Anda di halaman 1dari 11

SULIT

1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 minit]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir?
Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar
memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa
masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan
faktor tidur.
Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap
kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya golongan remaja memerlukan tidur antara
enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu
malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di
dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan
yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang
cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam
memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di
dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering lewat tidur seperti
murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses
penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang
dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan
kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan
tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.
Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini
demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami
tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti
penyakit. Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan
biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi
memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur secukupnya. Tidur yang
tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.
Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari
dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga
menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat
mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan
tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang. Hal ini demikian kerana
menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang
cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan
kesihatan yang baik.
(Dipetik dan diubah suai daripada Tidur dari Segi Saintifik
oleh Danial Zainal Abidin, Dewan Kosmik, Febuari 2007
1103/2

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

Pendahuluan: Petikan membincangkan kebaikan/manfaat/faedah2/kesan2


Isi tersirat: (Cara-cara mengatasi masalah sukar tidur)
1. Menjauhi bahan perangsang seperti minuman berkafein
2. Bersenam
3. Mandi sebelum tidur
4. Menjauhi kerunsingan
5. Tidur dan bengun mengikut jadual
6. Membaca bahan yang sesuai
( Isi-isi tersirat yang lain tidak diterima
Kesimpulan : Pihak + cadangan + harapan
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Jawab semua soalan
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)

Terangkan maksud rangkai kata keadaan yang merimaskan seperti yang


terdapat dalam petikan di atas.
[ 2 markah ]
Situasi/suasana
yang
merunsingkan/tidak
selesa/gelisah/menyerabutkan/kurang menyenangkan
Situasi/keadaan yang merimaskan
Mencemaskan/menyesakkan/melemaskan/membimbangkan/membosankan
Tidak tenang
Tekanan(om)

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang dialami jika seseorang tidak


mendapat tidur yang secukupnya.
Nyatakan tiga daripada kesan tersebut.
[ 3 markah ]
proses penyimpanan maklumat terganggu
tumpuan dalam membuat keputusandan perancangan akan terjejas
kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya
mengalami tekanan
melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti
penyakit
menjejaskan pusingan biologi seseorang.
1 isi 1m

1103/2

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

(iii)

1103/2

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan


menghadapi masalah sukar tidur?
Kemukakan empat punca.

seseorang
[ 4 markah ]

Persekitaran bilik tidur yang tidak kondusif


Masalah kesihatan/sakit/tidak menjaga kesihatan/gaya hidup tidak sihat
Mengambil bahan perangsang seperti minuman berkaafein/kopi/dadah/rokok
Terlebih tidur pada waktu siang
Banyak berfikir
Masalah
kewangan/masalah
social/masalah
rumahtangga/masalah
kerja/kesibukan stress/emosi/trauma
Gangguan dari luar/bising/rempit/rumah sempit/nyamuk
Punca makanan/tersalah makan

Soalan 2(b) : Petikan Prosa Moden


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Sekarang ibu sudah lama tidak ada. Bapa pun sudah lama tidak ada. Aku dan isteri
pun sudah mulai terasa ketuaan kami masing-masing. Anakanak sudah besar panjang,
sudah ada yang beristeri dan bersuami dan beranak dan merekalah yang sekarang ini
terjun ke baruh pun menajak dan menyisir selut. Kami, aku dan isteri, banyak tinggal di
rumah saja, menjaga cucu dan membuat itu dan ini di halaman.
Tetapi walau serancak dan sehebat mana pun anak-anak dan cucu-cucuku
melompat turun ke baruh bertungkus-lumus dengan selut dan lintah, namun Sungai Ceper
tidak lagi kembali rancak dan cergas, malah Ceper sekarang ini boleh dikatakan sudah
mati sepeti ibu dan sama seperti bapa meskipun Ceper masih wujud dan airnya masih
ada.
Airnya sudah tidak bergerak lagi. Sedikit pun tidak. Yang ada hanya timbunan dan
timbunan sampah sarap yang berbagai-bagai, tindih-menindih bagaikan Ceper benarbenar lemas. Bangkai-bangkai jangan diambil kira lagi kerana terlalu banyak. Kayu-kayu
buruk, ketul-ketul tanah yang sudah keras, papan-papan sayung yang sudah berlumut,
kertas-kertas yang sudah lama kerunyuk dan alat-alat jenis besar hijau bukan main bayak
lagi. Pokok-pokok buluh pun di sepanjang tubuh Sungai Ceper itu menunduk bagaikan
menyembah-nyembah minta ampun.
(Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper antologi
Harga Remaja hal 108, dewan Bahasa dan Pustaka)
1103/2

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

(i)

Berikan tiga gambaran tentang keadaan Ceper seperti yang dinyatakan dalam
petikan
[3 markah]
Sungai Ceper masih wujud
Arusnya tidak rancak lagi
Dipenuhi timbunan sampah sarap
Menjadi tempat orang membuang bangkai binatang

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini kurang mengahargai


sungai?
[ 3 markah]
Masyarakat kurang mempunyai kesedaran tentang kepentingan sungai
Masyarakat mengambil jalan mudah dengan membuang kotoran dan sisa
industry ke dalam sungai
Tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas

(iii)

Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan dua nilai dalam cerpen.
[3

markah]

Nilai dalam petikan : kerjasama penulis dan isteri mambantu menjaga cucu
Nilai dalam keseluruhan petikan :
1) kasih sayang penulis menyanyagi ibunya
2) bertanggungjawab- ibu penulis berkerja memelihara keluarga
(Isi yang logik diterima)

1103/2

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 2(c) : Petikan Prosa Klasik


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kemudian dititahkannya pula Bujang Selamat pergi bertanyakan nama jurugan, nakhoda,
jurubatu dan jurumudi geliung panjang itu.
Jawab orang di geliung, Nama jurugannya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa,
nakhodanya Tuanku Nakhoda Tua, jurubatunya anak Tiku Pariaman dan jurumudinya
anak Pulau Laut.
Tiba-tiba Tuan Puteri Pinang Masak masuk tangan, Wahai ayahanda, adakah
patut berulang-alik bertanyakan hal orang di geliung itu? Bukankah baik kiranya
dipersilakan anak-anak geliung itu naik ke istana?
Baginda raja termakan cakap puterinya itu lalu ia menitahkan negeri dihiasi dan
orang besar-besar pergi menjemput anak-anak geliung itu ke istana.
Silalah encik-encik dan tuan-tuan naik ke darat. Kalau hendak menyabung,
gelanggang ada; hendak bercatur berjogar, tapaknya ada dan jika hendak berkenduri
hidangan ada disediakan lengkap dengan balainya, kata Datuk Orang Kaya Besar.
Terima kasih. Silalah tuan-tuan berjalan dulu, kami mengikut dari belakang.
Setelah mendapat izin isterinya,Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian
lengkap Awang Sulung Merah pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang
Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam
laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke
pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.
Ketibaan Awang Sulung ke negeri itu amat menghairankan rakyat Negeri Pati
Talak Terengganu itu kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam
menyambut sama.
(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Antologi Harga Remaja, halaman 46)

(i)
Apakah maksud masuk tangan dalam petikan di
[2 markah]
Maksudnya.belum tiba atau sampai/tidak kunjung tiba

1103/2

atas?

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

(ii)
negeri dihiasi
istana?

Pada pandangan anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar


dan orang besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke

Kemukakan pendapat anda


[3 markah]
Tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah
Meningkatkan rasa hormat tatamu kepada ketua negeri
Menunjukkan adat istiadat menyambut tetamu kepada tetamu kehormat
Mengelakkan tetamu rasa tersinggung
(iii)
golongan

Nyatakan tiga tanda yang menunjukkan Awang Sulung merupakan


yang
mempunyai taraf sosial yang tinggi.
[4 markah]
Orang besar2 menjemputnya ke istana
Awang Sulung diiringi oleh Jurubatu dan Bujang Selamat
Segala alat kebesaran berbunyi sendiri apabila Awang sulung dating
Seluruh isi alam menyambut sama kedatangan Awang Sulung

Soalan 2(d) : Petikan Puisi


Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SAJAK DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati.

bersemadi di sini
aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai

Maju ke ruang buku


Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka

1103/2

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2
Yang akan kucatat
Hanya akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
(Antologi Harga Remaja hal 18-19)

(i)

Berikan maksud terlalu kerdil aku di sini dalam syair di atas?


[2 markah]

Terdapat terlalu banyak sumber ilmu di situ


Merasakan terlalu kurangnya ilmu penyajak
Merasakan terlalu banyaknya ilmu yang tidak diketahui
Merasakan terlalu jahil tentang ilmu

(ii)
Mengapakah generasi kini kurang berkunjung ke perpustakaan untuk
membaca buku?
Kemukakan tiga pendapat anda.
[3markah]
Generasi kini lebih gemar membaca melalui internet
Bahan bacaan mudah diperoleh di pasaran
Perpustakaan hanya terdapat di lokasi2 tertentu sahaja
Suasana di perpustakaan seolah2 mengongkong mereka
(iii)

Nyatakan empat ciri syair yang terdapat dalam puisi di atas.[4 markah]
Mempunyai 3 rangkap
Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama R1 10 baris,R2 15 baris, R3 6
baris
Jumlah poerkataan dalam setiap baris juga tidak sama,iaitu antara 2 hingga 5
patah perkataan
Rima akhir adalah bebas

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan
(a)

1103/2

Tulis satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa
dan nama khas.
7

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

(i)

sengit (hebat/hangat/bengis/hangit/keras dan menyakitkan hati)


Senget ( Tinggi sebelah/senget/miring/sendeng/tidak sama

(ii)

tunjuk (paham-paham sendiri la...)


telunjuk (perintah/kemahuan/suruhan/jari antara
jari hantu)

(iii)

guruh( sendiri paham la)


gemuruh( berbunyi seperti guruh/berdebar-debar)
[6 markah]

(b)

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang.
(i)

Pengunjung-pengunjung dari negara Cina itu dilayan dengan mesra oleh


pekerja restoran itu.
- Dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran itu pengunjungpengunjung
dari Negara Cina.

(ii)

Ketinggian Gunung Kinabalu dianggarkan melebihi 4101 meter.


- Dianggarkan melebihi 4101 meter ketinggian gunung kinabalu

(iii)

Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.


- Kami sekeluarga ke perpustakaan pada setiap petang Sabtu

(iv)

Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.


- Terkenal oleh landskap yang menarik taman tasik perdana

(v)

Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan yang


terkenal.
- Bercita-cita untuk menjadi angkasawan yang terkenal murid yang
pntar itu

(vi)

Ibu bapa yang sudah uzur itu sanggup bergadai harta benda demi kejayaan
anak-anak mereka.
- Sanggup bergadai harta benda demi kejayaan ank-anak mereka ibu
bapa
yang uzur itu.
[6 markah]

(c)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
1103/2

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

kesalahan ejaan dan


perlu menyalin ayat itu semula.

(d)

(e)

1103/2

tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak

(i)

Kenaikkan(kanaikan) tambang Feri (feri) akan mengurangkan jumlah


pengguna kerana mereka akan beralih untuk menggunakan kenderaan
awam yang lain seperti bas dan teksi.

(ii)

Kotoran yang terdapat di sekitar injap dan blok injen(enjin) akan


mengurangkan kecekapan dan penghasil(-an) kuasa jentera kereta.

(iii)

Pencuri motorsikal(motosikal) akan meleraikan bahagian-bahagian


kenderaan tersebut sebelum dijual kepada pihak lain yang bersubahat
dengan kegiatan mereka yang bersalahan(menyalahi) undang-undang
itu.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bolah menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)

Kami merancang untuk memperbesarkan(memperbesar) perniagaan


keluarga dengan menambahkan modal melainkan(selain/dengan)
menyenaraikannya dalam pasaran saham.

(ii)

PNB diwujudkan untuk meuar-uarkan(menguar-uarkan) peluang


pelaburan kepada rakyat negara ini agar menabung dan sekali gus
menjadikan amalan tersebut diatas(sebagai) satu budaya.

(iii)

Jabatan perhutanan dan pejabat tanah dan galian sedang memantau


kegiatan pihak-pihak tertentu yang meruntuhkan(melandaikan) bukit
untuk mendirikan kediaman atas(yang)berharga tinggi.

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa
yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)

Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh, sedangkan yang telah ada


hilang pula.
- Yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran

(ii)

Biar bodoh sekalipun, kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi


pandai juga.
- Belakang parang,kalau diasah lama-lama akan menjadi tajam juga
9

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2

(iii)

Setelah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, pelajar itu seperti


melupakan terus jasa ibu bapa yang telah membesarkannya.
- Seperti kacang lupakan kulit

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab kedua-dua soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

1103/2

PAPA(akhirnya kau tewas jua! Karya Deana Yusof


Melunas Rindu karya Hartini hamzah
Azfa Hanani karya halis Azhan Mohd Hanafiah
Renyah karya gunawan Mahmood

(a)

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tema kasih sayang yang
ditunjukkan oleh watak-watak dalam cerita tersebut.
[7 markah]
- Kasih sayang antara ayah dengan anak plus huraian (2 m)
- Kasih sayang antara suami dan isteri plus huraian (2 m)
- Kasih sayang antara ibu dan anak/anak dan ibu plus huraian (2 m)
- Kasih sayang antara kekasih plus huraian (2 m)
- Kasih sayang antara pembantu rumah dan majikan plus huraian (2 m)
(mana-mana isi yang logik boleh diterima pilih 2 isi sahaja)
Isi 4m
Bahasa 3m

(b)

Huraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah
anda pelajar
[8 markah]
- Terima je la mana-mana yang difikirkan betul
- Markah isi 6
- Markah bahasa 2
- Pilih 3 isi ye ( isi + huraian 2m)

10

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/2
-

Jangan lupa, untuk pengajaran perlu ada kata kunci


mestilah/haruslah/janganlah,sepatutnya/perlu.....agar/untuk/supaya

SKEMA SOALAN TAMAT


Disediakan oleh

disemak oleh

____________

_____________

1103/2

11

disahkan oleh
____________

[Lihat sebelah
SULIT

Anda mungkin juga menyukai