Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam


peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak
datang dengan sendirinya, sebaliknya perlu disusuli dengan
usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya
ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian
terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat
memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh
guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran.
Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran
yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topik itu akan kekal
dalam ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan,
guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar.
Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan
meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan.
Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu
kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab
soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola
soalan tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan
kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai