Anda di halaman 1dari 1

q Plt$r{ft$ 4 Rinskasan

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarknn petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang langkah.langkah penjimatan pada musim perayaan. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah ontara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. ffil

Apabila tiba musim perayaan, pata pengguna akan sibuk membeli-belah barangan
keperluan. Kebiasaannya mereka akan membeli-belah pada saat-saat akhir apabila aura dan
kemeriahan suasana perayaan itu telah mula dirasai. Tambahan pula, peniaga sering
menggunakan gimik jualan murah pada musim perayaan untuk memancing minat pembeli.
Pembelian yang hendak dibuat haruslah mengikut bajet ekonomi keluarga.
Keghairahan membuat persediaan dan menyambut hari perayaan memang tidak dapat
disangkal lagi. Pengguna diingatkan supaya tidak membeli barangan keperluan pada saat-
saat akhir sebelum menjelangnya peruyaan Pada waktu itu, semua peniaga tidak berminat
untuk melayan proses tawar-menawar harga. Orang ramai disarankan supaya membeli
barangan keperluan semasa jualan murah pada luir musim perayaan keiana harganya
ternyata berbeza berbanding semas a musim perayaan.
Sebahagian besar daripada pembelian juga didorong oleh naluri. Pengguna dinasihatkan
supaya tidak membuat pembelian secara spontan walaupun terdapat barangan yang kelihatan
menarik. Pengguna yang bijak akan merancang keperluan dengan membuat senarai
barangan yang diperlukan. Hal ini akan memudahkan dan menjimatkan masa para
pengguna. Kita sepatutnya tidak terpengaruh oleh corak perbelanjaan orang lain. Kita
seharusnya memahami tahap kewangan serta implikasi daripada tabiat berbelanja yang
melebihi kemampuan.
Perabot, langsir, dan cat rumah tidak semestinya perlu ditukar setiap tahun. Gunakan
kreativiti untuk mentransformasikan barangan lama yang masih elok dan boleh digunakan
agar kelihatan baru. Begitu juga dengan juadah hari perayaan yang dihidangkan. Pengguna
perlulah mengetahui anggaran tetamu yang akan berkunjung ke rumah pada hari perayaan
untuk memudahkan anggaran perbelanjaan. Janganlah nanti kuih-muih akhirnya dimuatkan
ke dalam tong sampah. Kepuasan berbelanja hanyalah nafsu yang tidak boleh diikutkan.

42

Anda mungkin juga menyukai