Anda di halaman 1dari 9

Karangan sikap Berjimat cermat on: August 20, 2008, 10:56:00 PM Soalan : Sikap berjimat cermat merupakan nilai

ai murni yang harus disemai dalam jiwa setiap orang dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ulaskan pendapat ini dengan selengkapnya. Pendahuluan Jenis 1 - Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. - Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang. - Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari. - Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. - Sikap boros dilarang oleh Allah. - Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. - Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali. - Menurut Frank Tibolt, seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan.

Jenis 2 - Setiap kali pulang dari sekolah Eng Tong akan berlari masuk ke rumah. - Kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun itu terus memanjat kerusi dan mengambil tabung kancil yang terletak di atas peti sejuk. - Berdering bunyi wang syiling yang kadang-kadang berjumlah hingga seringgit. - Eng Tong membawa bekalan makanan dan minuman ke sekolah walaupun ibunya memberikan seringgit untuk belanja hariannya. - Setiap tiga bulan bapanya akan membawa wang tabung itu ke bank untuk disimpan di dalam buku simpanannva. - Setiap wang pemberian ayah dan ibu, sanak saudara, dan wang angpau dikumpulkan dalam tabung kancilnva. - Eng Tong menerima sebatang kalam cantik setiap kali dia menabung di bank jika wangnya melebihi dua puluh ringgit. - Amalan berjimat sudah sebati dengan budak setahun jagung ini, manakala tabiat boros dianggap amalan buruk yang patut dikikis dalam hidupnya. - Sifat yang mulia merupakan tuntutan agama dan sewajarnya kita fahami dan amalkan dalam kehidupan sehari-hari agar masyarakat dijulang sehingga puncak jagat tanpa melupakan akar bangsa.

Isi 1. Ibu bapa memainkan peranan yang penting - "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". - Begitulah kata-kata pujangga nenek moyang yang mengajar kita betapa signifikannya sifat berjimat cermat dalam kamus kehidupan seseorang. - Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat afdal dalam memupuk sifat berjimat cermat dalam jiwa anak-anak. - Wang tabungan kanak-kanak itu mesti disimpan di bank untuk membiayai keperluan persekolahan, bukannya untuk membeli set permainan yang tidak berfaedah. - Amalan membawa makanan dan minuman ke alma mater lebih jimat dan selamat dari segi kesihatan. - Wang belanja harian boleh ditabung. - Ibu bapa perlulah menanam sikap berjimat cermat baik dari segi kewangan, mahupun peralatan sekolah dan kendiri. - Menjaga buku, pensel, pewarna, dan barang-barang yang digunakan adalah sebahagian daripada contoh sikap berjimat cermat yang boleh ditanamkan dalam sanubari kanak-kanak kerana kanak-kanak umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya 2. Peranan Kerajaan - Pada lumrahnya, sifat berjimat cermat masih cetek dalam kamus kehidupan remaja. - Sebaliknya imej amalan hidup remaja banyak terpengaruh oleh budaya negatif. - Mereka menggemari barangan berjenama walaupun banyak yang tidak mampu berbuat demikian. - Mereka suka berpeleseran dan berlagak, mudah terikut-ikut pengaruh luar terutamanya gaya berfesyen yang jauh daripada amalan berjimat cermat. - Ada remaja yang berpegang kepada konsep "biar papa asalkan bergaya. - Sikap hidup seperti ini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah mencanaikan masyarakat yang suka berbelanja boros, membazir, kurang menyimpan, atau melabur. - Sebagai langkah untuk mendidik golongan muda berjimat cermat, kerajaan telah melancarkan skim menabung melalui Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dengan kadar minimum RM100. - Skim amanah saham ini adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum yang berusia antara 12 hingga 30 tahun. - Banyak antara golongan remaja menyambut baik skim tersebut. - Rata-rata berpendapat tabiat menabung pada usia muda akan menyenangkan kehidupan pada hari tua atau kecemasan. - Mengikut kata-kata pujangga, sediakan payung sebelum hujan. 3. kaum wanita mempunyai peranan merancang perbelanjaan - Sesungguhnya amalan berjimat cermat adalah amalan yang mulia berbanding dengan sikap suka berhutang dan boros ketika berbelanja. - Setiap kali perayaan menjelang, sudah menjadi satu lumrah bagi rakyat negara ini berbelanja besar untuk membuat persiapan seperti membeli perabot baru, langsir atau mengecat rumah di samping menyediakan kuih-muih dan makanan.

