Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2

Tulis karangan kepentingan amalan menabung

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia. Terdapat pelbagai faedah dan

kepentingan yang akan diperoleh melalui amalan ini.

Antaranya ialah amalan menabung akan dapat menyemai budaya berjimat

cermat. Kita akan dapat mengelakkan pembaziran dan dapat mengurangkan

perbelanjaan harian dan bulanan sekiranya amalan ini dipraktikkan secara konsisten.

Selain itu, amalan menabung akan dapat meringankan bebanan ibu bapa. Kita

dapat menyimpan wang saku di dalam tabung. Sebagai contoh, apabila kita membawa

bekalan makanan ke sekolah, kita pasti dapat berjimat dan menabung dengan mudah.

Di samping itu, melalui amalan menabung, kita akan dapat menjamin masa

hadapan yang cerah. Wang yang disimpan dapat digunakan apabila kita dalam

kesusahan. Sebagai contoh, apabila kita dalam kecemasan, kita boleh menggunakan

tersebut.

Kesimpulannya, semua orang perlu mengamalkan budaya menabung. Bak kata

peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


Tulis karangan tentang faedah membaca

Membaca merupakan amalan yang mulia. Amalan membaca ini perlu diamalkan oleh

setiap orang kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada amalan

membaca.

Antara faedah membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Amalan

ini akan menjadikan kita bertambah matang seiring dengan pertambahan ilmu dalam

dada.Kematangan fikiran akan dapat menjadikan diri kita lebih bijak untuk membuat

sesuatu keputusan.

Seterusnya, kita juga akan dapat memanfaatkan masa melalui amalan

membaca. Masa yang kita ada tidak dibuang begitu saja. Masa itu emas. Sebagai

contoh, apabila ada masa terluang kita boleh ke perpustakaan untuk membaca buku-

buku.

Di samping itu, amalan membaca juga akan dapat meningkatkan kemahiran

bahasa seseorang. Hal ini penting kerana amalan ini dapat membantu murid dalam

bidang penulisan selain memperkaya kosa kata murid.

Kesimpulannya, membaca merupakan amalan yang mulia yang perlu disemai

sejak kecil lagi. Dengan demikian, kita akan menjadi lebih peka terhadap

perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Anda mungkin juga menyukai