Anda di halaman 1dari 1

Faedah Berjimat-Cermat

 Berjimat cermat merupakan amalan yang mulia.Kita haruslah memupuk amalan berjimat
cermat ini sejak kecil lagi.Ibu bapa haruslah memainkan peranan untuk mendidik anak-anak
supaya mengamalkan amalan berjimat cermat.

             Amalan berjimat cermat banyak memberi faedah kepada kita.Antaranya ini dapat
melatih seseorang agar tidak boros.Setiap ringgit yang diperolehi akan dibelanjakan dengan
berhati-hati manakala yang selebihnya disimpan kedalam tabung.Lama-kelamaan simpanan kita
akan bertambah dan menjadi lebih banyak. Bak kata pepetah”sedikit-sedikitit lama-lama menjadi
bukit”.

              Selain itu, kita dapat menggunakan hasil simpanan kita pada waktu susah iaitu semasa
kecmasan.Setiap daripada kita mempunyai nasib dan takdir yang berbeza.Seandainya sesuatu
perkara buruk berlaku kepeda kita seperti kemalangan atau kebakaran dan sebagaimya,kita dapat
menggunakan wang simpanan kita pada waktu tersebut.

               Di samping itu,kita dapat membantu orang yang lebih memerlukan dengan
mengunakan wang simpanan hasil amalan berjimat cermat.Apabila seseorang memerlukan wang
seperti saudara kita yang menghadapi penyakit kronik dapatlah kita menghulur sedikit bantuan
dengan mendermakan wang untuk meringankan bebannya.

                Amalan berjimat-cermat juga dapat membantu kita untuk meringankan beban keluarga.
Hal ini kerana kita dapat menggunakan hasil simpanan kita untuk menjamin masa hadapan yang
lebih cerah.Sekiranya kita dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading,kita tidak perlu lagi
menyusahkan ibu bapaa kerana kita sudah mempunyai wang simpanan sendiri.

Konklusinya, sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya mendidik anak-anak kita
supaya berjimat sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah”melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Selain itu, kita mesti sentiasa mengingatkan diri kita bahawa berjimat akan
memberikan kita pulangan yang maksimum sama ada dari segi wang, masa atau tenaga.

Anda mungkin juga menyukai