Anda di halaman 1dari 26

Contoh Karangan Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

Pada era globalisasi ini, kita perlulah mengamalkan budaya belajar secara
berkumpulan. Sesungguhnya, banyak manfaatnya jika kita belajar secara
berkumpulan.

Antaranya, kita dapat berkongsi buah fikiran bersama-sama rakan-rakan. Pada


masa yang sama, kita dapat bertukar pandangan serta idea dengan rakan-rakan
ksupaya kita mempunyai pengetahuan yang luas. Tambahan pula, kita akan menjadi
orang yang berilmu dan mengelakkan diri kita menjadi seperti katak di bawah
tempurung.

Selain itu, kita boleh mengulang kaji dengan rakan-rakan semasa kita belajar
secara berkumpulan dengan mereka. Rakan-rakan kita dapat membantu kita
menyelesaikan masalah pelajaran yang kita hadapi. Pada masa yang sama, kita
boleh membuat latihan tambahan atau kerja sekolah yang diberi oleh guru bersama-
sama. Kita dapat berbincang sesuatu topik dengan lebih mendalam seterusnya
menguasai tajuk yang diajar oleh guru.

Di samping itu, sahsiah kita juga akan menjadi lebih baik apabila kita belajar
secara berkumpulan. Misalnya, kita dapat memupuk nilai bekerjasama semasa kita
belajar secara berkumpulan. Kita akan saling membantu dan bersepakat apabila
rakan-rakan kita menghadapi masalah. Oleh itu, masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan cepat, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat.

Akhirnya, kita juga dapat mengelakkan sikap mementingkan diri, bak kata
pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Sesungguhnya, sikap mementingkan diri perlu dielakkan dalam diri setiap
masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Hal ini dapat
dibuktikan apabila setiap ahli kumpulan bekerjasama dan saling berkongsi ilmu
semasa belajar secara berkumpulan. Jika sikap mementingkan diri dapat dielakkan
sejak dari bangku sekolah, sudah pasti nagara kita dapat melahirkan generasi yang
berwawasan.

Konklusinya, kebaikan belajar secara berkumpulan tidak dapat kita nafikan lagi.
Lantaran itu, semua pihak perlulah menggalakkan murid-murid belajar secara
berkumpulan supaya murid-murid mendapat manfaatnya.
Kebaikan gotong-royong

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan
bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan


dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai.
Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan


silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran
antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan.


Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah
tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan
seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang.


Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya.


Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

Bergotong-royong adalah aktiviti yang dilakukan bersama-sama secara sukarela.


Pada pendapat saya, amalan gotong-royong ini perlu digalakkan dalam masyarakat
kita. Terdapat banyak faedah bergotong-royong yang dapat dikumpulkan jika kita
sentiasa mengamalkan amalan bergotong-royong.
Antara faedah bergotong-royong ialah kita dapat mengindahkan lagi kawasan
perumahan kita. Kita semua pasti inginkan kawasan perumahan yang sering dipuji
oleh orang lain. Jika kawasan kita bersih, indah dan aman, maka risiko
kebarangkalian kes denggi oleh nyamuk aedes juga berkurang.

Kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara kita dengan jiran.
Kebanyakan orang penat bekerja, maka kurang masa untuk diluangkan bersama
jiran kita. Dengan aktiviti ini, kita dapat mengenal jiran kita dengan lebih rapat dan
mesra, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Selain itu, apabila kita terlibat dalam amalan bergotong–royong, kita dapat
mewujudkan masyarakat yang bekerjasama kerana bersatu kita teguh bercerai kita
roboh. Terdapat banyak perkara dalam masyarakat yang menjadi mudah bila
dilakukan bersama, seperti gotong royong dalam majlis perkahwinan, majlis qurban
di surau setempat dan pengurusan jenazah.

Akhir sekali, kita juga dapat menjimatkan duit kita sebanyak 50% apabila kita
bergotong-royong kerana kita tidak perlu membayar upah pekerja. Selain itu, kita
juga boleh menjimatkan masa kerana gotong-royong biasanya melibatkan ramai
orang yang membantu kita membuat kerja. Tidak seperti jika kita mengupah pekerja,
biasanya hanya beberapa orang saja yang kita mampu bayar.

Kesimpulanya, bergotong-royong memang ada banyak kebaikan. Oleh itu, kita


perlu memupuk amalan bergotong-royong secara berterusan untuk mewujudkan
negara yang bersih, aman dan kurang penyakit yang membahayakan.

Cara2 menjadi mrd cemerlang

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun,


ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat
tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat


jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti
harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan
mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari.
Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan pembendaharaan kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang


diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan
sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para
pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru


di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan
sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut
dapat diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.


Oleh itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha
dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Karangan UPSR: Cara-cara Menghargai/Memanfaatkan Masa Lapang


Assalamualaikum.

Soalan: Tulis sebuah karangan bertajuk cara-cara menghargai masa lapang.

Setiap orang mempunyai aktiviti masing-masing. Begitu juga dengan saya. Terdapat
pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh saya lakukan untuk mengisi masa lapang.

Antara aktiviti berfaedah yang saya lakukan untuk mengisi masa lapang adalah
bersukan. Pada waktu petang, saya bermain bola sepak dengan rakan-rakan di
padang. Dengan bersukan, saya dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan
otak.
Selain itu, saya membaca untuk mengisi masa lapang. Saya suka membaca buku
cerita, majalah dan komik. Dengan membaca, saya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan perbendaharaan kata saya.

Seterusnya, aktiviti berfaedah yang saya lakukan bergotong-royong sebagai cara


menghargai masa lapang. Saya membantu keluarga saya untuk membersihkan
rumah. Dengan bergotong-royong semua kerja dapat dilakukan dengan cepat.
Setelah itu, rumah saya menjadi bersih dan cantik.

Akhir sekali, saya memancing untuk mengisi masa lapang. Pada hujung minggu,
saya mengikut ayah ke sungai. Dengan pergi memancing, saya dapat merehatkan
minda dan dapat menikmati keindahan alam.

Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sebagai cara menghargai masa
lapang. Oleh itu, kita haruslah bidak mengurus masa agar masa kita tidak terbuang
begitu sahaja, sebaliknya dapat dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Bak kata
pepatah, masa itu emas.

....................................

Karangan ini merupakan karangan yang ditulis oleh murid kelas saya dengan
bimbingan saya. Suka saya untuk berkongsi hasil kerja murid ini sebagai
penghargaan daripada seorang guru kepada seorang murid. Untuk makluman juga,
karangan ini ditulis oleh murid kelas belakang.

Oleh itu, saya percaya dengan bimbingan oleh guru, murid kelas belakang juga
mampu menulis dengan baik. Jika diperhatikan, kerangka karangan ini cukup mudah
dihasilkan dengan mengikut formula yang diberikan. Walaupun karangan fakta, jika
murid mampu mengikut formula yang diberikan, murid itu juga mampu mendapat
markah yang tinggi.

Cara-Cara Menghormati IbuBapa

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita
tidakakan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka
yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang anak,
kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka.
Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai
ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Sudah semestinya
setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk kebaikan
kita. Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau membuat
keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.

Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara
mendengar nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati yang
terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap langkah dan
melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi
bimbingan dan panduan demi kebaikan kita sendiri.

Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu


cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah
bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita.
Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata
menjaga kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar
bersungguh-sungguh agar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran
pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.

Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti
mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman
rumah serta membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara
menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat
meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya
berasa gembira dan bangga mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk


menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas
jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama.
Hormati dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada.

Cara menghormati ibubapa

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang
sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh
sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia
akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang
lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia
juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian,
sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar
ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka
dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah
dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu
menggembirakan hati mereka.

Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan
nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka
antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita
sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Karangan keperihalan "Cara-cara menghormati guru"

Soalan:

Guru seumpama ibu bapa kepada murid-murid semasa berada di sekolah. Oleh
yang demikian guru perlu dihormati.

Tulis sebuah karangan bertajuk Cara-cara menghormati guru.

Semasa kita berada di sekolah, gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru
seumpama ibu bapa kepada kita sepanjang masa kita berada di sekolah. Kerana
peranan yang sebegini besar maka guru amat perlu dihormati sepanjang masa.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya
adalah dengan mengucapkan salam ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru
akan merasa senang hati apabila murid-murid mengucapkan salam dan mendoakan
kesejahteraanya.

Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran guru
ketika berada di dalam kelas juga merupakan satu cara untuk menghormati guru.
Guru akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita mendengar dengan teliti ketika
mereka mengajar. Guru kita pasti akan mengajar kita dengan penuh kesungguhan.

Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan santun
dan berbudi bahasa ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid
yang berbudi bahasa dan bersopan santun juga akan lebih disayangi oleh guru.
Sekiranya kita bersikap biadap ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada
guru, sudah pasti akan membuatkan guru berasa terhina dan tidak dihormati. Oleh
yang demikian kita hendaklah menjaga kelakuan kita ketika bercakap dengan guru.
Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan tugasan
yang diberi oleh guru, kita hedaklah memohon maaf. Sebagaimana di rumah,
sekiranya kita tersilap maka kita meminta maaf daripada ibu bapa kita. Demikian
juga ketika berada di sekolah. Murid yang meminta maaf dan mengakui kesilapan
yang dilakukan akan membuatkan guru berasa senang hati dan berasa lebih
dihargai dan dihormati.

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru.
Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana
mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka mendidik kita.

Cara menghormati guru

Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi insan
yang berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga ibarat ibu bapa kedua kepada
pelajar kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, sebagai
murid kita sewajarnya menghargai guru. Terdapat banyak cara untuk menghargai
guru kita. Antara cara untuk menghargai jasa guru ialah dengan menghormati
mereka. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka
mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Contohnya, kita boleh
mengucapkan salam apabila berjumpa dengan guru. Kita juga tidak boleh sombong
terhadap guru. Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan
kerja sekolah mereka. Guru memberikan kerja sekolah bukannya untuk
membebankan pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau pengukuhan di
rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang
ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya. Ini
pastinya dapat membantu pelajar untuk membuat pembetulan. Kita juga boleh
menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat
penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran. Contohnya, kita perlu
datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam kes-kes buli, gengsterisme,
vandalisme, ponteng sekolah, dan lain-lain. Pelajar boleh menunjukkan kasih
sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-
buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa
sambutan hari guru pada 16 Mei. Pelajar boleh menghargai guru dengan
mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Contohnya,
kita boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru pada 16
Mei.Kita juga perlu menunjukkan kasih sayang kepada guru. Kita bolehlah
menziarahi guru ketika mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa gembira dan
bangga terhadap pelajarnya. Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup
menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Ini kerana, jasa
guru tidak ternilai harganya dalam melahirkan insan-insan yang berjaya, cemerlang
dan gemilang.

Karangan UPSR " Cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal
kita"

Karangan Perbincangan

Soalan:
Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin hidup kita sentiasa sihat dan ceria.

Bincangkan cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita.

Kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita sememangnya hal yang perlu
diberi perhatian agar hidup kita sentiasa sihat dan ceria. Sekiranya tempat tinggal kita kotor
dan tidak ceria maka masyarakat yang mendiaminya mudah diserang pelbagai penyakit yang
berbahaya. Banyak cara yang boleh kita lakukan agar kebersihan dan keindahan kawasan
tempat tinggal kita terjaga.

Untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal, kita mestilah sentiasa
mengamalkan sikap kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di kawasan yang sama. Hal
ini demikian kerana tanpa kerjasama anggota masyarakat maka sukarlah untuk menjaga
kebersihan dan keindahan persekitaran tempat tinggal kita. Amalan bergotong-royong
membersihkan dan menceriakan kawasan taman atau kampung perlu selalu dilakukan.

Selain itu, Semua orang yang tinggal di sesuatu kawasan perlu sentiasa menjaga
kebersihan dan keindahan rumah masing-masing. Setiap orang perlu membuang sampah di
tempat yang disediakan untuk memudahkan pihak bertanggungjawab memungut sampah-
sarap dan dibawa ke tapak pelupusan. Sekiranya hal ini diamalkan, maka sesuatu kawasan
tempat tinggal akan sentiasa bersih dan ceria.

Amalan mengitar semula bahan buangan juga salah satu cara menjaga kebersihan dan
keindahan tempat tinggal. Bahan buangan seperti botol, tin aluminium,kertas dan besi-besi
lama boleh dikitar semula. Bahan-bahan ini boleh kita bawa ke pusat kitar semula. Amalan
kitar semula sebenarnya sangat baik diamalkan kerana selain daripada menceriakan
kawasan tempat tinggal kita ia juga membantu kita menjaga kelestarian alam negara kita.

Penanaman pokok-pokok hiasan juga adalah cara menjaga keindahan kawasan tempat
tinggal. Pokok-pokok hiasan yang hidup subur dan menghijau sudah tentu menyejukkan
mata yang memandang. Hal ini pastinya mewujudkan kawasan tempat tinggal berudara
bersih , nyaman dan ceria.
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan dan keindahan
tempat tinggal kita. Walaubagaimanapun pelibatan seluruh anggota masyarakat yang
tinggal di sesuatu kawasan sangatlah mustahak untuk mewujudkan kawasan tempat tinggal
yang bersih dan indah.

Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).Hendaklah membincangkan tajuk


bahan rangsangan yang diberikan. Mestimenyentuh pernyataan tentang tajuk bahan
rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.Cara menulis isi
karangan.Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN +
CONTOH.Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda
wacana.Cara penulisan penutup.Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan,
bagi keseluruhan isi yangterkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

[
Tajuk karangan
] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. [
Ayat Arahan
: Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam
sekitar.[
Isi penting 1
] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [
AyatHuraian
/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusatpengumpulan bahan-bahan
kitar semula demi membendung pencemaranalam.[
Isi penting 2
] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslahdielakkan. [
Ayat Huraian
/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan kedalam tong sampah dan dihantar ke
tapak pelupusan sampah agarpencemaran udara dapat dicegah.[
Isi penting 3
] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [
Ayathuraian
/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnyaharuslah ditutup
agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan.[
Isi penting 4
] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak dipersekitaran. Tumbuhan-
tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosferadan menyerap karbon dioksida
sekali gus melestarikan kesegaran udara.[
Ayat penutup
] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita. [
Ayat Penegasan
] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-
kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa
kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga
kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh
diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah
televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-
isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini
kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap
keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap
manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin
tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam
sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan
tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu
mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet
kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding
media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai
kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini
masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-
cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang
memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat
megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-
kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu
tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran


alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat,
kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan
Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti
Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam
sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan
moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan
agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat
disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar
dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi
ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri
pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal
seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan
sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang
dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat


mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat
mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam
sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan
lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan
yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan
memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat
menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

KARANGAN UPSR (fakta) : Cara-cara menjaga Kesihatan Diri SOALAN


: Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-
cara menjaga kesihatan diri. Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri
supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara
untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing
mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan
memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih
merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang
banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam
juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh
dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu
tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu
juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang
berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya,
menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan
dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos
perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria
kepada diri dan keluarga.

Karangan fakta " Kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum kepada murid-


murid"

Karangan Fakta

Soalan:

Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah adalah aktiviti penting yang perlu
disertai oleh semua murid.
Tulis sebuah karangan tentang “kepentingan kegiatan kokurikulum kepada
murid-murid.”

Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan luar bilik darjah yang merangkumi tiga bidang
utama iaitu pasukan pakaian seragam, sukan dan permainan serta kelab dan
persatuan. Semua murid-murid diwajibkan menyertai kegiatan – kegiatan ini. Hal
ini demikian, kerana kegiatan kokurikulum amat penting kepada semua murid.

Menyertai kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dan mengelakkan


daripada terbuang secara sia-sia. Sekiranya masa lapang tidak terisi dengan
kegiatan kokurikulum, berkemungkinan kita akan mudah terjebak dengan kegiatan
yang negatif seperti melepak, menunggang dan berlumba motosikal secara haram.
Kegiatan sebegini akan menjejaskan pelajaran kita.

Selain itu, menyertai kegiatan kokurikulum juga dapat membantu kita


menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Bukan semua pengalaman dan
pengetahuan boleh diperoleh di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, pengalaman
berkhemah dan ilmu berkawad tidak di ajar oleh guru di dalam bilik darjah. Ilmu
dan pengetahuan sebegini dapat kita peroleh apabila menyertai pasukan pakaian
seragam seperti pengakap, tunas kadet remaja, dan persatuan bulan sabit merah.

Seterusnya, dengan menyertai kegiatan kokurikulum murid-murid boleh melatih


diri menjadi orang yang berdisiplin, bertoleransi dan menyemai sifat setiakawan.
Hal ini demikian kerana, melalui kegiatan kokurikulum kita akan selalu digalakkan
untuk menepati waktu, bertolak ansur dan bekerjasama sesama rakan sepasukan.
Contohnya, jika kita menyertai permainan bola sepak, kita perlu bekerjasama dan
saling bertoleransi dengan rakan sepasukan untuk mencapai kemenangan.

Kegiatan kokurikulum juga adalah salah satu cara untuk kita membina
keyakinan diri dan belajar berhadapan dengan orang lain. Melalui kegiatan
kokurikulum, kita dapat berlajar dan berlatih menguruskan persatuan dan kelab.
Sekiranya kita aktif dalam aktiviti persatuan dan kelab yang kita sertai, guru-guru
akan melantik kita menjadi pemimpin atau ahli jawatankuasa yang membantu guru
mengendalikan persatuan dan kelab. Dari sini, kita dapat membina keyakinan diri
dan berlatih menjadi seorang pemimpin.

Kesimpulannya, menyertai aktiviti kokurikulum sangat penting kepada semua


murid. Oleh itu, kita sebagai murid perlu menyertainya dan bergiat aktif dalam
aktiviti luar bilik darjah ini.

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh
guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah,
misalnya aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan
serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu
disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingannya.

Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai


aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan
budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri
kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang
diselia oleh guru-guru.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin


diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit
beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar


menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar
menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar
menjadi pemimpin.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan.
Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-


murid di sekolah.Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti
yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan
kokurikulum.

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Manusia menpunyai naluri dan keiginan untuk mempertingkatkantaraf
hidup.Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologitelahmembantu
manusia dalam kehidupan seharian.Dengan kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi,pelbagaiciptaan telah diperkenalkan
untuk memudahkan kerja manusia.Kerja-kerjaharian seperti membasuh
pakaian dan juga ketuhar gelombangmikro.Peralatan ini juga dapat
menjimatkan masa kerana proses yangdilakukan lebih cepat.Sementara
itu,tahap kesihatan manusia juga dapatdipertingkatkan.Hal ini demikian
karana kemajuan sains dan teknologimembolehkan pakar - pakar
perubatan dapat menghasilkan ubat - ubatanyang
lebih berkesan.Seterusnya mencipta peralatan canggihuntuk menyembur
pelbagai penyakit yang berbahaya pada masa kini.Selain
itu,perkembangan sains dan teknologi juga telah
membantumeningkatkan hasil produkti iti sektorperindustrian
danpelandagan.Penciptaan jentera janggih dan robot -robat
dapatmenggantikan tenaga manusia,selain melakukan kerja dengan
lebihpantas. Dengan itu,kos dapat dikurangkandan ekonomi semakin
bertanbahbaik.Seterusnya,kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi jugamemudahkan urusan penyinpanan data.Komputer
digunakan meluaskandalam sektor perbankan untuk memudahkan urusan
penipanan danpengeluaran !ang kemudahan mesin juru!ang automatik
yangdisediakanoleh pihak bank pula menmudahkan pelangan
berurusan selepas!aktu pejabat. "elaslah baha!a sains dan teknologi
banyak memberikansumbangan untuk memudahkan urusan harian
manusia,di sampingmeningkatkan taraf hidup manusia.
TULIS SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KEBAIKAN BELAJAR
SECARABERKUMPULAN.
KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
#erdapat pelbagai cara untuk belajar.$ntaranya ialah
belajarsecara berkumpulan.%leh itu, murid-murid
digalakkan untuk belajarsecara berkumpulan kerana terdapat banyak
faedah bagi belajar secaraberkumpulan.&elajar secara berkumpulan juga
adalah lebih baik daripadabelajar secara bersendirian.&elajar secara
berkumpulan
membolehkan mu !"#mu !" un$ukbe kon%&! !lmu' !"ea "an
(an"an%an ma!n%#ma&!n%
keranasesetengah murid mempunyai idea dan pandangan masing-masing
bagimenguatkan lagi kebijaksanaan mereka dalam subjek atau topik yang
tidakdifahami.Selain itu, murid yang pandai dapat membantu murid
yangkurang bijak dengan idea dan pa ndangan mereka.Seterusnya,
murid-murid juga
"a(a$ men)!a(kan ke *a umaha$au $u%a&an "en%an leb!h
+e(a$ "an leb!h be ke&an
apabilabelajar secara berkumpulan.Murid-murid juga dapat menjalinkan
hubunganyang lebuh rapat dan mmesra sesammma rakan kerana dapat
mengenalikelemahan dan kelebihan masing-masing.Murid-murid juga
akan
men"a(a$ leb!h mo$!,a&! "! ! "an ak$!,!$!!n! *u%a "a(a$
men*a"! (embaka &eman%a$
dengan adanya semangatuntuk bersaing salam pelajaran.Masa lapang
dapat diisi dengan akti itiyang berfaedah seperti belajar besama-sama
di ka!asan pilihan masing-masing.#etapi, belajar secara berkumpulan ini adalah
lebih baik jikadiadakan di perpustakaan sekolah ataupun a!an kerana
terdapat banyakbuku-buku rujukan untuk dikongsi bersama-
sama.'alaubagaimanapun, belajar secara berkumpulan ini jugamempunyai
beberapa keburukan. $ntaranya ialah murid-murid juga akan

You're reading a preview. Unlock full access with a free trial.


Page 2 is not shown in this preview.

Download With Free Tr


Kepentingan Menyertai Lawatan Sambil Belajar

Persatuan di sekolah sering menganjurkan lawatan sambil belajar.


Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-tempat bersejarah, tempat-
tempat menarik dan ke pusat-pusat pameran. Kebiasaannya murid-murid
dibawa ke tempat-tempat lawatan dengan menaiki bas yang disewa khas
dengan diiringi oleh guru-guru pengiring.

Antara kepentingan menyertai lawatan sambil belajar ialah kita dapat


menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita melawat ke
Muzium Negara, kita akan memperoleh banyak pengetahuan tentang
sejarah Negara. Kita dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam
mata pelajaran Kajiaan Tempatan dan Sejarah.

Selain itu, kita dapat memanfaatkan masa lapang dengan menyertai


lawatan. Sebagai contoh, jika kita tidak mengikuti lawatan, kita kita
mungkin akan membuang masa dengan menonton televisyen atau
bermain sahaja. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan masa kita
terbuang begitu sahaja.

Seterusnya, kita akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan


guru dan rakan-rakan. Contohnya, ketika mengikuti lawatan, kita akan
berkomunikasi dan bekerjasama dengan peserta lawatan yang lain. Hal
ini sudah pasti akan mewujudkan hubungan yang lebih mesra dalam
kalangan rakan yang berlainan kelas.

Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenagkan fikiran kita.


Contohnya, jika kita melawat ke tempat-tempat menarik seperti Cameron
Highlands. Suasana yang mendamaikan di sana akan dapat merehatkan
minda kita setelah penat belajar.

Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti


yang amat berfaedah. Oleh itu, jika ada kesempatan janganlah
melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Soalan: Kamu akan menyertai pertandingan syarahan antara
kelas. Tajuk syarahan kamu ialah “Cara-cara Berjimat Cermat”.
Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru
Besar, para hakim yang adil dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Berjimat Cermat”.

Hadirin yang dihormati,

Amalan berjimat cermat membawa maksud penjimatan dalam


perbelanjaan. Amalan ini sangat dituntut dalam agama dan boleh
mengelakkan daripada sikap boros. Antara cara untuk berjimat cermat
adalah dengan mengawal diri ketika berbelanja. Walaupun banyak barang
yang ingin dibeli tetapi belilah barang-barang yang menjadi keperluan
sahaja.

Seterusnya, wang belanja yang diberi oleh ibu bapa kita boleh
disimpan sedikit ke dalam tabung. Kalau tidak menjadi keperluan,
janganlah dihabiskan wang belanja itu sewenang-wenangnya. Wang yang
telah dikumpulkan di dalam tabung boleh dimasukkan ke dalam bank
untuk kegunaan masa hadapan.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, berjimat cermatlah ketika menggunakan barang-barang


kepunyaan sendiri. Misalnya, buku-buku pelajaran yang digunakan
dengan cermat boleh digunakan oleh adik-beradik kita yang lain. Hal ini
sedah pasti meringankan beban kewangan ibu bapa kita.

Di samping itu, kita seharusnya berjimat cermat ketika menggunakan


elektrik, air dan telefon. Janganlah dilakukan pembaziran sesuka hati
kerana ini akan menyebabkan ibu bapa kita terpaksa menanggung bil
yang tinggi. Penjimatan daripada pembayaran bil ini boleh digunakan
untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita praktikkan agar dapat


berjimat cermat. Sama-samalah kita jadikan amalan berjimat cermat ini
sebagai budaya hidup kita. Sekian, terima kasih.
Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia
Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang
kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung
wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah
seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli
sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang
perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja
dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini
menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh,
mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita
daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu
akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa
mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali
barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan
mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup
kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca


Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-
anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah
dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara
sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan
kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca
akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka
ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada
pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang
baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat
dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk
dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat
mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak
sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi
kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

karangan UPSR " Faedah Amalan Berjimat Cermat"


Soalan:

Berjimat cermat adalah amalan yang mulia.

Tulis sebuah karangan tentang faedah amalan ini.


faedah berjimat cermat
Berjimat cermat membawa maksud berhemat atau berhati-hati dalam penggunaan wang, elektrik, air ataupun
lain-lain keperluan seharian kita. Amalan berjimat cermat merupakan satu amalan yang terpuji dan membawa
pelbagai faedah kepada kita.

Antara faedah amalan ini ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita. Sekiranya kita berjimat
cermat sudah tentu perbelanjaan harian kita sekeluarga dapat dikurangkan dan kita mempunyai lebihan wang.
Lebihan wang ini boleh kita simpan untuk keperluan pada masa kecemasan.

Seterusnya, amalan berjimat cermat dapat memupuk sikap berdikari dalam diri setiap orang. Hal ini
demikian kerana orang yang mengamalkan sikap berjimat cermat sudah pasti akan berusaha melakukan sendiri
atau menyelesaikan sendiri sesuatu perkara atau masalah tanpa mengupah orang lain. Keadaan ini bukan
sahaja menjimatkan wang tetapi juga menambahkan pengalaman.

Selain itu, amalan berjimat juga boleh membantu negara menjimatkan sumber. Sebagai contoh,
sekiranya kita berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, air, dan petrol sudah pasti sumber terpenting
kehidupan kita ini akan dapat dijimatkan. Secara tidak langsung kita membantu mengurangkan perbelanjaan
negara.

Di samping itu, melalui amalan yang mulia ini juga kita dapat menambahkan wang simpanan kita. Wang
simpanan sangat penting dalam kehidupan kita. Orang yang mempunyai simpanan akan terjamin masa
depannya. Wang simpanan juga amat diperlukan sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada kita atau orang-
orang terdekat dengan kita.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat perlu menjadi amalan setiap orang. Amalan yang mulia ini jika
diamalkan membawa seribu kebaikan.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari


Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.
Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum
bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting
dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.

Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara
pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri
dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya.
Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan


upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu
bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan
penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji
taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin
negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara


perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri
daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor
swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada
pemimpin negara yang berdiri di atas pentas utama.

Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat


menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan
penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform
,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun
negara terjun dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.

Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan.


Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan.
Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua
persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat
Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan
ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa
yang berlaku pada hari tersebut.

Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi


mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca
televisyen.

Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah"


Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah"

Soalan:

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.

Isnin, 16 Mei 2016

8.00 pagi

Semua guru dan murid berhimpun di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Pada
pagi ini semua guru memakai baju batik bertemakan warna merah. Sebelum acara sambutan hari
guru bermula, Cikgu Mazlan selaku pengerusi majlis pada hari itu sibuk mencuba pembesar suara.

8.15 pagi

Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Selamat
Sultan dan Lagu Sekolahku Berjaya. Setelah selesai menyanyikan lagu-lagu tersebut, semua murid
dan guru dibenarkan duduk.
Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri di atas
pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar.

8.45 pagi

Ketua Murid tampil ke depan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua Murid
mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru. Dia juga mendoakan
kesejahteraan guru-guru.
9.00 pagi

Guru Besar dipersilakan menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri Pendidikan.
Semua guru dan murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti. Setelah itu Guru Besar
merasmikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2016.

9.30 pagi

Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru lelaki
bermain bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula bermain bola
jaring serta berjalan dengan terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat telatah para guru.

11.00 pagi

Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara seterusnya
ialah persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara
seperti nyanyian, deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan agak gamat dengan
gelak
ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan.

12.00 tengah hari

Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru. Inilah
kemuncak acara sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut memberikan hadiah
kepada guru-
guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh murid-murid untuk para guru

1.00 tengah hari

Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah mengemas
semula dewan dan peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa sangat seronok kerana
berpeluang merayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Cara-cara Mewujudkan Semangat Patriotik


Sejak akhi-akhir ini isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia sering
diperkatakan.Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang
sambutan Hari Kebangsaan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Antaranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti peribahasa Melayu”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Contohnya,sekolah boleh
mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan sebagainya.
Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak.Ibu
bapa harus menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak
masih kecil lagi.Ibu bapa juga mesti menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
Seterusnya,pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media
massa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Di samping itu,ibu bapa boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.Oleh
itu,anak-anak akanmendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil
lagi.
Natijahnya,semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri.Justeru,semua pihak perlulah berganding bahu
dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dupupuk dan disuburkan dalam kalangan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai