Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Berbelanja Dengan Berhemah

Apabila kita berbelanja secara berhemah, kita akan dapat


menjimatkan wang kita. Sewajarnya kita membuat perancangan terlebih
dahulu sebelum berbelanja pada musim perayaan. Selain itu, kita
hendaklah berjimat cermat dengan berbelanja mengikut kemampuan dan
hanya membeli barangan yang perlu sahaja. Wang yang dapat kita
jimatkan ketika berbelanja itu boleh digunakan untuk perbelanjaan yang
lain.
Selain itu, jika kita berbelanja secara berhemah, kita akan dapat
mengelakkan daripada perbuatan membazir. Perbuatan membazir
merupakan perbuatan yang merugikan diri kita sendiri. Jika kita memasak
makanan, pastikan mekanan yang dimasak itu tidak berlebihan. Kita juga
tidak perlu membeli perabot rumah yang banyak, belilah perabot rumah
yang benar-benar perlu sahaja seperti meja makan, sofa, almari dan katil
sahaja.
Berbelanja secara berhemah juga akan membolehkan kita
menyimpan wang lebihan pendapatan untuk kebaikan keluarga. Ibu bapa
boleh menyimpan wang tersebut ke dalam tabung kecemasan untuk
digunakan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Mereka juga
boleh menyimpan wang tersebut ke dalam tabung pendidikan anak-anak.
Pada masa yang sama, ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya
mengamalkan sikap menabung sejak kecil lagi.

Di samping itu, sikap berbelanja secara berhemah juga membolehkan


kita terhindar daripada bebanan hutang yang banyak. Hidup kita pasti tidak
tenteram apabila mempunyai hutang yang banyak. Setiap awal bulan
pastinya pihak bank akan menelefon kita untuk meminta hutang jika kita
gagal membayar hutang kita. Seterusnya, kehidupan dalam keluarga juga
pastinya tidak harmoni kerana sering berlaku pergaduhan kerana masalah
bebanan hutang dan kewangan.

Amalan berbelanja secara berhemah juga dapat memupuk nilai-nilai


murni dalam kehidupan seharian. Amalan nilai-nilai murni ini boleh
dipupuk secara langsung dan secara tidak langsung. Contohnya, amalan
nilai murni secara langsung ialah amalan berjimat cermat dan rasional
dalam berbelanja. Manakala amalan nilai murni yang dapat dipupuk secara
tidak langsung ialah amalan bertanggungjawab dan berfikiran positif.

Anda mungkin juga menyukai