyukai