Anda di halaman 1dari 4

SPM Moral Tingkatan 5 - Unit 2: Ukir Nama di Mata Dunia, Jati Diri Berpisah Tiada

Latihan Pengukuhan
1. Senaraikan ciri individu glokal.

Ciri Individu Glokal

(b). Jaringan dan (d). Kemahiran


(a). Berdaya saing jalinan glokal yang (c). Jati diri kukuh teknologi
baik maklumat

2. Nyatakan kepentingan menjadi individu glokal dan kesan sekiranya individu tidak bersikap
glokal.

Kepentingan Kesan
(a). Negara tidak dapat
(a). Memasarkan produk
mencapai kemajuan seperti
tempatan dengan lebih luas
Kepentingan negara lain
Menjadi (b). Menyebabkan bentuk
(b). Meningkatkan
Individu Glokal diskriminasi antara
keuntungan tempatan
dan Kesan masyarakat tempatan
dan global
Sekiranya dengan global
(c). Melindungi ekonomi Individu Tidak
(c). Sukar memperkenalkan
negara untuk Bersikap Glokal
keunikan negara dan budaya
pembangunan global
(d). Meningkatkan nilai (d). Sukar mendapatkan
toleransi dan hormat melalui golongan pembeli dari
transformasi budaya negara asing
Latihan Bestari SPM
Bahagian A
1. Pernyataan di bawah berkaitan dengan individu glokal.

Individu glokal ialah individu yang mampu berdaya saing di peringkat global tetapi masih
berpegang teguh pada jati diri lokal.

(a). Nyatakan dua ciri individu glokal.


(i). Berdaya saing.
(ii). Jati diri kukuh.

(b). Apakah kepentingan sikap glokal dalam kalangan individu terhadap negara?
Jawapan: Salah satu kepentingannya adalah dapat membentuk individu yang kreatif dan inovatif.
Selain itu, meningkatkan imej negara di persada antarabangsa juga merupakan kepentingan sikap
glokal dalam kalangan individu terhadap negara.

(c). Senaraikan dua kesan jika individu tidak bersikap glokal.


(i). Negara akan menjadi mundur.
(ii). Negara tidak dapat mencapai kemajuan.

(d). Apakah tindakan yang dapat meningkatkan sikap glokal dalam diri individu?
Jawapan: Salah satu tindakannya adalah dengan menjana glokal melalui ilmu pengetahuan dalam
bidang pendidikan. Selain itu, memperkuatkan jati diri glokal melalui transformasi budaya juga
merupakan tindakan untuk meningkatkan sikap glokal dalam diri individu.

(e). Berikan dua contoh masalah yang menghalang pembentukan individu glokal.
(i). Sikap mengagungkan jenama luar dan meminggirkan jenama tempatan.
(ii). Keperluan memperkasakan bahasa kebangsaan dan menguasai bahasa antarabangsa.
2. Maklumat di bawah merupakan perbualan antara Firdaus dengan Panber selepas mereka
membeli barang.

Firdaus: Hi, Panber. Banyaknya barang yang awak beli di pusat beli-belah tadi.
Panber: Ya, memang banyak yang saya beli. Semua barang ini berjenama luar negara.
Firdaus: Kenapa awak tidak mempertimbangkan untuk membeli barang berjenama tempatan?
Firdaus: Lihatlah saya. Semua barang yang saya beli berjenama tempatan.
Panber: Pada pendapat saya, barang berjenama luar adalah lebih baik daripada barang
Panber: berjenama tempatan. Firdaus, saya ingin menggalakkan awak supaya membeli jenama
Panber: luar dan meminggirkan jenama tempatan.
Firdaus: Panber, sebenarnya barang berjenama tempatan juga mempunyai kualiti yang
Firdaus: tersendiri yang awak tidak menyedarinya.
Panber: Tetapi, saya tetap merasakan bahawa jenama luar dari negara lain lebih baik daripada
Panber: jenama Malaysia.

(a). Berdasarkan dialog di atas, senaraikan dua nilai universal yang patut diamalkan oleh Panber.
(i). Nilai kesederhanaan.
(ii). Nilai patriotisme.

(b). Nyatakan dua cara mengelakkan sikap yang mengagungkan jenama luar negara dan
meminggirkan barangan buatan tempatan.
(i). Individu perlu mengubah dan mengikis sikap prejudis terhadap jenama tempatan.
(ii). Menyedari bahawa jenama tempatan setanding dengan jenama luar.

(c). Huraikan kebaikan membeli barangan buatan tempatan.


Jawapan: Salah satu kebaikannya adalah dapat menjimatkan perbelanjaan. Selain itu, dengan
membeli barangan buatan tempatan juga boleh mempunyai harga yang lebih murah, kualiti yang
baik dan mutu yang tinggi bertanding dengan barang berjenama luar. Di samping itu, seseorang
juga dapat menanam semangat patriotisme dalam kalangan diri sendiri. Pembelian barangan
buatan tempatan juga mampu memberi sokongan dan mengagungkan barang berjenama
tempatan.

(d). Pada pendapat anda, apakah cabaran untuk meningkatkan sokongan pengguna terhadap
barangan buatan tempatan?
Jawapan: Pada pendapat saya, salah satu cabarannya adalah cita rasa pengguna akan sentiasa
berubah. Selain itu, kempen tentang pembelian barang berjenama tempatan yang kurang berkesan
juga mampu menjadi cabaran untuk meningkatkan sokongan pengguna terhadap barangan
buatan tempatan.
3. Rajah di bawah menunjukkan poster yang bertajuk “Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita”.

(a). Senaraikan tiga cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.
(i). Pandangan negatif masyarakat terhadap bahasa Melayu.
(ii). Pengaruh Bahasa Inggeris yang besar dalam bidang ICT.
(iii). Sikap masyarakat yang suka menuturkan bahasa rojak.

(b). Berdasarkan pengetahuan anda, apakah langkah memperkasakan bahasa kebangsaan?


Berikan tiga langkah.
(i). Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
(ii). Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa.
(iii). Pelancaran slogan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”.

(c). Setiap individu digalakkan mempelajari lebih banyak bahasa antarabangsa dan menguasai
bahasa yang dipelajari dengan sebaik-baiknya. Pada pendapat anda, apakah kebaikan
mempelajari bahasa antarabangsa?
Jawapan: Pada pendapat saya, salah satu kebaikan mempelajari bahasa antarabangsa adalah
mampu meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, pembelajaran bahasa antarabangsa juga
penting untuk meningkatkan martabat bangsa.

(d). Terdapat sesetengah individu yang berpendapat bahawa penguasaan bahasa antarabangsa
adalah lebih penting daripada penguasaan bahasa kebangsaan. Setujukan anda dengan pendapat
mereka? Berikan penjelasan anda.
Jawapan: Tidak setuju. Hal ini disebabkan kerana bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bertanggungjawab
untuk mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai