Anda di halaman 1dari 45

Karangan 1. Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden.

Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.

Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk

membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.

Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.

Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini mampu menarik minat masyarakat terutama

golongan muda untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan yang mampu menarik minat masyarakat.

Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman kepada

pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.

Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.

]Karangan 2 LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara

ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat

melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip genggam bara api biar jadi abu.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk

berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh,

29 JUN 2008.

Amalina (SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS) Setiausaha Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Karangan 3 Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.

Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk

membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.

Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.

Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini mampu menarik minat masyarakat terutama

golongan muda untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan yang mampu menarik minat masyarakat.

Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman kepada

pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.

Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.

Karangan 4

Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini.

Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu.

Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.

Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekaddekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.

Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah

angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.

Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global.

Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.

Kaarangan 5 Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum semestinya ternanti-nanti tarikh Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah diumumkan sejak awal tahun lagi. Hal ini berlaku demikian kerana acara tersebut merupakan medan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam acara larian.Tambahan pula, sekolah aku merupakan sebuah sekolah sukan yang telah melahirkan ramai jagoan dalam acara ini. Malangnya pada tahun ini kejohanan ini diadakan agak lewat.

Dua hari yang lepas merupakan hari terakhir aku dan rakan-rakanku menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pengetua sekolah kami kemudiannya telah mengumumkan tarikh acara yang kami tunggu-tunggu itu. Sebaik sahaja perkara itu diumumkan, semua pelajar melonjak kegirangan. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah teman-temanku. Semangat aku semakin membara untuk menjawab kertas terakhir pada hari itu.

Kini, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sesi latihan yang diadakan oleh guru rumah sukan sebelum hari pertandingan telah memberikan aku keyakinan untuk memenangi pertandingan pada kali ini. Terdapat beberapa kategori mengikut umur yang dipertandingkan dalam kejohanan ini.Aku menyertai pertandingan ini dalam kategori lelaki bawah 15 tahun.

Kami semuanya kemudian telah diarahkan berkumpul di padang sekolah. Kemudiannya kami telah diberikan sedikit taklimat tentang syaratsyarat pertandingan dan jalan-jalan yang terpaksa kami lalui. Taklimat ini sangat penting supaya tiada berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Pihak sekolah juga telah meminta bantuan pihak polis dan juga RELA bagi mengawal lalu lintas semasa acara larian berlangsung. Seterusnya, kami telah diminta untuk memanaskan badan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot semasa berlari nanti.

Perasaan aku makin berdebar ketika melihat peserta lelaki bawah 18 tahun dilepaskan oleh Pengetua kami. Kemudiannya, bunyi tembakan kedengaran di udara menandakan kami telah

dilepaskan untuk memulakan larian. Aku yang berada di barisan hadapan terus meluru laju ke hadapan. Langkah demi langkah kuatur dengan yakin supaya dapat bersaing dengan kelompok yang berada di hadapan.Sepanjang laluan yang kami lalui, kami telah diberi sorakan semangat oleh orang ramai yang berkumpul di tepi jalan untuk menyaksikan kami berlari.

Setelah jalan bandar kami susuri, kami terpaksa pula melalui kawasan ladang sawit. Jalannya agak curam dan berbukit-bukit. Beberapa orang pelajar terjatuh kerana tergelincir. Nasib mereka baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Aku pun beberapa kali nyaris hendak terjatuh kerana tersepak batu-batu yang bertaburan di atas jalan. Sepanjang jalan yang kami lalui, terdapat guru-guru yang mengedarkan getah untuk kami pakai menandakan kami sudah melalui jalan tersebut dan mengelakkan berlakunya penipuan.

Sejam kemudian, aku dan beberapa orang rakanku telah sampai ke pintu pagar sekolah. Kami dikehendaki menghabiskan larian sejauh 10 km itu di padang sekolah tempat kami memulakan larian

tadi. Aku makin bersemangat apabila melihat reben direntang di lorong penamat larian itu. Aku memecut habis-habisan untuk sampai ke garisan penamat. Malangnya keghairahan aku itu menyebabkan aku telah tersepak kaki aku sendiri dan mengakibatkan aku jatuh tertiarap di atas padang. Hasrat aku untuk mendapat tempat pertama berkecai. Tetapi aku melihat guru-guruku bertepuk tangan untuk memberikan aku semangat bagi meneruskan larian.

Dengan kaki yang terhencot-hencot aku sampai ke garisan penamat. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, aku tetap berbangga kerana berjaya menghabiskan larian dan mendapat tempat ketiga. Hadiah kemudiannya telah disampaikan oleh Tuan Pengetua selepas semua pelajar sampai ke garisan penamat. Aku berazam untuk mendapat tempat pertama pada tahun hadapan. Aku percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Karangan 6 Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam sesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang tidak bersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan politik dunia yang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak kepentingan untuk dihayati oleh masyarakat kita.

Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Mereka perlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita semula. Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan itu begitu mudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang mungkin boleh menjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka,

peribahasa ini mengingatkan kita betapa pentingnya perpaduan itu.

Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam suasana politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat negara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugat keamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem politik yang kukuh untuk memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela.

Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat boleh menjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun secara mendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam suatu suasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan

negara asing yang kita sering tontoni di televisyen pula.

Di samping itu, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk penyatuan kebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan suatu integrasi untuk menjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang sebenarnya. Amalan bekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini membolehkan semua kebudayaan yang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadi kebanggaan semua rakyat negara ini.

Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan betapa pentingnya perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-mana pihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah suatu tindakan yang sesuai di negara ini. Kita harus sedar bahawa amalan bagai aur dengan tebing amat penting dipraktikkan di negara ini.

Karangan 7 MERLIMAU, Khamis Sebuah rumah hampir ranap ditimbus tanah runtuh di Bukit Serkam pagi tadi. Walau bagaimanapun tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 6.00 pagi itu.

Ali bin Hassan memberitahu bahawa ketika baru bangun untuk solat Subuh, beliau terasa seolaholah rumahnya bergegar.Dengan pantas beliau mengejutkan isteri dan membawa anak-anaknya keluar dari rumah. Beberapa saat selepas itu, beliau melihat batu-batu besar dan tanah menggelonsor dari lereng bukit. Batu-batu dan tanah itu telah menimbus dan meranapkan bahagian dapur rumahnya.

Pada masa yang sama juga, tanah di lereng sebelah kanan jalan ke kawasan perumahan itu pula menggelonsor dan menimbun di atas jalan ke Bemban. Tanah dan batu-batu yang menimbun itu telah menghalang lalu lintas di kawasan tersebut.

Saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan anak-anak dan isteri dalam kejadian ini.Entahlah apa yang akan berlaku sekiranya saya terlewat sedikit untuk bangun bersolat Subuh pagi tadi,kata Ali.

Sementara itu, pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Majlis Perbandaran Jasin(MPJ) telah berjaya membersihkan jalan raya yang ditimbuni batu-batu dan tanah itu. Jalan tersebut sudah mula dibuka untuk lalu lintas pada pukul 3.00 petang tadi.

Datuk Ghazalee Mohamad yang merupakan ADUN Kawasan Serkam berkata, beliau telah mengarahkan pihak JKR untuk membina tembok batu di sekitar bukit di kawasan perumahan itu. Beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran dengan rumah mangsa kejadian ini turut diarahkan berpindah buat sementara waktu. Hal ini demikian kerana kejadian tanah runtuh dijangka akan berlaku lagi, lebih-lebih lagi ketika musim hujan sekarang ini.

Pihak pemaju turut disoal siasat untuk memberikan keterangan tentang punca kejadian tersebut. Pemaju itu telah diberi amaran dan sekiranya mereka didapati bersalah kerana tidak mementingkan keselamatan penduduk, mereka akan didenda dan dihadapkan ke mahkamah

Karangan 8 15 Oktober 2009 merupakan tarikh yang tidak mudah dilupakan oleh semua warga SMK Dang Anum.Hal ini demikian kerana pada hari tersebut telah diadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Hari itu memang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan ibu bapa terutamanya yang terlibat dengan upacara penerimaan sijil penghargaan. Lagipun, para guru dan pelajar sudah menghabiskan kira-kira dua minggu untuk persediaan dan latihan.

Pada pagi itu para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar pesanan dan arahan terakhir daipada pengetua dan guru-guru yang menjadi ketua dalam bahagian-bahagian tertentu seperti bahagian persembahan, penganugerahan hadiah dan cendera hati, keselamatan, pameran, dan sebagainya. Sesuatu yang menarik pada hari itu ialah semua guru lelaki memakai baju Melayu yang lengkap dengan songkok dan sampin termasuk guru-guru bukan Melayu. Sementara itu guru-guru perempuan kelihatan segak dengan pakaian baju kurung dan ada juga yang berkebaya labuh

Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, para tetamu kelihatan mula masuk ke kawasan sekolah dan mereka disambut dengan senyuman mesra oleh barisan pengawas yang sedia menunggu di pintu utama sekolah dan para pelawat diberikan sebuah buku program untuk acara pada hari itu. Terdapat juga para penyambut tetamu yang kelihatan mengiringi pelawat sehingga ke pintu masuk dewan tempat majlis gemilang itu diadakan. Pada tahun ini sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan sehingga dewan yang seluas empat ukuran kelas itu kelihatan penuh.

Antara tetamu yang diundang pada hari tersebut termasuklah Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, pengetua-pengetua, dan beberapa orang wakil PIBG. Ketibaan Pengarah Pendidikan itu telah disambut oleh pasukan kompang sekolah dan beliau juga diberikan penghormatan untuk memeriksa barisan hormat oleh pasukan kadet tentera sekolah yang kelihatan kemas dengan uniform mereka yang serba hijau dan memakai topi hitam berjambul merah. Upacara itu tamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan selepas

itu beliau diiringi oleh pengetua masuk ke dalam dewan.

Tuan Pengetua SMKDA telah menyampaikan ucapan dan memberikan laporan yang berupa kemajuan akademik dan kokurikulum di sekolah ini diikuti dengan ucapan daripada wakil PIBG dan akhir sekali ucapan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Melaka. Seterusnya dewan menjadi lebih meriah dengan tepukan yang diberikan kepada para pelajar yang mendapat anugerah cemerlang pada hari itu. Tepukan yang kuat diberikan kepada pelajar yang diumumkan sebagai tokoh pelajar pada tahun ini kerana berjaya memperoleh keputusan akademik yang baik dan aktif pula dalam bidang sukan, badan beruniform serta kelab.

Ketika pelawat serta tetamu berpindah ke dewan makan asrama, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian untuk acara persembahan sudahpun bersedia di atas pentas. Para tetamu kelihatan kagum dan terpukau oleh persembahan lagu-lagu yang disampaikan kumpulan koir sekolah dan diiringi pula dengan permainan muzik oleh anggotaanggota band SMKDA yang kelihatan segak bergaya

dengan uniform mereka yang berwarna merah dan putih. Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu yang segar dan telah berjaya menceriakan majlis makan tersebut. Para tetamu juga kelihatan tidak kering gusi apabila menonton sketsa komedi yang dipersembahkan oleh Pasukan Pengakap Sekolah. Kemuncak acara persembahan itu ialah nyanyian solo daripada pemenang Juara Bakat Seni Suara SMKDA 2009 yang memiliki suara seakan-akan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza. Para tetamu kelihatan tidak bergerak daripada tempat duduk masing-masing sehingga acara persembahan diumumkan tamat dan mereka dijemput untuk pergi ke ruangan pameran yang diadakan di makmal sains.

Para tetamu kelihatan kagum dengan pameran sains yang diadakan pada hari itu. Kebanyakan pelawat ingin mencuba sendiri beberapa alat dan radas sains yang dipamerkan itu dan hampir semua tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan menggunakan kamera yang dibuat sendiri oleh beberapa orang pelajar daripada Persatuan Sains dan Matematik SMKDA.

Apabila semua tetamu pulang, keadaan kembali tenang dan para guru mengadakan sesi bergambar untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini merupakan hari yang paling gemilang dalam sejarah SMKDA.

Karangan 9 Jason!Mak dan ayah hendak pergi berjumpa pelanggan di Hotel Hilton. Wang saku RM100 ada di dalam laci meja!jerit ayah dan ibu Jason. Begitulah kehidupan harian Jason. Setiap hari dia disuakan dengan kemewahan materialistik. Walaupun begitu, hidupnya tidak pernah berasa bahagia. Rasa kecewa dan kesunyiannya dilampiaskan kepada jalan yang salah seperti berlumba motor haram dan merayaurayau di pasar raya lantaran kesibukan ibu bapanya yang mengejar habuan duniawi.

Pada suatu hari, ketika Jason merayau-rayau di pasar raya, dia terlanggar seorang gadis yang sedang sarat memegang beg plastik.Oh,maaf.Saya tak sengaja,kata gadis tersebut. Kemarahan Jason yang membuak-buak tadi hilang dibawa angin lalu selepas mendengar suara lunak gadis tersebut. Eh,tak apalah. Lagipun saya yang salah. Nama saya Jason.Siapa nama awak?kata Jason sambil menghulurkan tangan.Nama saya Clara,balas gadis itu sambil tersenyum.

Sejak hari itu, mereka semakin rapat bagai merpati dua sejoli. Bibit-bibit cinta mula mekar di hati mereka. Oleh sebab Clara terlalu menyayangi Jason, dia selalu menasihati Jason supaya menghentikan tabiat suka berlumba itu tetapi Jason tidak mengendahkannya. Nasihatnya itu bagai mencurah air ke daun keladi.

Suatu hari,Jason merancang untuk memberi kejutan kepada Clara semasa menyambut hari lahirnya yang ke-17 tahun. Pada fikiran Jason, Clara perlu dibawa ke tempat perlumbaan haram untuk merasai pengalaman berlumba, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Hati Clara berdegup kencang apabila Jason membawanya berjumpa dengan rakan-rakan Jason yang terlibat dengan kegiatan haram itu. Jason, apa awak buat ini? Bukankah awak dah berjanji tak akan berlumba lagi?kata Clara dengan nada yang marah. Malangnya Jason hanya memekakkan telinga dan dan terus membawa Clara berlumba di jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Adat perlumbaan, siapa cepat dan terpantas dialah juara. Bagai helang menyongsong angin,motosikal

berkuasa tinggi yang ditunggangi Jason meninggalkan rakan-rakannya jauh di belakang. Belum pun sempat kegembiraan bertamu di hati Jason, tiba-tiba sebuah lori datang tepat menghala ke arah motosikalnya.Dum!.Lori itu melanggar mereka berdua. Tubuh Clara terpelanting ke udara dan terhempas di atas jalan raya. Jason pula sempat terjun dari motosikalnya sebelum dilanggar lori itu.

Darah merah membasahi jalan raya. Clara hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ketika Jason memangkunya.Jason,awak janganlah terlibat lagi dengan kegiatan haram ini. Saya amat menyayangi awak,kata Clara terputus-putus. Itulah ayat terakhir yang dilafazkan oleh Clara sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Sejak hari itu, Jason telah meninggalkan dunia lumba motor haram.Nasihat Clara masih terngiangngiang di telinganya.Namun, dia menyesal kerana tindakannya ini tidak dapat menebus kembali kehilangan orang yang amat disayanginya itu.Tepatlah kata peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna yang

selalu diucapkan oleh Clara kepadanya.Kini, bagi menebus kesilapannya itu,Jason bergiat aktif memberi ceramah kepada para remaja seusia dengannya supaya menjauhi aktiviti haram ini.

Karangan 10 Berita tentang gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah sering menghiasi dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini.Isu ini telah hangat dibincangkan oleh orang ramai di kedai-kedai kopi sehinggalah di Parlimen.Walaupun pelbagai langkah telah diambil bagi membanterasnya, gejala ini tetap berlaku dan semakin membimbangkan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar.

Sikap ibu bapa yang kurang prihatin merupakan faktor utama mengapa pelajar sekolah sering ponteng sekolah.Hal ini demikian kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang begitu sibuk dengan urusan keduniaan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.Oleh itu, anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang negatif kerana mengetahui pergerakan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa mereka. Sebagai contoh, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang bekerja sehingga lewat malam dan hanya bertemu dengan anak-anak mereka pada keesokan paginya sahaja.Jelaslah bahawa faktor kealpaan ibu

bapa memberikan impak yang besar kepada peningkatan gejala yang tidak sihat ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar dalam pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar.Lantaran itu, pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas.Tamsilnya, terdapat

dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sudah tidak sesuai pada masa ini.Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah.

Intihanya, terdapat banyak faktor lain yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memberikan komitmen bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masingmasing.Sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang mapan, sudah tentu gejala negatif ini dapat kurangkan.Jelaslah bahawa gejala ini jika dibiarkan akan menyebabkan kesan yang lebih buruk berlaku kepada generasi muda yang akan datang.

Karangan 11 Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang bergunungganang. Keadaan bentuk muka bumi seumpama ini menyebabkan sungai wujud hamper di setiap negeri terutamanya di Semenanjung Malaysia. Sungai di negara ini amat penting kerana pada masa lalu sungai ini merupakan tempat bertapak tamadun manusia. Antara sungai utama yang terdapat di Semenanjung Malaysia ialah Sungai Pahang, Sungai perak, Sungai Kelantan dan Sungai Muda. Oleh itu beberapa pekara dapat perkait dengan sungai. Sungai-sungai di negara ini merupakan punca untuk aktiviti pertanian. Sungai membekalkan sumber air untuk tanaman seperti padi, sayursayuran dan buah-buahan. Tanpa sungai-sungai ini, sudah tentu banyak banyak projek pertanian tidak dapt dijalankan. Sebagai contohnya dalam penanaman padi, air sungai dijadikan sumber utama untuk padi hidup subur dan seterusnya memberikan pulangan kepada petani. Jadi, sungai memang penting dalam sector pertanian. Jika ditahujui dari aspek yang lain pula, sungai merupakan jalan perhubungan yang penting selain jalan raya. Sebelum adanya system perhubungan

jalan raya, yang canggih seperti sekarang ini,sungai merupakan lauan para pendudukmisalnya, Sungai Kelantan, Sungai Pahang dan Sungai Perak menjadi alternative penting selain jalan raya untuk bergerak ke sesuatu tempat. Tegasnya, sungai mampu menjadikan aktiviti harian manusia semakin mudah. Seterusnya, sungai juga bertindak sebagai pembekal sumber protein kepada penduduk di negara ini. Hal ini demikian kerana orang ramai dapat menangkap udang, ikan, ketam dan sebagainya dijadikan makanan. Pada masa yang sama, sumber protein ini juga dijadikan sumber pendapatan para nelayan. Sebagai contohnya, Sungai Pahang, Sungai Kelantan, dan Sungai Muar. Oleh itu tidak hairanlah para nelayan tinggal di pinggir sungai kerana sumber pendapatan berpunca dari sungai. Sebagai rumusannya, peranan sungai di Semenanjung Malaysia sememangnya penting. Selain peranan di atas, sungai menjadi lokasi pelancong dan menjana kuasa elektrik. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, sungai sering dijadikan tempat pembuangan sampah sarap dantercemar. Dalam hal ini, semua pihak perlu

sedar bahawa sungai merupakan khazanah yang perlu dijaga agar kehidupan generasi akan dating tidak terancam. cintailah Sungai Kita,

