Anda di halaman 1dari 2

Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah menyertai

aktiviti kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan di luar kelas dan kegiatan

ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada murid-murid.
Terdapat pelbagai faedah yang diperoleh oleh murid-murid jika
menyertainya.
Antaranya ialah murid dapat melatih diri untuk menjadi
pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan yang terdapat dalam sesuatu
persatuan atau pun kelab seperti pengerusi, setiausaha dan lain-lain
lagi. Apabila murid dilantik untuk memegang sesuatu jawatan, maka
murid tersebut akan belajar menjadi ketua dan seterusnya akan
cuba menguruskan aktiviti persatuan.
Seterusnya, dengan menghadiri aktiviti kokurikulum, kita dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak akan membuang
masa dengan melakukan perkara sia-sia. Sebagai contoh, aktiviti
persatuan yang dijalankan pada waktu petang dapat mengelakkan
murid-murid daripada menyertai aktiviti yang tidak sihat di luar
sekolah seperti lumba motorsikal, lepak dan lain-lain lagi.
Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan badan.
Apabila kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh dan otak
akan menjadi cerdas. Jika murid memiliki tubuh badan yang sihat,
maka murid akan senang untuk belajar di dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, setiap murid harus menyertai aktiviti
kokurikulum kerana manfaatnya yang banyak.

Anda mungkin juga menyukai