Anda di halaman 1dari 17

JMK101

PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

NOVEL DISEBALIK DINARA

PENGARANG : NOR AZIZA SULAIMAN

SINOPSIS

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.

Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk

menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki

rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu

rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan

adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah

simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari

kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram

memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah

kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah

pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan

RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer

Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha

dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis

sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.

Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah

physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat

1
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,

Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah

sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha

untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka

Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida

mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba

dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang

besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit

kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke

rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka

bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan

polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya.

Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan

hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram

mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha

namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu

menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang

penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang

merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk

mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,

2
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak

memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk

menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan

Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida

menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy

melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan

melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat

berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri

di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah

Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai

membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida

berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha

dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu

memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha

diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya.

Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan

identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang

diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani

proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di

Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan

3
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya

mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha

dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris

memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak

dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam

Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina /

mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)

dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang

sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa

dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul

7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat

Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh

menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.

Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan

bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

TEMA NOVEL DI SEBALIK DINARA

Persaingan dalam dunia sains.

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi

sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima

Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan

4
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan

pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.

Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan

dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya

dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh

Karl iaitu Dinara.

Persoalan

1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan contohnya: Kelengkapan serba canggih

di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.·

Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal

scanner’dan interkom.

2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi

sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.contohnya: Karl terlalu taksub untuk

membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek

kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka

sebagai bahan kajian.· Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat

dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan

kepandaiannya dalam bidang sains.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga

contohnya: Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa

memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.· Azraai telah

memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai

5
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk

memantau dan memastikan keselamatannya.

4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

· Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia

mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama. Rusmina telah diseksa

hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai

ateis.

5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

contohnya: Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang

anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh

Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

• Farisha anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.

• Anak angkat kepada keluarga Azraai. Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan

sistem teknologi maklumat.

• Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.

• Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.

• Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.

• Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.

• Berminat dan menyukai dengan perwatakan

WATAK SAMPINGAN

1. KARL

6
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina. Ayah

kepada Farisha. Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi

robot. Membangunkan Dinara. Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya

Farisha ketika baru lahir. Pernah menerima agunerah Inovasi Teknologi Maklumat

Peringkat Kebangsaan. Penyelidik dan pencipta sistem Dinara. Terlantar sakit barah

dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam pemikiran Shida,

walaupun telah meninggal dunia.

2. AQRAM

Aqram Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha. Bertugas di Soft Lab

mengendalikan Dinara. Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar. Sering

menjejaki Farisha. Sebuah cyborg. Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah

Dinara kepada Farisha. Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai

dendam peribadi. Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl. Memiliki

pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.

3. SHIDA.

Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab. Ditawarkan bekerja dalam

arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar. Berjaya

mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat

dikesan. Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk

dijadikan ujikaji di Soft Lab. Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.

4. DR. MAXI

Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik. Mengarahkan

7
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan

Shida. Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.

Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.

LATAR

LATAR MASA

1. Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab

berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.

2. Pagi – Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih

belum kelihatan.

3. Pagi –Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke

Stesen Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.

4. Hari – “Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.

5. Malam –Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada

malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.

6. Petang –“Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat

keadaan Farisha sekitar pukul 6.00 petang nanti,” Shida memberikan cadangan.

LATAR TEMPAT

Di Lapangan Terbang Senai.

Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit

lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi

balai berlepas Lapangan Terbang Senai.

Perut pesawat.

8
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit

sebelum masa berlepas.

Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT

untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.

Rumah Karl- “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft

Lab….

Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”,

terang Aqram.

Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…

Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di

Wad 2B…

Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab

berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.

Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni

tangga perlahan-lahan…

Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang

kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai,

dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta

LATAR MASYARAKAT

 Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan

teknologi maklumat yang sangat meluas.

 Masyarakat bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas

9
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

dengan teknologi maklumat.

 Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.

 Masyarakat yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi

masing-masing berkaitan dengan teknologi maya. Orang Inggeris yang berada

dalam masyarakat Melayu dan cuba menggunakan orang-orang tempatan

sebagai bahan ujikaji.

GAYA BAHASA

Kata ganda

Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua Bersama-sama menggaru-

garu

Metafora

Contohnya :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak Hiperbola

Contohnya : angkat-angkat kening.

Simile :

Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan. Contohnya : Bagaikan member amaran

Sinkope Contohnya : saja, kejap, dah , tak,

Personifikasi

Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.

Contohnya ; …hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

Kata pinjaman

Contohnya : Bahasa Inggeris - retinal scanner, penetrator, physical backup,

hyperyisor.

10
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

NILAI

• Nilai kasih sayang.

 Contohnya : Medina/Marilyn dan Karl sentiasa berusaha mencari anak Farisha.

• Nilai bertanggungjawab:

 Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.

• Nilai ketabahan:

 Contohnya Farisha begitu tabah menhadapi pelbagai dugaan dalam percubaan

menculiknya.

• Nilai keberanian:

 Contohnya : Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya.

NILAI MURNI DI SEBALIK DINARA

1. Kesyukuran

Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga

Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa

kandungnya, Karl

2. Kasih sayang

Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan

Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup

memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

3. Kebijaksanaan

Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat

menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada

implan yang telah dipasang dibadannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk

11
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.

4. Kegigihan

Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang

menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi

menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari

anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

5. Kepatuhan kepada ketua

Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan

Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi

mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

6. Bekerjasama

Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi

mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini

yang ditawarkan oleh Soft Lab. Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling

bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara.

Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.

BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA

Plot

Binaan Plot

1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas

menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun

awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala

12
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal

terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel

Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di

Soft Lab.

2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab

dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis

hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu

Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan

Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan

beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu

penyelidik bernama Medina.

3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia

hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat

melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha

jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah

sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi

mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.

4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih

tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah

kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara

itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting

diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam

13
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat

Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat

antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang.

Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.

5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina

sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang

dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresakesak.

Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl

disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya

ditabur di Selat Melaka.

Teknik Plot

1. Imbas kembali

Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya

menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut

hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah

mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah

Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.

2. Dialog

Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel

Renaissance. Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang

membongkar kisah silam Khairul Anwar.

3. Saspens

14
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah

sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat

mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram

meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan

berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa

dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai,

nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha

melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku

kepada Shida.

4. Pemerian

Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya

Muhammad Irfan. Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia

mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi makanan,

menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar

menjadi Khairul Anwar.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita. Walaupun Azraai tahu Farisha hanya

anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu

mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat

kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan

adiknya untuk banyak perkara.

2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia. Karl dan

15
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan

zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat

untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius. Karl turut mengorbankan

manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk menghasilkan cyborg

ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang

disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.

3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan. Farisha tidak tergesa-gesa

menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya,

Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita Wanita yang ditemui

oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon dengan

suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.

5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan

kepada kita dengan baik. Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang

diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting

untuk menyelamatkan masa depan Dinara.

Rujukan.

Nor Aziza Sulaiman Novel Disebalik Dinara Tingkatan 4

16
JMK101
PENGANTARA KESUSASTERAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

https://www.bumigemilang.com/novel-di-sebalik-dinara-k4-komsas-tingkatan-4/

17

Anda mungkin juga menyukai