- Jumlah perbelanjaan akan menjadi berganda. - Pendapatan bulanan untuk menampung perbelanjaan tidak mencukupi. - Ada pula keluarga yang terpaksa berhutang atau menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan musim perayaan. - Dalam menghadapi musim perayaan kaum wanita mempunvai peranan yang penting dalam merancang perbelanjaan yang sederhana untuk mengelakkan pembaziran atau kos yang tinggi. - Belilah pakaian atau keperluan yang sederhana semasa musim tawaran murah sebelum hari raya. - Berpada-padalah dalam berbelanja dan yang paling mustahak ialah ukur baju di badan sendiri, jangan kerana kita hendak berlagak pada musim perayaan maka kita terpaksa berhutang piutang. - Amalan memberi Wang angpau pada musim perayaan boleh diteruskan dalam bentuk baucer tabungan bank-bank yang mengeluarkannya untuk mengelakkan kanak-kanak bersikap boros dan mata duitan menjelang hari perayaan. 4. Orang ramai membeli barangan buatan tempatan - Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier), Dr. Mohammad Ariff menyeru orang ramai agar membeli barangan keluaran tempatan di samping mengurangkan belanja serta melancong ke luar negara ketika ringgit mengalami kejatuhan. - Apabila ditelusuri dari akal umbirnya pemangkin yang ketara perihal kejatuhan nilai ringgit Malaysia ialah imbangan pembayaran mengalami defisit, iaitu nilai import kita terlalu tinggi. - Ironinya, sebagai sebuah negara yang tanah-tanihnya begitu subur, kita terpaksa mengimport barang-barang makanan melebihi RM13 bilion setahun. - Sebagai pengguna dan rakyat yang mencintai negara, eloklah kita membeli barangan tempatan dan berjimatlah dalam perbelanjaan sebagai usaha mengurangkan pengaliran keluar mata wang ringgit. - Justeru, kita mestilah bertindak mengais hendaklah berkuku. - Ini adalah sebab, jika kita tidak bersedia, kita pasti akan terkial-kial dan terkapai-kapai untuk mencari jalan memulihkan semula kegawatan tersebut. - Biarlah kita buktikan bahawa kita tidak akur dengan arus yang sonsang ini iaitu ketika membeli barangan dengan mengambil sikap sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan untuk mengatasi kemelut yang melanda negara kita. 5. Sekolah penyemai yang penting - Menyentuh sifat berjimat cermat dalam sanubari kanak-kanak, sekolah tempat penyemai yang penting selain keluarga. - Sekolah bukan sahaja menjadi tapak menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan sebagai satu institusi yang membina akhlak mulia yang antaranya memupuk sifat berjimat cermat dan menabung dalam kalangan pelajar. - Mantan Menteri Pendidikan, Dato' Seri Najib Tun Razak mahu institusi-institusi kewangan lebih agresif dalam menarik para pelabur yang berjumlah 4.5 juta orang daripada kalangan pelajar untuk menyimpan dalam skim tabungan masing-masing. - Jika seseorang pelajar itu hanya menabung RM1 seminggu sudah pasti dana yang dikumpul amat besar dan ini bukan sahaja dapat menjamin kesejahteraan negara bahkan dapat membiayai kos pelajaran tinggi para pelajar tersebut. - Guru mempunyai peranan yang besar dalam menyemai sikap suka menabung dalam

kalangan pelajar terutamanya sewaktu mereka dalarn usia yang muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya 6. Pihak bank - beberapa buah bank turut menggalakkan skim simpanan dalam kalangan pelajar khususnya. - Misalnya, Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional yang menawarkan pelbagai cenderamata dan jaminan yang menarik. - RHB Bank pula melalui program "Young Savers- menganjurkan pelbagai aktiviti luar ketika cuti sekolah selain pelbagai cenderamata yang memikat hati kanak-kanak. - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara dan institusi-institusi kewangan memastikan skim tabungan pelajar yang diperkenalkan mempunyai perlindungan insurans dan kadar faedah yang tinggi. - Dengan cara ini diharapkan dapat menarik banyak pelajar menyertai skim berkenaan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). - Justeru, individu tersebut tidak akan mengambil sikap membujur lalu melintang patah iaitu tidak pernah berfikir panjang dalam sesuatu tindakan. - Dengan adanva skim seperti ini juga dapat mengurangkan sikap terlalu bergantung kepada Dana Pendidikan Nasional IPT. - Baru-baru ini dana tersebut mendapat peruntukan RM100 juta bertujuan untuk membantu pelajar kurang mampu melanjutkan pelajaran. 7. Kesedaran perlu wujud dalam kalangan masyarakat - Sesungguhnya dalam hal berjimat cermat, amat sedikit rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tersebut. - Hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengamalkan sikap suka menabung untuk masa depan, - Sebaliknya, ketika ekonomi melonjak, orang ramai lebih berminat mengatur agenda perbelanjaan dari satu pasar raya ke pasar raya yang lain. - Membeli belah dan berjoli menjadi lambang kemewahan hidup. - Sebenarnya, kelaziman seperti ini menjadikan kita mudah lupa daratan. - Malangnya, apabila ekonomi beralih angin, menjadi malap dan kurang berdaya saing, maka banyak orang yang hilang punca dan arah, - Ada firma yang terpaksa mengurangkan pekerjanya, malah ada pusat-pusat perniagaan yang terpaksa menutup operasinya. - Dalam situasi seperti itu, barulah ada yang sedar untuk berjimat iaitu sudah terhantuk baru terngadah. Kesimpulan - Kesimpulannya, kita hendaklah berjimat cermat dan janganlah boros iaitu mengamalkan sikap cicir dipungut, hilang dicari. - Sikap boros akan menyebabkan wujudnya jelaan sifat buruk yang merugikan bukan sahaja diri sendiri dan keluarga, bahkan negara. - Kita hendaklah membuang sikap gali lubang, tutup lubang dan sikap besar periuk, besarlah keraknya kerana kedua-dua sikap ini hanya merugikan diri sendiri. - Hidup ini bagai putaran roda, adakalanya kita di atas. adakalanya kita di bawah, adakalanya pasang dan adakalanya surut.

- Sesungguhnya, peribahasa "cermat masa banyak. jimat masa sedikit" dapat dijadikan penawar yang paling mujarab untuk melegakan segala konflik yang dihadapi.

Tajuk : Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat Kepada Sesebuah Negara. Huraikan Kepentingan-Kepentingan Langkah Amalan Berjimat-cermat.

dan

Langkah-

Pendahuluan : Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat-cermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada amalan itu. Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan. Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat? Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka. Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan? Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habiskerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan berlakupada masa hadapan. Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan? Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat terutamanya dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukitdan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Hal ini akan dapat membantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia emas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti pepatah sudah terhantuk baru tengadah. Contoh Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan memerlukan kos yang banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akan mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

Rumusan isi Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat-cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri. Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan. Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?. Malang tidak berbau. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga. Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan? Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu mengemis di merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang? Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit tersebut. Contoh. Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser, rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian. Rumusan isi. Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa pesakit. Isi 3 : Kestabilan Ekonomi Negara. Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat? Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan. Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?

Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Komitmen seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi Negara. Bagaimanakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan? Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan atau melancong dalam negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli barangan buatan tempatan, hal ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar wang dan menggalakkan wang beredar dalam negara. Jika kita membeli barangan buatan tempatan dan bukannya barangan import, wang yang kita bayar atau belanjakan itu akan diterima oleh pengeluar tempatan dan wang tersebut boleh mengalirdalam negara. Contoh Maka pendapatan yang ada, negara akan dapat membiayai pelbagai projek yang mendatangkan keuntungan, lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga tidaklah perlu memuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia justeru, maruah negara dapat diselamatkan. Oleh yang demikian itu, kegiatan ekonomi tempatan dapat dihidupkan secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mampan.Seseorang individu atau masyarakat turut dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestik. Mereka digalakkan melancong dalam negara mereka sendiri seperti peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri Apabila hal ini berlaku, maka secara tidak langsung mereka telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Ekonomi negara akan menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang dibelanjakan akan diterima oleh pengusaha tempatan dan hal ini bermakna wang itu seterusnya akan beredar dalam kalangan rakyat tempatan. Rumusan isi Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang menyumbang ke arah kekukuhan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita bersamasama mengamalkan amalan yang terpuji itu. Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat Isi 4: Peranan ibu bapa Apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berjimat -cermat. Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimat-cermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan sikap berhemah ketika berbelanja? Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sama juga seperti peribahasa bapa borek anak rintik. Bagaimanakah ibu bapa boleh memupuk amalan berjimat-cermat? Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak membawa bekal makanan ke sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja ditanam minat suka

menabung dan berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan yang sering dihadapi oleh pelajar seandainya mereka makan makanan di kantin sekolah atau yang dibeli di luar. Contoh Sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan untuk membeli barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan.Hal ini, sebagai serampang dua mata, selain berjimat-cermat, pada masa yang sama dapat merasai air tangan ibu dan boleh mengeratkan kasih sayang ibu dan anak. Rumusan isi. Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya yang patut diamalkan oleh setiap pelajar. Isi 5: Peranan kerajaan dan rakyat Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha menggalakkan sikap berjimatcermat? Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru rakyat agar membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak. Mengapakah pelaburan pendidikan ini amat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak? Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri awalawal lagi untuk membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan ketika sampai masanya anak-anak memasuki institusi pendidikan. Janganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan. Bagaimanakah caranya ibu bapa boleh melabur dalam skim pelaburan pendidikan? Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat simpanan dalam skim pelaburan pendidikan. Contoh Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI), Malayan Alliance Assurance (MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Amalan ini sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan. Rumusan isi. Sesungguhnya, kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita perlu berusaha sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Pelaburan awal ini dapat menjamin penerusan kegemilangan generasi cemerlang. Isi 6: Peranan golongan wanita

Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimat-cermat? Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam mencorak perbelanjaan keluarga. Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi? Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil berat tentang wang yang dibelanjakan. Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan ekonomi rumahtangga? Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil, wanita yang bergelar suri rumah harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika berbelanja. Suri rumah perlu mengikis sikap terburu-buru semasa membuat pilihan kerana hal ini akan merugikan diri. Contoh Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli barangan yang tidak perlu atau tidak berkualiti hanya kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah khabar daripada rupa. Selain itu, sekiranya mereka ada masa terluang, suri rumah ini juga boleh menyahut seruan kerajaan agar berjimat-cermat melalui penanaman sayur-sayuran atau memelihara ayam itik di belakang rumah. Kebaikannya memang ketara iaitu di samping dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga dapat membantu suami mengurangkan perbelanjaan rumahtangga. Pada masa yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan buatan tempatan perlu dimanfaatkan oleh golongan wanita. Jika selama ini mereka terlalu taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang kononnya berkualiti tinggi,kini mereka boleh beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Selain murah, barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih baik. Rumusan isi Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi negara. Penutup Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian.

Anda mungkin juga menyukai