Anda di halaman 1dari 3

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (BAB 1 HINGGA 10)

SINOPSIS BAB1(SATU)

Lili yang 17 tahun harus melupakan keinginannya untuk mengisi cuti sekolahnya yang terakhir
bersama raka- rakan bagi menjaga hati ibunya ibunya yang mahu dia di ke rumah datuk dan nenek
di kampung. Ibunya seorang wanita berkerjaya, cantik dan pandai memujuk. Lili 'berbohong'
dengan menafikan cakap ibunya bahawa sebenarnya dia tidak gembira bercuti di kampung. Ibu
memimpin Lili ke bilik air, kemudian terus memberi nasihat dari luar. Usai mandi, ibu masih di situ
membantu mengelap tubuh Lili bagaikan melayan anak kecil. Lili melebarkan senyumannya bagi
menghilangkan kecurigaan ibunya. Masa berkualiti anak-beranak itu berakhir dengan pujian 'budak
baik'.

SINOPSIS BAB2(DUA)

Lili berusaha mengikhlaskan dirinya ketika mahu meninggalkan rumahnya di Kuala Lumpur bagi
menempuh perjalanan selama lapan jam dengan bas ekspres. Lili memilih tempat duduk paling
belakang sambil membaca buku tentang pemakanan sihat. tiba-tiba seorang gadis yang sedikit
kelam-kabut menjatuhkan beberapa barang kecil duduk di sebelahnya. Geetha, yang berumur 19
dan sedang belajar di mahasiswi kejuruteraan awam Universiti Malaya.Geetha memulakan
perbualan tentang cita-cita dan persaingan, tetapi Lili tidak menetapkan apa-apa, malah berasa dia
tidak pernah bersaing. Geetha menegaskan bahawa peredaran waktu mengubah banyak perkara,
lantas seseorang itu tidak boleh lambat kerana pilihan akan semakin sempit. Menyedari Lili tidak
berminat, Geetha menubah perbualan terhadap herba lumatan Brahmi di India. Lili berasa pelik
justeru Geetha seolah-olah sudah kenal dengannya begitu lama. Geetha menguap dan kemudian
berdengkur. Pandangan Lili beralih kepada seorang pemuda persis Cina tau kacukan yang sedang
tersenyum kepadanya.

SINOPSIS BAB3(TIGA)

Geetha turun di pekan Sejahtera, manakala Lili di pekan Sentosa. Pemuda Cina juga turun bersama,
tetapi sebuah kereta sudah menunggunya. Lili memasuki kedai untuk membeli oleh-oleh tetapi
akhirnya dia tidak membeli apa-apa kerana semuanya boleh diperoleh di kampung. Ketika Lili
meninjau kelibat Abang Rashid, pemuda tadi tiba-tiba menegurnya menyebabkan Lili curiga.
Namun, pemuda itu mahu memulangkan bukunya yang tercicir.Pemuda itu cuba memulakan
perbualan, tetapi Lili masih berhati-hati. Katanya dia juga hendak ke Kampung Sentosa
menemankan bapanya berubat. Sedang dia hendak bertanyakan nama, Abang Rashid pun tiba. Lili
seronok pemuda itu kelihatan bingung. Tidak banyak yang dibualkan dalam kereta kerana mereka
berdua pendiam dan hanya berkomunikasi dengan pertanyaan asas.

SINOPSIS BAB4(EMPAT)

Akhirnya, Lili tiba di kampung. Kelihatan di tengah petak sawah kelibat neneknya yang bertubuh
kerdil. Pak Sahak menuju ke surau, serta sempat mengankat tangan ke arah Lili. Sebaik nenek tiba
dekat bangsal Abang Rashid, Lili segera meraih tangan nenek lalu menciumnya. Kini, nenek harus
mendongak untuk mencari wajah Lili. Nenek separuh percaya cucunya di situ, tetapi gembira.
Baginya, kedatangan Lili ialah 'buah tangan' yang lebih tinggi nilainya daripada oleh-oleh yang tidak
sempat dibeli oleh Lili. Nenek menolak kiriman wang ibu Lili, sebaliknya mahu Lili sahaja yang
menyimpannya.Lili cuba memberi pendapat bahawa kubah lebih sesuai dipasang di masjid,
bukannya surau yang sudah usang seperti di kampung itu. Namun, nenek beranggapan hal itu
urusan kaum lelaki dewasa. Lili sengaja memimpin tangan nenek menuruni bangsal. Lili
menghilangkan kesangsian nenek bahawa dia bercuti dua minggu dan beg pakaiannya sudah
dihantar oleh Abang Rashid ke rumah nenek.
SINOPSIS BAB5(LIMA)

Datuk sejak dahulu menganggap Lili tidak tahu tentang kesan corak jendela, pintu dan susunan
rumah kampung menghadap jalan. Harapan Lili untuk merungkai hal itu tidak kesampaian kerana
sepanjang malam datuk bercerita tentang perubatan herba tradisional.Banyak ubi kayu, obak dan
mangga di sekitar rumah datuk. Dauk begitu yakin akan keberkesanan penyembhan penyakit dan
kos rawatan yanglebih rendah. Datuk menceritakan pengalamannya mengurangkan penderitaan
seorang pesakit kencing manis yang sebelumnya menjalani rawatan bertahun-tahun lamanya di
hospital. Nenek mencelah dengan mengatakan bahawa cerita datuk seperti mahu mengheret Lili ke
zaman kgelapan, tetapi datuk bertegas bahawa Lili seorang yang bijak. Datuk mahu Lili
menyaksikan proses rawatan penghidap strokmm darah tinggi dan kencing manis kesekannnya.

SINOPSIS BAB6(ENAM)

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi
rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk.
Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung
lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.

SINOPSIS BAB7(TUJUH)

‘Aku' (Lili) dan nenek masuk ke kedai runcit Letchumi yang sedang mengunyah sirih. Mereka
kemudian ke ruang dapur sambil dihidangkan minuman kotak. Tiba-tiba muncul Geetha, mahasiswi
kejuruteraan awam Universiti Malaya yang dikenali 'aku' semasa dalam bas ekspres. Letchumi ibu
Geetha, pelanggan setia minuman herba datuk 'aku'. 'Aku' menolak minuman kotak dan roti
buatan kilang yang dihidangkan dengan baik atas alasan kesihatan. Sambil jari-jemarinya lincah
menyulam kain perca, Geetha memberitahu betapa ibunya yang memilih kawan boleh rapat
dengan nenek 'aku'. Geetha menebak bahawa 'aku' mewarisi sifat nenek yang pendiam. Namun,
'aku' menyatakan ibunya pula banyak cakap. "Aku' pula berasa hairan dengan tubuh Geetha yang
kecil berbanding dengan ibunya. Namun, Geetha percaya bahawa keturunan baharu yang bersaiz
sederhana boleh diperoleh menerusi amalan pemakanan seimbang sebagaimanan yang dibuktikan
oleh abang sepupu sebelah ibunya. Setelah hampir satu jam, nenek mengajak 'aku' pulang sambil
renungan matanya mengisyaratkan tidak baik mengganggu urusan keluarga peniaga itu. 'Aku'
gembira untuk bertemu Geetha lagi, lalu melangkah pantas meninggalkan nenek yang tertinggal di
belakang kerana asyik bertegur sapa dengan orang kampung.

SINOPSIS BAB8(LAPAN)