Karangan 12 Selepas membeli-belah di sebuah pusat beli-belah terkenal di Bandar, aku bergegas menuju ke tempat letak kereta untuk mendapatkan kereta yang diletakkan di kawasan itu. Semasa manandu, pelbagai persoalan mulai bermain di fikiran. Adakah ibu meniggalkan kunci dengan jiran sebelah rumah? Atau, adakah ibu meletakkan kunci rumah di tempat biasa iaitu di bawah pasu bunga di halaman rumah? Kalau tiada, bagaimana pula? Pelbagai persoalan ini mula menghantui fikiran. Aku terus menekan pedal minyak memperlarikan keretku. Setibanya di rumah, kelihatan pintu pagar rumahku berkunci. Aku mencari alat kawalan jauh untuk pintu pagar yang memang disimpan di dalam kertaku. Pintu pagar itu terganga lebar membenarkan aku memasuki halaman rumah. Kawasan rumah agak gelap kerana hanya lampu depan rumah yang dipasang. Aku turun dengan tergopah-gapah. Aku terus menuju ke pintu utama rumahku lalu cuba membuka kekisi pintu tersebut. Malangnya, kekisi pintu itu gagal dibuka. Aku mengjulurkan tangan melalui celah-celah kekisi tersebut untuk membuka pintu utama. Sekali lagi aku gagal.

Selepas mundar-mandir sambil memikirkan tindakan yang perlu diambil, aku menelefon ayah dengan telefon bimbitku. Panggilanku tidak berjawab. Aku mencuba sekali lagi walaupun aku mengetahui bahawa di kawasan kampungku sukar mendapat liputan latihan telefon bimbit.Aku duduk sebentar di kerusi rotan yang ada di halaman rumah sambil melihat rumah Pak Cik Ahmad , jiran di sebelah rumahku. Rumahnya kelihatan terangbenderang dan ada beberapa buah kereta di halaman rumahnya. Mungkin ada saudara maranya yang dating Setelah fikiranku buntu seketika, aku bingkas bangun dari kerusi rotan itu lalu membuang perasaan segan untuk menuju rumah Pak Cik Ahmad. Pak Cik Ahmad menyuruhku masuk ke rumahnya. Aku mengatakan bahawa tujuan aku datang ke rumahnya untuk bertanyakan kunci rumah sekiranya ibu atau ayah meniggalkan kunci di rumah Pak Cik Ahmad. Pak Cik Ahmad mengatakan bahawa ibubapa aku tdaik meninggalkan sebarang kunci atau pesanan. Sedang kami bercakat tentang kunci, isteri Pak Cik Ahmad, Mak Cik Siti menyampuk dengan mengatakan bahawa ibuku ada meniggalkan kunci

kepadanya untuk diberikan kepada ku apabila pulang nati. Aku berasa lega mendengar penjelasan dari Mak Cik Siti itu. Mak Cik Siti menuju ke dalam lalu mengambil segugus kunci yang diletakkan di atas almari hiasan di rumahnya. Aku mengambil kunci yang diberikan dan mengucapkan terimakasih kepada Mak Cik Siti dan Pak Cik Ahmad. Aku meminta izin untuk pulang ke rumah kerana keletihan. Aku keluar dari kawasan rumah Pak Cik Ahmad dengan langkah yang pantas. Aku membuka kekisi pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu utama rumah. Aku membuka suis lampu ruang tamu lalu keluar semula mengambil barang-barang di dalam bonet keretaku. Semuanya berakhir dengan perasaan lega dan perasaan cemas seketika hilang ditelan kepekatan malam.

Anda mungkin juga menyukai