Anda di halaman 1dari 1

Tulis karangan tentang faedah membaca

Membaca merupakan amalan yang mulia. Amalan membaca ini perlu diamalkan oleh setiap

orang kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada amalan membaca.

Antara faedah membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Amalan ini akan

menjadikan kita bertambah matang seiring dengan pertambahan ilmu dalam

dada.Kematangan fikiran akan dapat menjadikan diri kita lebih bijak untuk membuat

sesuatu keputusan.

Seterusnya, kita juga akan dapat memanfaatkan masa melalui amalan membaca. Masa

yang kita ada tidak dibuang begitu saja. Masa itu emas. Sebagai contoh, apabila ada masa

terluang kita boleh ke perpustakaan untuk membaca buku-buku.

Di samping itu, amalan membaca juga akan dapat meningkatkan kemahiran bahasa

seseorang. Hal ini penting kerana amalan ini dapat membantu murid dalam bidang penulisan

selain memperkaya kosa kata murid.

Kesimpulannya, membaca merupakan amalan yang mulia yang perlu disemai sejak kecil

lagi. Dengan demikian, kita akan menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa dan

tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Anda mungkin juga menyukai