Anda di halaman 1dari 4

PERIBAHASA 2 /PKP3.

0
BAHASA MELAYU SEM 3
LATIHAN 1
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
berdasarkan ayat-ayat tersebut.

(i) Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal
bagi menghadapi musim tengkujuh.
(ii) Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih
berhasarat untuk bekerja di negara sendiri.
(iii) Penceramah itu mengingatkan kami agar jangan sesekali melupakan jasa ibu bapa
setelah mendapat kejayaan dan kesenangan hidup.

LATIHAN 2
Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa berikut.

(i) Gagak pulang ke benua


(ii) Alang-alang mandi biar basah
(iii) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

LATIHAN 3
Berikan maksud peribahasa yang berikut.

(i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


(ii) Indah khabar daripada rupa
(iii) Alah bisa tegal biasa
PERIBAHASA 2 /PKP3.0
BAHASA MELAYU SEM 3
LATIHAN 4
Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa di bawah.

(i) seperti embun di hujung rumput


(ii) bagai pinang dibelah dua
(iii) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

LATIHAN 5
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.


(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

LATIHAN 6
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan
pandai juga.

LATIHAN 7
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)  Membaca jambatan Ilmu.
(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
PERIBAHASA 2 /PKP3.0
BAHASA MELAYU SEM 3
LATIHAN 8
Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa
yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i)    Pasangan yang sepadan


(ii)   Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii)  Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

LATIHAN 9
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang
akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai
___________(i)__________.
         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi
kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana
________(iii)__________.
PERIBAHASA 2 /PKP3.0
BAHASA MELAYU SEM 3
LATIHAN 10
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan
diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua,
iaitu ________(i)_______
Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah
berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan
memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata
peribahasa _______(ii)_________
Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

LATIHAN 11
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Anda mungkin juga menyukai