Anda di halaman 1dari 1

Bab 8

Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi
selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan.
Aqram terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl
untuk menyatakan bahawa sesi pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh
pegawai perubatan, mereka mengambil keputusan untuk menghantar Farisha ke
hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar supaya mereka
menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam
tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha
telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada
Shida tentang keadaan Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa Farisha
kelihatan kurang ceria sejak pulang dari rumah abangnya. Farisha menerima
pesanan ringkas daripada Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana
tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol di
belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah mengandung.
Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki teman lelaki.
Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang keadaan Farisha.

Anda mungkin juga menyukai