Anda di halaman 1dari 3

75, Lorong Kampung Pandan,

Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.

24 July 2011.

Menemui Yang Berhormat , Dato Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia
di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dengan sanjungan tinggi dan kasih sayang
yang berpanjangan.

Yang Berhormat,

Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, saya amat berbangga
dengan kepimpinan Dato Seri menerajui negara. Kerajaan yang mendahulukan rakyat
dan konsep 1 Malaysia yang diutarakan oleh Dato Seri sememangnya menjadi
tonggak kemajuan negara pada masa ini.

Saya menulis warkah ini untuk menyampaikan luahan hati saya tentang
pengalaman saya melancong di Malaysia sambil berkongsi pandangan dan cadangan
saya untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. Beberapa bulan yang lalu
saya berkesempatan untuk melancong ke negeri Sabah , Negeri di Bawah Bayu dan
Sarawak, Bumi Kenyalang bersama keluarga saya.

Yang berhormat,

Lawatan saya ke Sabah dan Sarawak telah membuka mata saya akan kecantikan
dan keindahan alam sekitar anugerah Tuhan kepada kita. Walaupun kita
digemparkan dengan masalah pencerobohan puak militan Sulu di Lahad Datu , Sabah,
namun saya berasa bangga dengan usaha kerajaan untuk mempopularkan lokasi-
lokasi pelancongan di sini. Perlu saya tegaskan Pulau Sipadan adalah antara lokasi
pelancongan akua yang menarik disebabkan keindahan semula jadi pulaunya serta
tumbu karang yang unik. Setahu saya . Pulau Sipadan pernah dicalonkan dalam '7
Wonders of the World'. Disebabkan ini, pulau ini kini menjadi tumpuan hangat
pelancong asing dan juga pelancong tempatan. Seharusnya media nasional mengambil
insiatif yang lebih serius untuk menyebarkan berita tentang keunikan Pulau Sipadan
ini. Hal ini mampu untuk mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa.


Selain itu, saya dan keluarga juga amat amat teruja mendaki Gunung Kinabalu,
gunung tertinggi di Asia Tenggara. Suasana persekitaran yang bersih dan udara
yang nyaman telah memberi inspirasi kepada kami betapa pentingnya alam
semulajadi dalam hidup kita. Kemegahan puncak Gunung Kinabalu telah memberi
motivasi kepada kami untuk menghadapi cabaran yang dihadapi dalam ekspedisi
pendakian. Pengalaman yang penuh cabaran dan rintangan ini harus dijadikan oleh
rakyat Malaysia dalam melalui liku-liku kehidupan. Namun begitu, saya ingin
membawa kepada perhatian Dato Seri bahawa pakej ekspedisi Gunung Kinabalu agak
mahal dan saya pasti golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk
menikmatinya. Sepatutnya perlu ada pakej-pakej pelancongan yang boleh menarik
golongan rakyat yang berpendapatan rendah agar semua rakyat Malaysia diberi
peluang untuk melancong.

Yang Berhormat,

Kemesraan penduduk di Sabah dan Sarawak telah meninggalkan memori yang
sangat indah dalam hidup kami. Walaupun berasal dari etnik kaum yang berbeza
namun konsep 1 Malaysia telah membawa satu era baru dalam perpaduan rakyat di
negara kita. Sikap toleransi dan sopan santun rakyat negara telah menjadi
perbualan bukan sahaja pelancong domestik malah juga pelancong asing. Pekerja
pekerja hotel yang memakai pakaian tradisional kita memberi keinsafan kepada kami
tentang kepentingan budaya dan trasidi tempatan. Budi bahasa dan kata tutur yang
baik telah meningkatkan imej industri perkhidmatan di kaca mata dunia. Sungguhpun
begitu, saya rasa terkilan dengan sikap segelintir pengusaha yang menggaji warga
asing sebagai pekerja. Saya tidak menolak pekerja asing tetapi penguasa
pelancongan yang terlibat harus memberi latihan yang secukupnya tentang budaya
rakyat kita. Hal ini akan mengelakkan salah sangka dalam kalangan pelancong asing
tentang rakyat kita.


Seterusnya,kami juga dapat bersama-sama merayakan Pesta Hari Gawai dengan
sebuah komuniti orang Iban di kawasan rumah panjang. Kami telah dijemput oleh
Tuai Rumah untuk menghadiri upacara perayaan Hari Gawai. Walaupun ini kali
pertama kami melihat perayaan ini , namun kami berasa sangat gembira seolah-olah
perayaan kami sendiri. Keunikan perayaan ini dengan Tarian Ngajat dan
pertandingan ratu cantik amat mempersonakan kami. Beberapa pelancong asing yang
turut serta dalam perayaan tersebut mengaku perayaan tersebut unik dan harus
mendapat promosi antarabangsa. Kemesraan rakyata tempatan dan layanan istimewa
seluruh warga rumah panjang telah meninggalkkaan kesan yang mendalam dalam
sanubari kami. Pasti kami akan kembali beraya bersama mereka jauh dari proses
urbanisasi.

Semoga perkongsian pengalaman saya dengan Dato Seri dapat member gambaran
perasaan seorang warganegara biasa seperti saya tentang sektor pelancongan di
negara tercinta kita ini. Melalui warkah ini, saya berharap, pihak Yang Berhormat
akan meneruskan usaha baik agar sektor pelancongan terus menjadi penjana utama
pendapatan negara.

Anda mungkin juga menyukai