'Aku' selesai solat Zuhur berjemaah bersama nenek dan datuk. Namun, datuk terus khusuk dengan
tasbihnya. Kelibat Abang Rashid juga muncul sejenak menghantar bakul buah-buahan. Abang
Rashid umpama anai-anai yang bekerja dalam diam. Di meja makan, nenek menegur 'aku' yang
dianggap berkasar dengan dua ekor anak kucing yang menggesel kakinya, lalu diusir dengan
perlahan. 'Aku' akur dengan nasihat nenek supaya memberi kucing itu makan. Sebenarnya 'aku'
fobia dengan kucing kerana pengalaman zaman kanak-kanak dicakar oleh kucing. Tiba-tiba muncul
pula Pak Sahak dan dua orang lagi rakannya memberi salam. Dia mahu memaklumkan kepada
datuk kekecohan di surau. Datuk seperti tidak puas hati dengan 'Sugi' yang bukan sahaja
menghasut ayahnya William berhenti menerima rawatan tradisional, bahkan menghantar kawan
satu syarikatnya memujuk orang kampung menjual tanah. 'Aku' segera ke bilik kerana bimbang
diperhatikan, terutama oleh pemuda yang bersama Pak Sahak.
SINOPSIS BAB9(SEMBILAN)

Beberapa minit sesudah sarapan, rumah datuk 'aku' dikunjungi tetamu bernama William Ng,
pesakit datuk. Namun, aku tertumpu kepada anak bongsunya, Danel yang pernah ditemuinya
dalam bas ekspres. Ketika muncul di dapur, Danel membangkitkan isu kubah surau dan pewaris
tapak surau yang mahu menuntut semula tanah tersebut. Pembinaan dewan masyarakat juga
terbantut kerana penduduk kampung enggan menjual tanah kepada pemaju. Tiada rawatan
diberikan oleh datuk kerana dia hanya berbual santai dengan William Ng. Danel pula bercakap
tentang kesukaran melaksanakan pantang larang perubatan tradisional dan proses ramuan
ubatnya. Danel mahu ayahnya beralih kepada penggunaan makanan tambahan yang dijual
menerusi sistem jualan langsung. Adik-beradiknya bukan tidak menghargai usaha datuk sehingga
kaki ayahnya sudah tidak bengkak lagi, tetapi sepakat untuk beralih kepada rawatan moden. Datuk
tidak mahu mendengar penjelasan panjang lebar Danel tentang sistem usus dan tubuh badan,
tetapi Danel tetap meneruskannya. Adik-beradiknya telah mendaftarkan William Ng dalam
program pemakanan tambahan dan senaman yang memerlukan rawatan tradisional datuk
dihentikan. Datuk hanya menjawab 'hmmm' kerana Danel tidak berbahasa orang tua.

SINOPSIS BAB10(SEPULUH)

Datuk menghiburkan rasa kecewa dengan merunung ke luar jendela. Datuk sayang akan amalan
perubatan tradisionalnya yang menyembuhkan sekian banyak pesakit. Namun, kemajuan rawatan
moden menyebabkan pelanggan datuk semakin berkurangan. Kemudian datuk bercerita tentang
sejarah ayahnya yang meneroka kampung itu dengan menewaskan gajah dan haiwan liar lain. Ayah
datuk orang pertama membina jendela menghadap jalan. 'Aku' (Lili) berasa saat itu peluang terbaik
untuk memperoleh jawapan tentang jendela menghadap jalan, tetapi seperti biasa hampa kerana
datuk mengelak, lalu berubah kepada tajuk lain. Datuk cuba mengajak 'aku' berfalsafah tentang
kehidupan, tetapi akhirnya menyuarakan rasa kesal atas sikap Danel yang didakwanya tidak pandai
menjaga hati orang tua. Pada datuk, Danel tidak patut masuk campur terhadap pilihan rawatan
ayahnya. Kata-kata nenek tentang petunjuk kebenaran Tuhan menyebabkan datuk terpukul, lalu
mengubah perbualan terhadap hubungannya dengan keluarga William Ng, saudara baharu
(memeluk Islam). Abang sulung Danel bernama Sugi pula menyebabkan kampung terdedah kepada
kedatangan pelbagai pihak kontraktor. Datuk terus bercakap tentang perihal menjaga hati orang
tua dan keadilan hidup. 'Aku' berdiam sahaja, tetapi di dalam hati bercampur baur antara setuju
dengan datuk dengan menyokong pendirian Danel. 'Aku' juga membantah tanggapan datuk
terhadap ibu.

Anda mungkin juga menyukai